viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Kerangka "Monster Laut" ditemui di China?

Di China, para nelayan mencari kerangka raksasa yang menyerupai seekor naga. Media menyebutnya "Monster Laut". Benarkah itu?
Ini berita minggu ini yang cukup menarik. Di wilayah Shandong, China, sekumpulan nelayan mencari sebuah kerangka yang cukup besar. Panjangnya kira-kira 3.5 meter. Total ruas tulang yang dimiliki berjumlah 153 buah.






Kerangka itu dijumpai oleh nelayan di Qingdao tarikh 28 Mac 2013. Kerana bentuknya yang menyerupai seekor ular, atau dalam hal ini naga, maka para penduduk tempatan berkumpul untuk menyaksikan penemuan itu. Bahkan stesen televisyen tempatan segera menghantar reporter untuk meliput.
Sebahagian orang percaya kalau kerangka ini adalah sebuah tipuan kerana warna dan keadaan kerangka ini. Tidak dijelaskan mengapa warna dan keadaan rangka ini menjadi dasar untuk menyebutnya sebagai hoax.
Beberapa orang lagi percaya kalau kerangka ini adalah kerangka mamalia darat atau haiwan lain seperti ular. Sebahagian lagi menyatakan kalau kerangka itu adalah kerangka yu, terutama jenis Frilled shark yang memang sangat sesuai dengan bentuk kerangka tersebut.
Benarkah demikian? Bolehkah kita mengenalpasti kerangka raksasa laut yang satu ini?
Untuk awalnya, ini foto Frilled shark.



Kalian boleh melihat kemiripannya dengan kerangka tersebut. Badan panjang seperti ular dan kepala pipih, persis seperti kerangka tersebut. Namun malangnya, kita tidak punya contoh kerangka Frilled shark sehingga kita tidak boleh membandingkan.
Namun, saya rasa kita tidak perlu putus asa kerana kerangka tersebut kemungkinan memang bukan milik seekor Frilled shark.
Mengapa?
Macam ni, anggaplah kerangka itu bukan tipuan dan memang kerangka seekor monster laut. Ketika melihatnya, bolehkah kalian melihat apa yang kurang pada kerangka tersebut? Maksud saya, apa yang seharusnya ada, namun tidak ada?
Setiap makhluk bersaiz besar mempunyai mulut. Bahkan walaupun makhluk cryptozoology sekalipun. Nah, pertanyaannya adalah: mana tulang rahang makhluk tersebut?
Tulang rahang itu tidak ada.
Apa maksud saya dengan semua ini? Maksud saya adalah, rangka tersebut tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang di kepalanya.
Dan jika kerangka tersebut tidak lengkap, kita tidak boleh berusaha mengidentifikasikannya hanya dengan melihat bentuknya yang sekarang. Jadi kita tidak perlu mencari makhluk yang kelihatan serupa dengan kerangka tersebut (Seperti Frilled shark atau ular).
Yang harus kita lakukan adalah membina kerangka tersebut dan berusaha meneka jenis makhluknya. Sama seperti seorang paleontologi yang cuba untuk membina bentuk tubuh seekor dinosaur dari kerangka yang tidak lengkap.
Lalu darimana kita bermula? Kita akan mulai dari yang paling sederhana.
Jika kita diminta untuk menyebutkan makhluk-makhluk laut yang berukuran besar, apa yang segera muncul di fikirkan kita?
Saya memikirkan dua, yaitu Paus dan Hiu.
Karena panjang kerangka tersebut hanya 3.5 meter, maka kita akan bermula dari Hiu.
Mungkin diantara kalian masih ada yang merasa aneh dan berfikir seperti ini: "Tunggu, untuk apa susah-susah menyemak kerangka ikan yu. Jelas kerangka itu tidak mirip kerangka seekor ikan! "
Saya boleh memahami. Soalnya kebanyakan orang, ketika membayangkan kerangka ikan, mereka akan memikirkan ini:



Padahal, kerangka Hiu itu sebenarnya seperti ini:



Jika kita melihat kerangka yu di atas, kita boleh melihat kalau tulang badan yu tersebut memang panjang menyerupai tulang seekor ular. Jadi, untuk tulang badan, kita mendapatkan persamaan.
Bukan itu saja, untuk ekor pun kita mempunyai persamaan.



Lalu bagaimana dengan kepalanya? Seperti yang saya katakan di atas, tengkorak makhluk ini tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang.
Jadi, mari kita bandingkan dengan contoh tengkorak yu berikut ini, lengkap dengan tulang rahang.



Terlihat jelas kalau tengkorak yang dijumpai nelayan tersebut mempunyai persamaan dengan bahagian atas tengkorak Hiu yang disebut Chondrocranium . Lihat bahagian yang saya tandakan dengan garis kuning.



Untuk lebih menguatkannya, berikut adalah gambar chondrocranium dari jerung putih yang dibuat oleh Parker (1887) yang dibandingkan dengan kepala "monster" kita.



Mirip sangat.
Jadi kita boleh menyimpulkan kalau kerangka "raksasa laut" tersebut sesungguhnya adalah seekor Hiu, kemungkinan seekor yu putih seperti lakaran di atas.
Dengan demikian bukti yang didapat sudah cukup kuat dan kita tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk meneliti kerangka paus.
Kesalahfahaman seperti ini biasa terjadi jika tidak memahami anatomi makhluk hidup. Kes sama juga pernah terjadi beberapa kali ketika sebahagian orang mengira mencari kerangka seekor seekor naga berkaki enam atau Gajah Mina yang pada kenyataannya hanyalah kerangka seekor Paus.
Namun terima Kasih untuk internet, kita tidak perlu mempelajari satu set ensiklopedia untuk menyelesaikan kes ini.

DBS