viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Misteri Manusia Dropa



1938, Saintis dari arkeologi dari Universiti Peking (Beijing) sedang melakukan satu pencarian di sekitar gua-gua di pegunungan Baian Kara-Ula, Tibet, lalu mereka menemui sebuah pekuburan dalam salah satu gua yang dibuat dengan sangat rapi, berisi tulang kerangka seperti manusia , kecuali bagian tengkorak kepalanya yang lebih besar, tak sepadan dengan tubuhnya yang kecil dan panjang ..

Ditempat yang sama , mereka juga turut menemui piring batu berdiameter 22,86 cm, terletak pada sebuah sudut gua dan tertutup dengan lapisan debu. Pada bagian tengah piring tersebut terdapat lubang dan lakaran lakaran teratur pada salah satu sisi permukaannya yang menyerupai bentuk tulisan berukuran sangat kecil. Kumpulan saintis tersebut mendalami bahasa2 tulisan yang tertera di atas piring batu itu namun satupun tidak difahami oleh mereka . Akhirnya penemuan misteri itu dibawa ke Universiti Peking untuk diuji.



20 tahun kemudian, Dr. Tsum Um Nui berhasil memecahkan kode tulisan dan membaca mesej yang terkandung dipiring tersebut. Isi dalam tulisan pada piring tersebut menceritakan kisah penduduk dari planet lain yang mengalami kerosakan pesawat sehingga terpaksa mendarat di pegunungan Baian Kara-Ula. Para penduduk setempat (suku Han) terkejut dan merasa pelik dengan penampilan fisikal mereka, kerana menyangka mendapat ancaman dari makhluk misteri itu, lalu mereka pun memburu dan membunuh makhluk yang mereka temui.



Para pendatang yang juga terdapat perempuan dan anak-anak menjadi panik dan berusaha menyelamatkan diri dengan bersembunyi pada gua tempat ditemukannya piringan batu tersebut, namun banyak diantaranya yang terbunuh.Tak kurang juga lari menyelamatkan diri dan bersembunyi didalam gua ..

Tulis dalam batu juga menberitahu tentang bangsa mereka iaitu bangsa Dropa, iaitu sejenis bangsa dari planet lain yang seakan manusia . Mempunyai tubuh kecil dan berkepala besar . Tahun 1965 W. Saitsew seorang ahli saintis russia meneliti fakta yang dilaporkan oleh Dr. Tsum Um Nui . W. Saitsew menemui kabait dan sejenis besi yang tidak diketahui pada rangka pesawat makhluk aneh tersebut ..




DBS