viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Mamak oh Mamak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????

Misteri Manusia Dropa



1938, Saintis dari arkeologi dari Universiti Peking (Beijing) sedang melakukan satu pencarian di sekitar gua-gua di pegunungan Baian Kara-Ula, Tibet, lalu mereka menemui sebuah pekuburan dalam salah satu gua yang dibuat dengan sangat rapi, berisi tulang kerangka seperti manusia , kecuali bagian tengkorak kepalanya yang lebih besar, tak sepadan dengan tubuhnya yang kecil dan panjang ..

Ditempat yang sama , mereka juga turut menemui piring batu berdiameter 22,86 cm, terletak pada sebuah sudut gua dan tertutup dengan lapisan debu. Pada bagian tengah piring tersebut terdapat lubang dan lakaran lakaran teratur pada salah satu sisi permukaannya yang menyerupai bentuk tulisan berukuran sangat kecil. Kumpulan saintis tersebut mendalami bahasa2 tulisan yang tertera di atas piring batu itu namun satupun tidak difahami oleh mereka . Akhirnya penemuan misteri itu dibawa ke Universiti Peking untuk diuji.



20 tahun kemudian, Dr. Tsum Um Nui berhasil memecahkan kode tulisan dan membaca mesej yang terkandung dipiring tersebut. Isi dalam tulisan pada piring tersebut menceritakan kisah penduduk dari planet lain yang mengalami kerosakan pesawat sehingga terpaksa mendarat di pegunungan Baian Kara-Ula. Para penduduk setempat (suku Han) terkejut dan merasa pelik dengan penampilan fisikal mereka, kerana menyangka mendapat ancaman dari makhluk misteri itu, lalu mereka pun memburu dan membunuh makhluk yang mereka temui.



Para pendatang yang juga terdapat perempuan dan anak-anak menjadi panik dan berusaha menyelamatkan diri dengan bersembunyi pada gua tempat ditemukannya piringan batu tersebut, namun banyak diantaranya yang terbunuh.Tak kurang juga lari menyelamatkan diri dan bersembunyi didalam gua ..

Tulis dalam batu juga menberitahu tentang bangsa mereka iaitu bangsa Dropa, iaitu sejenis bangsa dari planet lain yang seakan manusia . Mempunyai tubuh kecil dan berkepala besar . Tahun 1965 W. Saitsew seorang ahli saintis russia meneliti fakta yang dilaporkan oleh Dr. Tsum Um Nui . W. Saitsew menemui kabait dan sejenis besi yang tidak diketahui pada rangka pesawat makhluk aneh tersebut ..




DBS

5 Tradisi Inggeris yang Pelik dan Lawak

Inggeris merupakan negara unik dengan perpaduan banyak budaya. Kalau kamu pernah lihat filem King Arthur pasti ingat selain kemasukan pengaruh Rom, di negara para hooligans ini juga sudah mempunyai pelbagai tradisi seperti milik kaum Saxon misalnya.

Selama berabad-abad, masyarakat Inggeris mengalami perkembangan budaya baik sebagai negara industri, pun tetap mempertahankan tradisi tempatan mereka. Apa saja contohnya? Kita lihat beberapa, jom.

1. Morris Dancing



Tarian Morris merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat Inggeris yang biasanya diiringi dengan muzik. Tarian Morris menekankan pada kelincahan dan kekuatan kaki. Tarian Morris dilakukan secara berkelompok. Para penarinya ada yang membawa tongkat, pedang dan sapu tangan sebagai pelengkap tarian. Walaupun menari secara berkelompok dan berdekatan, bagi para penari Morris hal tersebut tidak membuat mereka bimbang terluka.

2. Worm Charming



Tradisi satu ini sangat menarik, yakni memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta hanya diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan. Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai wilayah perburuan seluas 3 x 3 m2 saja. Dibenarkan bermain muzik apa saja untuk memikat / memancing cacing agar keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.

Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah teroganisasi. Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich. Ia mengenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, saat itu ia berhasil mendapatkan 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.

3. Straw Bear



Hari Beruang Jerami atau Straw Bear merupakan salah satu tradisi tua yang diadakan di Inggeris setiap 7 Januari. Perayaan tradisional ini berlangsung meriah di sebuah kawasan kecil Fenland. Sebuah perbatasan antara Huntingdonshire dan Cambrudgeshire, termasuk wilayah Ramsey Mereside.

Sekarang tradisi Strawboer (nama lain) dipercayai untuk mengawali masa bertani dan berladang oleh masyarakat sekitar sempadan. Para peserta baik lelaki dewasa maupun remaja, menggunakan kostum jerami bermula dari kaki hingga kepala. Dan mereka berjalan mengetuk pintu rumah yang satu ke rumah yang lain sambil menari. Para penari akan memperoleh hadiah dari para pemilik rumah sebagai imbalannya. Baik berupa makanan, bir ataupun wang.

4. Pearly Kings and Queens



Pearly Kings and Queen, dikenal juga dengan Pearlies, sebuah acara amal yang biasa diadakan oleh masyarakat kelas pekerja dan pekerja. Dan sudah menjadi sebuah budaya masyarakat menengah Kota London.

Para peserta Pearly Kings dan Queens memakai busana berkilauan yang berasal dari kancing mutiara (pearl) yang dibuat pada abad ke-19.

Acara ini pertama kali diadakan oleh seorang penyapu jalan, Henry Croft, yang mengumpulkan wang untuk disumbangkan. Selanjutnya kerana dirasa memiliki nilai dan manfaat yang besar, pada 1911 dijadikan sebuah organisasi pearlies di Bandar Finchley, London utara.

5. Gurning



Egremont Crab Fair merupakan salah satu acara teraneh dan unik di Inggeris. Namanya pun sangat sederhana buah epal liar (crabapple). Perayaan ini telah dilakukan sejak abad ke-13. Saat itu dikhabarkan bahawa Lord of the Manor (penguasan wilayah) membahagi-bahagikan epal kepada para penduduk. Dan sampai sekarang perayaan ini masih diadakan oleh masyarakat Inggeris.

Bahkan selain acara pelemparan epal, parade, di dalam acara Egremont ini diadakan pula pertandingan. Seperti gula, menaiki tiang berminyak, pertandingan merokok dan yang paling ditunggu-tunggu adalah pertandingan gurning.

Pertandingan gurning selalu mengundang banyak perhatian. Kerana selain lucu juga menyenangkan. Bagaimana tidak, Gurning merupakan pertandingan yang mewajibakan pesertanya untuk melipat wajahnya. Inilah yang membuat pertandingan gurning memikat banyak perhatian. Tidak memerlukan keahliah khusus ataupun latihan rutin. Namun memerlukan kepercayaan diri yang tinggi dan banyak gigi yang tanggal. Karena itu pula peraduan ini banyak diikuti oleh warga tua.

DBS

Kerangka "Monster Laut" ditemui di China?

Di China, para nelayan mencari kerangka raksasa yang menyerupai seekor naga. Media menyebutnya "Monster Laut". Benarkah itu?
Ini berita minggu ini yang cukup menarik. Di wilayah Shandong, China, sekumpulan nelayan mencari sebuah kerangka yang cukup besar. Panjangnya kira-kira 3.5 meter. Total ruas tulang yang dimiliki berjumlah 153 buah.






Kerangka itu dijumpai oleh nelayan di Qingdao tarikh 28 Mac 2013. Kerana bentuknya yang menyerupai seekor ular, atau dalam hal ini naga, maka para penduduk tempatan berkumpul untuk menyaksikan penemuan itu. Bahkan stesen televisyen tempatan segera menghantar reporter untuk meliput.
Sebahagian orang percaya kalau kerangka ini adalah sebuah tipuan kerana warna dan keadaan kerangka ini. Tidak dijelaskan mengapa warna dan keadaan rangka ini menjadi dasar untuk menyebutnya sebagai hoax.
Beberapa orang lagi percaya kalau kerangka ini adalah kerangka mamalia darat atau haiwan lain seperti ular. Sebahagian lagi menyatakan kalau kerangka itu adalah kerangka yu, terutama jenis Frilled shark yang memang sangat sesuai dengan bentuk kerangka tersebut.
Benarkah demikian? Bolehkah kita mengenalpasti kerangka raksasa laut yang satu ini?
Untuk awalnya, ini foto Frilled shark.



Kalian boleh melihat kemiripannya dengan kerangka tersebut. Badan panjang seperti ular dan kepala pipih, persis seperti kerangka tersebut. Namun malangnya, kita tidak punya contoh kerangka Frilled shark sehingga kita tidak boleh membandingkan.
Namun, saya rasa kita tidak perlu putus asa kerana kerangka tersebut kemungkinan memang bukan milik seekor Frilled shark.
Mengapa?
Macam ni, anggaplah kerangka itu bukan tipuan dan memang kerangka seekor monster laut. Ketika melihatnya, bolehkah kalian melihat apa yang kurang pada kerangka tersebut? Maksud saya, apa yang seharusnya ada, namun tidak ada?
Setiap makhluk bersaiz besar mempunyai mulut. Bahkan walaupun makhluk cryptozoology sekalipun. Nah, pertanyaannya adalah: mana tulang rahang makhluk tersebut?
Tulang rahang itu tidak ada.
Apa maksud saya dengan semua ini? Maksud saya adalah, rangka tersebut tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang di kepalanya.
Dan jika kerangka tersebut tidak lengkap, kita tidak boleh berusaha mengidentifikasikannya hanya dengan melihat bentuknya yang sekarang. Jadi kita tidak perlu mencari makhluk yang kelihatan serupa dengan kerangka tersebut (Seperti Frilled shark atau ular).
Yang harus kita lakukan adalah membina kerangka tersebut dan berusaha meneka jenis makhluknya. Sama seperti seorang paleontologi yang cuba untuk membina bentuk tubuh seekor dinosaur dari kerangka yang tidak lengkap.
Lalu darimana kita bermula? Kita akan mulai dari yang paling sederhana.
Jika kita diminta untuk menyebutkan makhluk-makhluk laut yang berukuran besar, apa yang segera muncul di fikirkan kita?
Saya memikirkan dua, yaitu Paus dan Hiu.
Karena panjang kerangka tersebut hanya 3.5 meter, maka kita akan bermula dari Hiu.
Mungkin diantara kalian masih ada yang merasa aneh dan berfikir seperti ini: "Tunggu, untuk apa susah-susah menyemak kerangka ikan yu. Jelas kerangka itu tidak mirip kerangka seekor ikan! "
Saya boleh memahami. Soalnya kebanyakan orang, ketika membayangkan kerangka ikan, mereka akan memikirkan ini:



Padahal, kerangka Hiu itu sebenarnya seperti ini:



Jika kita melihat kerangka yu di atas, kita boleh melihat kalau tulang badan yu tersebut memang panjang menyerupai tulang seekor ular. Jadi, untuk tulang badan, kita mendapatkan persamaan.
Bukan itu saja, untuk ekor pun kita mempunyai persamaan.



Lalu bagaimana dengan kepalanya? Seperti yang saya katakan di atas, tengkorak makhluk ini tidak lengkap kerana tidak ada tulang rahang.
Jadi, mari kita bandingkan dengan contoh tengkorak yu berikut ini, lengkap dengan tulang rahang.



Terlihat jelas kalau tengkorak yang dijumpai nelayan tersebut mempunyai persamaan dengan bahagian atas tengkorak Hiu yang disebut Chondrocranium . Lihat bahagian yang saya tandakan dengan garis kuning.



Untuk lebih menguatkannya, berikut adalah gambar chondrocranium dari jerung putih yang dibuat oleh Parker (1887) yang dibandingkan dengan kepala "monster" kita.



Mirip sangat.
Jadi kita boleh menyimpulkan kalau kerangka "raksasa laut" tersebut sesungguhnya adalah seekor Hiu, kemungkinan seekor yu putih seperti lakaran di atas.
Dengan demikian bukti yang didapat sudah cukup kuat dan kita tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk meneliti kerangka paus.
Kesalahfahaman seperti ini biasa terjadi jika tidak memahami anatomi makhluk hidup. Kes sama juga pernah terjadi beberapa kali ketika sebahagian orang mengira mencari kerangka seekor seekor naga berkaki enam atau Gajah Mina yang pada kenyataannya hanyalah kerangka seekor Paus.
Namun terima Kasih untuk internet, kita tidak perlu mempelajari satu set ensiklopedia untuk menyelesaikan kes ini.

DBS

7 Manusia Bertanduk di Dunia

Manusia bertanduk jaman sekarang adalah sebuah trend dari golongan tertentu. Biasanya tnaduk mereka tersebut di buat dengan operasi seperti menanam bahan di bawah kulit agar kelihatan seperti tanduk. Namun itu hanya kejuruteraan bagaimana jika manusia bertanduk itu benar adanya? Sila lihat fenomena manusia bertanduk yang ada di dunia.


1. Huang Yuanfan



Seorang lelaki lanjut usia dari Ziyuan, China Selatan, menjadi perbincangan di dunia kesihatan. Atok 84 tahun ini mempunyai sebuah tanduk aneh berukuran tiga inci atau tujuh sentimeter. Yuanfan bercerita, tanduk di kepalanya mula berkembang sejak dua tahun lalu. Sejak itu tanduknya terus berkembang. "Saya cuba memotongnya tetapi terus berkembang. Saya tak dapat mengubahnya, makin besar," ujarnya

Namun, tanduknya tak boleh tumbuh lebih tujuh sentimeter. "Doktor tak mengetahui apa yang terjadi pada saya. Saya menyembunyikan tanduk dengan memakai topi tetapi bimbang akan mencuat bila bertambah panjang," kata Yuanfan.


2. Ma Zhong Nan



Ditahun 2007, kembali ditemukan seorang lelaki 93 tahun, tinggal di sebuah desa kecil China, mencuat sebuah benda dari kepalanya. Ma Zhong Nan sebelumnya, Ma Zhong Nan sedang menyisir rambutnya, dan terluka dikepalanya. Awalnya ia tidak mempedulikan luka kecil tersebut, tapi tak lama kemudian, sebuah zat keras mula keluar dari kepalanya. orang ini mempunyai tanduk 10 cm di atas kepalanya. Setelah itu doktor mengatakan mereka tidak boleh menyembuhkannya.


3. Zhao



Pada tahun 2007, Yang cheng Evening Post, melaporkan bahawa seorang wanita 95 tahun, yang melakukan travel dari bandar Zhanjiang China, mempunyai tanduk melengkung, seperti batang labu, keluar dari dahinya. Wanita tua, yang dikenali sebagai Nenek Zhao, mengatakan bermula dengan tahi lalat kecil, akhirnya tumbuh semakin panjang


4. Saleh Talib



Saleh Talib tumbuh tanduk di kepalanya, berawal dari mimpi, sampai suatu hari, pada usia 78 tahun, mimpi buruknya menjadi kenyataan. Saleh mengatakan dia tidak tahu bagaimana tanduk mula berkembang, tapi ia percaya tanduk itu adalah sebuah anugrah dari Tuhan

Walaupun tidak selesa, Saleh menolak kurnia-Nya dihilangkan, Menurut doktor dari rumah sakit khusus, tanduk lelaki ini disebabkan oleh mengalikan lapisan kulit keras, yang ada di kepalanya.


5. Abdul Razak



Pesara polis dari bandar Narasimharajapura, India, telah hidup dengan beberapa tanduk, di bahagian belakang kepalanya, selama lebih dari 20 tahun. Dia lahir normal, dan pernah ada pertumbuhan aneh di belakang kepalanya, tetapi selepas bersara, tanduknya mula tumbuh. Pada tahun 2008, salah satu tanduk Razak, seperti jari yang panjang, Seorang doktor dari rumah sakit setempat mengatakan kes-kes seperti Abdul Razak adalah sangat jarang, dan mereka kadang-kadang terjadi kerana lemak di dalam kulit.


6. Unicorn Lady



Wanita 69 tahun yang tidak dikenali namanya ini, keluar tanduk dari dahinya. Dia datang keseorang doktor, pada tahun 2008, dan mengatakan ia mempunyai benjolan di kepalanya, dua tahun yang lalu, yang akhirnya kering dan berubah menjadi tanduk, karna tidak boleh disembuhkan.


7. Zhan Ruifang



Dan yang terakhir, Zhan Ruifang, yang juga menghebohkan dunia media, karna mempunyai tanduk dikepalanya, yang tidak boleh disembuhkan. Zhang Ruifang, nenek 101 tahun, pertama kali menyedari ada tanduk sepanjang enam sentimeter di sisi kiri dahinya pada 2009. Ia pun merasa dahi sebelah kanannya juga mulai tumbuh tanduk.


DBS

Mampu Makan 1.3 Kilogram Batu Sehari



Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali. Katanya lagi

” Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu sy makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan ”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya, Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.” Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya.

DBS