viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Balasan Terhadap Kaum Luth , Namun Generasi Kini Tidak Mahu Ambil Iktibar


Ibarat seperti balasan ke atas kaum Nabi Luth alaihisslaam yang mengadakan hubungan seks sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali. Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung sehingga ditulis di dalam buku-buku sejarah bahawa alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan. Allah Maha Berkuasa, gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Penemuan kota purba itu turut menghadiahkan para pengkaji dan masyarakat dunia wajah sebenar Pompeii. Puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba."Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)" - surah al-Naml ayat 54-55
Kaum Nabi Luth di turunkan bala oleh Allah. Kota Sodom diterbalikkan dan kemudiannya hilang dari peta dunia.

Kota Sodom adalah sebuah kota di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Jordan. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka lenyaplah kaum Nabi Luth akibat kebodohan akhlak mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan, telah berlakunya 'mega tsunami' ketika itu. Wallahualam.

DBS

Konspirasi Yahudi - Keringnya Tasik Galilee


Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi. Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.

DAJJAL DAN TASIK GALILEE

Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari. Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:

Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut..

Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”

(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam

KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ

Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.

“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”

Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..

Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..

YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..

Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!

Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein

MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN

Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,

Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”

Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..

Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”

Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.

Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.

Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah

5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

DBS

7 Jenis Wajah Mayat Di Alam Kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

DBS

Hari Kiamat Menurut Teori Ilmu Alam dan Islam



Setiap orang mu'min yang beriman pasti meyakini akan datangnya hari kiamat. Mengenai bila datangnya hari tersebut, tidak ada suatu makhluk pun yang mengetahuinya kerana hal itu merupakan rahsia Allah SWT. Namun manusia dengan akal pikiranya dapat mengingat tanda-tanda hari kiamat yang telah dijelaskan oleh Allah dan boleh membaca fenomena alam serta membuktikanya melalui teori ilmu alam antaranya menurut ilmu astronomi , geologi dan fizik berikut ini:

a. Menurut Astronomi , bumi yang kita diami ini dan planet-planet lain dari tata suria beredar di angkasa mengelilingi matahari. Peredaran itu berjalan rapi tanpa berlaku pertembungan, itu tiada lain kerana diatur dengan sempurna oleh Maha Pencipta berupa daya tarik-menarik antara planet-planet lain dengan perimbangan yang serasi. Namun menurut ilmu alam, daya tarik-menarik itu tidaklah selamanya utuh . Kian lama kian surut akhirnya habis sama sekali. Maka dapat kita bayangkan apa yang terjadi andaikata suatu saat keseimbangan daya tarik-menarik itu telah tiada lagi, maka bumi kita ini akan bergabung dengan planet-planet lain, atau meluncur dengan kelajuan yang maha dahsyat melanggar matahari. Kejadian itu boleh menjadikan semua yang ada di bumi ini hancur lebur sebagaimana telah dijelaskan dalam kitab suci Al-Quran pada Surah Al Qariah .

b. Menurut geologi , bumi ini terbentuk oleh semacam gas panas (nebula). Gas itu makin lama makin sejuk dalam masa berjuta-juta tahun, sehingga membeku dan menjadi padat seperti saat ini. Namun, dalam perut bumi masih tersimpan gas-gas panas yang menurut sifatnya berkembang dan mendesak ke arah luar, dan bumi tidak meletus kerana ada tekanan dari luar (atmosfera) dan dari dalam bumi seimbang. Tetapi, setiap benda panas lama-lama akan menjadi sejuk, demikian juga gas yang ada di perut bumi lama-lama akan cair, beku, dan tekananya berkurang bahkan hilang sama sekali. Peristiwa itu akan menyebabkan bumi ini pecah oleh atmosfera dari luar, sehingga isinya pun berselerak berhamburan sebagaimana telah dijelaskan pada Surah Al-Zalzalah dalam kitab suci Al-Quran.

c. Menurut ilmu Kimia , letak matahari dianggarkan 150.000.000 km jauhnya dari bumi. Sinarnya sampai ke bumi memakan masa selama 8 minit 20 sekon. Garis tengahnya sama dengan 1,4 juta km dan luar permukannya = 616 x 1010 km. Para saintis telah menghitung tenaga matahari yang dipancarkanya = 5.7 x 1027 Kalori / minit dan mampu menyala selama 50 bilion tahun, dengan panas 15 juta darjah celcius. Melihat besarnya jasa matahari yang luar biasa itu, perlulah kita merenung bagaimana jika matahari meredup dan berkurang cahayanya? Bagaimana jika matahari tidak bersinar lagi kerana tenaga atau panasnya tiba-tiba habis? Bagaimana jika tidak ada siang-malam? Apakah kiamat akan benar-benar berlaku?

Bagi kita umat Islam, soalan-soalan di atas sudah ada jawapannya, iaitu Firman Allah SWT dalam Surah At Takwir ayat 1-6 , yang menerangkan tentang kejadian yang dahsya di kemudian hari. Selain itu, Rasulullah SAW pun telah bersabda: " Sesiapa yang ingin melihat malapetaka yang paling dahsyat seakan melihat dengan mata kepala sendiri, maka bacalah surah At Takwir, Al Infithar dan Al Insyiqaq . " (HR. Ahmad dan Al Hakim) Demikianlah posting kali ini mengenai hari akhir. Kita sebagai umat yang percaya, wajib mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal ibadah, iman, dan taqwa kita kepada Allah SWT. Wassalam.

DBS

Bilakah Bumi Palestin Akan Damai Dan Aman?


Sejak dahulu lagi, bumi Palestin tidak pernah sunyi daripada pergolakan melainkan semasa di bawah pemerintahan kerajaan Islam selama 1,300 tahun.
"Ketika Islam memerintah, penganut Kristian dan Yahudi boleh menetap dan beribadah dengan aman di rumah ibadah masing-masing tanpa gangguan. Namun, perkara sebaliknya berlaku ke atas umat Islam ketika Kristian dan Yahudi memerintah di mana umat Islam ditindas dan dibunuh dengan begitu kejam," kata perunding 'Aman Palestin', Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Menurut beliau lagi, jika dilihat pada sejarah, ketika tentera Salib atau "The Crusaders", iaitu gabungan tentera dari 22 negara Eropah, memerintah pada tahun 1099, mereka telah membunuh kira-kira 70,000 umat Islam. "Tetapi sewaktu Solahuddin Al-Ayubi membuka semula Palestin, beliau tidak melaksanakan pembunuhan beramai-ramai. Bahkan orang tua dan sakit diberikan kemudahan kenderaan untuk dibawa pulang ke Eropah," katanya.

Solahuddin adalah berketurunan Kurdi yang telah mengambil kembali tanah suci Palestin daripada tentera Salib dari Eropah. Dalam kalangan tentera Salib, beliau dikenali sebagai 'Saladin'. Dr Zainur, yang juga pakar perunding di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, turut berkata bahawa tindakan Solahuddin dan pemerintah Islam yang lain telah memberikan contoh terbaik dan bukti bahawa kerajaan Islam apabila diberi peluang memerintah, mereka akan berlaku adil.

Mengapa Palestin penting?

Dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama, Sheikh Raed Solah, pengasaspergerakan umat Islam "Palestine 48", telah menjawab persoalan ini dengan menggariskan lima fakta utama yang perlu diketahui dan difahami oleh seluruh umat Islam akan signifikasi isu Palestin ini kepada umat Islam.

Pertama, ia adalah tempat yang disinggahi Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj. Sebagaimana yang kita ketahui, perjalanan Baginda dalam peristiwa tersebut bermula dari Masjidil Haram dan berakhir di Masjidil Aqsa sebelum Baginda diangkat ke langit.

Kedua, bumi Palestin adalah bumi yang penuh dengan berkat daripada Allah S.W.T, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat yang pertama, yang bermaksud: "Nabi berangkat dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya. "Ia adalah bumi ‘Muqaddasah’ yang bermaksud bumi yang disucikan dan firman Allah dalam Al-Quran yang membawa maksud; Masuklah kamu ke bumi yang suci atau disucikan yang Allah telah tetapkan bagi kamu," jelas Sheikh Raed lagi. Daripada ayat-ayat ini, jelas menunjukkan dua sifat yang telah Allah sebutkan berkaitan Palestin; ia adalah bumi yang diberkati dan bumi suci yang telah disucikan oleh Allah S.W.T.

Ketiga, bumi Palestin menempatkan ratusan kubur para syuhada’, bermula dari zaman sahabat, para tabi’in, sehinggalah ke zaman kerajaan Uthmaniyyah. Sheikh Raed menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untukmemelihara dan memulihara makam-makam tersebut yang menjadi lambang perjuanganpemimpin-pemimpin Islam merentasi tamadun yang berbeza mempertahankan Palestin.

Keempat, kepentingan isu Palestin ini diperkuatkan lagi dengan puluhan hadis yang telah memberi perkhabaran gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang menyentuh tentang Baitulmaqdis dan kawasan sekelilingnya. "Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa bumi Palestin adalah mutlak umat Islam sehinggalah hari Kiamat kelak," tegas beliau yang adalah individu pertama menemui terowong binaan Israel di bawah Masjidil Aqsa.

Kelima, sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah bersatu sejak dahulu lagi untuk memerdekakan, menjaga, dan membela Palestin. Antaranya melalui perjuangan tentera Islam menentang tentera salib (Crusaders) dan tentera Tatar (Mongol).

Yahudi dan Zionis: Siapa yang ditentang?

Yahudi adalah ahli kitab yang mana telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah bermaksud; "Jangan kamu bertikai dan berdebat dengan orang Yahudi kecuali dengan cara yang terbaik". Ketua Gerakan Islam "Palestin 48" itu berkata, bahawa sesungguhnya umat Islam tidak mempunyai masalah dengan orang Yahudi. Ini kerana menurut beliau, orang Yahudi diperangi bukan kerana Yahudinya.

Dalam firman Allah yang lain juga ada menyebut bahawa wanita-wanita dari kalangan ahli kitab itu halal untuk dinikahi oleh lelaki Muslim dan Allah juga berfirman yang bermaksud; "Makanan ahli Kitab itu (Yahudi dan Nasrani) adalah dihalalkan bagi umat Islam". Namun yang diperangi umat Islam adalah Zionis di atas kezaliman yang dilakukan dan penjajahan ke atas bumi Palestin, sekaligus memberi kesimpulan bahawa Projek Zionis adalah "Projek Zalim" yang begitu bahaya terhadap umat Islam dan Palestin.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Dr Zainur atas kekeliruan yang timbul dalam kalangan umat Islam, khususnya di Malaysia, mengenai siapa sebenarnya yang kita tentang. Adakah Yahudi secara keseluruhan atau pun Zionis secara khususnya?

Beliau menyatakan : "Kita umat Islam tidak bergaduh dengan bangsa Yahudi, kita juga tidak bergaduh dengan agama Yahudi.

"Untuk tinggal bersama di dalam sebuah negara bukanlah satu masalah tetapi penentangan yang berlaku sekarang adalah disebabkan rampasan, kekejaman, kezaliman dan penodaan yang dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis," katanya.

Dr Zainur turut berkata bahawa isu ini tidak hanya ditentang oleh umat Islam, malah masyarakat Kristian yang menetap di Palestin juga bersama-sama dengan orang Islam menentang kekejaman Zionis.

"Harus diingatkan juga bahawa, penganut agama Yahudi Ortodoks, 'Neturei Karta', yang merupakan ajaran Yahudi paling hampir dengan ajaran Yahudi yang asal, turut sama menentang dan menolak," menurut Dr Zainur.

Antara ‘Jew’, ‘Judaism’ dan ‘Zionis’.

Dr Zainur berkata, satu fakta asas yang perlu diketahui oleh seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia, ialah perbezaan antara 'Jew', 'Judaism' dan 'Zionism'.

'Jew' ialah bangsa daripada suatu kaum manakala Judaism ialah agama asal Yahudi tetapi tidak semua bangsa Yahudi ini beragama Judaism kerana ramai yang tidak mempunyai agama.

Malah Theodore Herzl, pengasas negara Israel ialah seorang ‘atheist’, kata Dr Zainur.

Perunding Aman Palestin itu turut berkata bahawa isu di sebalik konflik Palestin sebenarnya ialah politik.

"Zionis sebenarnya adalah satu fahaman politik bertujuan untuk mewujudkan negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi yang bersempadankan Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Iraq.

"Mereka bercita-cita ingin menjadikan Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ sebagai ibu negaranya dan mereka ingin membina ‘The Solomon Temple’ (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa," jelas beliau lagi. Maka, apa yang ditentang oleh umat Islam, masyarakat antarabangsa yang lain dan Yahudi Ortodoks bukanlah bangsa Yahudi ataupun agama Yahudi itu sendiri, tetapi yang ditentang adalah fahaman dan gerakan politik Zionis. - BERNAMA


DBS

KEAJAIBAN AL QUR'AN

Ciri khas Al Quran, yang diwahyukan 14 abad yang lalu, dan hikmah Maha-agung yang dikandungnya, merupakan bukti mutlak bahwa Kitab Suci ini merupakan kalam Allah. Selain itu, Al-Quran mempunyai banyak mukjizat yang membuktikannya sebagai wahyu Allah. Di antaranya adalah beberapa fakta-fakta ilmiah, yang hanya boleh kita dapati dengan menggunakan teknologi abad ke-20, dinyatakan di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu. Fakta-fakta ini, yang tidak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran diturunkan, sekali lagi memperlihatkan di hadapan manusia zaman sekarang, bahwa Al Qur'an adalah perkataan Allah.


Comments Menakjubkan - Bilangan Perkataan Yang Terkandung Dalam Al-Quran


Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.

Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, “Kesabaran” juga 114 kali.

Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia. Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?

Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

Allah berfirman, “Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang.” (An-Nisaa, 174)

Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, “Apakah Nur itu?” Baginda menjawab, “Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu.”Kemudian ditanya lagi, “Bagaimanakah tandanya?” Sabda baginda, “Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu.”

Abdullah bin Masud berkata, ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan Nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang.”Sudah tentu untuk mendapat Nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al-Quran merupakan penghubungnya.

Di zaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilangan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.

DBS

Comments Barat Malu Besar Tentang Ramalan Kiamat


Mengikut kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan. Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.

Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat. Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.

Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan. Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi.

Sesungguhnya, kiamat pasti datang dan beriman kepada Hari Kiamat satu daripada Rukun Iman. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

Al-Quran menjelaskan mengenai kedatangan kiamat sama ada secara uslub bayani (penjelasan) atau khabar mujarrad (berita murni tanpa tambahan). Ada kalanya Allah meyakinkan terjadinya kiamat dengan penekanan kepada huruf taukid yang berfungsi untuk menguatkan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (Surah Taha ayat 15)

Muhammad SAW dan malaikat paling hampir dengan Rabbul ‘Izzah iaitu Jibril tidak mengetahui dan tidak diberi ilmu untuk menyatakan tarikh sebenar kiamat. Apa lagi kita sebagai umat Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah dekat (datangnya) saat itu dan itulah terbelah bulan.” (Surah al-Qamar ayat 1)

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku diutus sedang kiamat seperti kedua anggota ini (dan Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya lalu memanjangkannya).”

Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa. Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.

Berbalik kepada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan yang jatuhnya pada Jumaat, ia sudah kerap berlaku antaranya pada 15 Ramadan 1300H/1883M; 1891M/1308H; 1899M/1316H; 1906M/1324H dan 1914M/1332H. Juga berlaku pada tahun 625M bersamaan 3 Hijrah; 632M/11H; 637M/16H; 640M/19H dan 645M/24H. Hendaklah kita berserah diri kepada Allah setiap masa dan memohon kepada-Nya supaya dilindungi daripada sebarang bahaya makhluk sama ada yang nampak atau tidak serta tergolong dalam kalangan mereka yang amalan dan timbangan kebaikan lebih berat di akhirat kelak.

Jika pada masa lalu kita banyak melakukan kesilapan dan meninggalkan ibadah wajib, maka mulai sekarang berusahalah tidak mengabaikan perintah wajib selain memperbanyakkan amalan sunat.

Agak menghairankan ramalan2 barat terus diambil oleh masyrakat kita hari ini tanpa berfikir panjang dan mempercayai ramalan itu bukan kah haram ? ...

DBS

Comments 9 Pedang Pusaka Koleksi Dari Baginda Nabi Muhammad SAW

Berikut ini adalah Pedang koleksi dari Nabi Muhammad Rasulullah SAW

1. Al Ma'thur


pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahanda beliau, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Madinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Talib. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Abdallah bin Abd al-Mutalib'.

2. Al Adb Al-'Adb,


 nama pedang ini, bererti' memotong 'atau' tajam. ' Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Beliau menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kaherah Mesir.

3. Dhu Al Faqar


sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badr. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Talib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar


Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai 'Pedangnya para nabi', dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: 'Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS , Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW '. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang dikenalpasti sebagai tulisan Nabataean. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahawa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika beliau turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

5. Hatf


sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang 'Al Battar' dari Goliath sebagai rampasan ketika beliau mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun. Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk 'bekerja' dengan besi, membuat baju baja, senjata dan alat perang, dan beliau juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu. Beliau menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdham


bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Talib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada khabar lain bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang beliau pimpin di Syria. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: 'Zayn al-Din al-Abidin'.

7. Al Rasub


pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: 'Ja'far al-Sadiq'.

8. Al Qadib


Al-Qadib berbentuk blade nipis sehingga boleh dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika bepergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat: "Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah - Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib." Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.

9. Qal'a:


Pedang ini dikenali sebagai "Qal'i" atau "Qul'ay." Nama-nama yang mungkin berkaitan dengan tempat di Syria atau tempat di dekat India Cina. Ulama negara-negara lain bahawa kata "qal'i" merujuk kepada "timah" atau "timah putih" yang di lombong berbagai lokasi. Pedang ini adalah salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW menemui pedang ini ketika beliau mencari air Zamzam di Mekah. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: "Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah." Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai reka bentuk berbentuk gelombang.

*Gambar diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa 'uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992)

DBS

Comments Syaitan Minta Pencen



Syaitan minta "pencen sekarang"


Syaitan :Ya Tuhan, hamba minta pencen sekarang je lah...


Tuhan   : Kenapa kamu minta pencen? Bukankah kamu yang minta untuk selalu menggoda manusia?


Syaitan  : Hamba minta ampun ya Tuhan. Ampun dah sekarang,kelakuan manusia dah melebihi hamba. Hamba risau,kejap lagi hamba yang nanti boleh tergoda oleh manusia. Sebab tu hamba minta pencen sekarang jew..


Manusia berzina, yang enak dia, yang disalahkan hamba.


Manusia ambil duit haram, yang menikmati dia, dia cakap hamba yang menggoda. Hamba lagi yang disalahkan.


Yang paling sedih, tiap musim Haji hamba dilempar batu oleh berjuta manusia di Mekkah. Padahal diantara yang melempar hamba itu, banyak juga yang dah jadi kawan hamba....

DBS

Comments Kata-Kata Mutiara RAMADHAN


Bila senda membuat tertawa ,
Hati bahagia wajah ceria ,
Maaf dipinta segala dosa ,
Sambut gembira puasa mulia ,
Selamat menjalankan ibadah ,
Ramadhan tak terasa satu tahun dah berlalu ,
kini ia mengunjungi kita lagi Ramadhan Yamarhaban ,
Bulan Penuh Berkah,
Bulan Penuh Rahmat,
Bulan Penuh Ampunan …….
Sungguh mulia Bulan Suci Rahmadhan ,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa …

Dalam kesakitan teruji kesabaran ,
Dalam perjuangan teruji keikhlasan '
Dalam ukhuwah teruji ketulusan ,
Dalam tawakkal teruji keyakinan ,
Hidup ini sangat indah kalau Allah menjadi tujuan...
Selamat menunaikan Ibadah Ramadhan....


Kalau semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Kalau semua UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT lah obatnya,
Kalau semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR BATHIN,
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...

Maaf kredit amal anda tak mencukupi untuk melakukan panggilan ke surga,
isilah segera kredit amal anda di bulan puasa ini... 
Selamat menunaikan Ibadah Ramadhan....

Anak melayu memancing ikan,
perahu berlabuh ditengah lautan,
sambil menunggu datangnya Ramadhan
Jari ku susun mohon ampunan,
Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan...

setitik tinta jadi noda,
setitik salah jadi dosa,
bulan penuh berkah segera tiba,
mari tekun ibadah di bulan puasa...
Marhaban Ya Ramadan,sambutlah dengan senyuman...
Selamat Pagi...

Jom kita START hidup baru ,
SETTING Niat, UPGRADE Iman,BROWSING Ilmu
SEARHCING wawasan,DOWNLOAD pahala,UPLOAD Kebaikan,DELETE Dosa
kumpulkan dalam WALL hati,simpan dalam PROFIL diri,jadikan STATUS abadi, ADD persaudaraan,tuk login masuk FACEBOOK… eiiitttttssss ,masuk SURGA...
Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan...

Fajar Ramadhan segera menghampiri dunia,
selembar sutra menghapus noda,
sebening embun penyejuk kalbu,
sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci.
Selamat menunaikan Ibadah Ramadhan....
Semoga amal kita diterima disisi Allah SWT..
Amiiin…

Tiada kata yang dapat terucap
hati terasa malu
dalam kalbu aku boleh teriak,
batin menangis,
betapapun dosa itu
aku yakin KAU maha pengampun
saat aku sedih...
hanya padamulah aku cerita
saat aku marasa sendiri
aku yakin Kaupun bersamaku...
Ya Allah
aku rela saat ini jika harus menghadapmu
jika ITU LEBIH BAIK
ridhoMUlah yang senantiasa aku harap
maaf aku ya Allah
maaf aku wahai smua hamba Allah yang ada dialam fana ini...

Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
tiada amal tanpa keikhlasan,
tiada ampunan tanpa maaf dari sesama,
marhaban ya ramadhan...

Matahari berdzikir,
angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Zahir dan Bathin...

SEIRING TERBENAMNYA MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF ATAS KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN...

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman,
marhaban ya ramadhan...
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan bathin...

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah,
Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
Zahir & Batin atas kesalahan,
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah ini...
Aminn.....

Sebelum cahaya Illahi dipadamkan,
sebelum langit runtuh,
sebelum pintu taubat ditutup,
sebelum malaikat menjemput,
sebelum Ramadhan tiba,
maaf kalau ada perkataan yg menyinggung...

Let’s join us for RAMADHAN SALE!!!
Diskon penghapusan dosa besar2an 100% untuk semua jenis dosa
Tingkatkn ibadah wajib, sunnah, perbanyak istigfar % sedekah
Lebih heboh lagi, ikuti DOOR PRIZE lailatul qadar
Selamat berpuasa maaf zahir bathin...

PERKATAAN Indah Adalah ALLAH
LAGU Merdu Adalah AZAN
MEDIA Terbaik Adalah AL-QUR’AN
SENAM sehat Adalah SHOLAT
DIET Sempurna Adalah PUASA
KEBERSIHAN Menyegarkan Adalah WUDUK
PERJALANAN Indah Adalah HAJI
KHAYALAN yang Baik Adalah Ingat Akan Dosa dan TAUBAT
SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI RHAMADHAN...

Bila ada langkah membekas lara,
bila ada kata merangkai dusta,
bila ada tingkah menoreh luka,
pada kesempatan ini saya mohonkan maaf zahir dan bathin.
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadhan...

Comments 12 golongan yang Dibinasakan Allah

Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan pelbagai perkara yang telah diharamkan. Ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan.



1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut: 14).


2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum 'Ad. Mereka telah mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fussilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).


3. Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS alhijr: 80, Hud: 68, Qaaf: 12).


4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi amaran, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu'araa: 160, Annaml: 54, alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).


5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangkan. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS Hijr: 78, Alsyu'araa: 176, Sad: 13, Qaaf: 14).


6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).


7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lain. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A'raaf: 163).


8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dihantar kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).


9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekumpulan orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).


10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka telah mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).


11. Kaum Tubba '
Tubaa 'adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (QS Addukhan: 37).


12. Kaum Saba
Mereka diberi pelbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pokok-pokok untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma'rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).

Comments Alasan Iblis Yang Terpaksa Bertemu Rasulullah Saw



Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku.

" Rasulullah bersabda: "Tahukah kamu siapa yang memanggil?"
Kami menjawab: "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu Iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah ".

Nabi menahannya: "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik. "

Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir lembu.

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin ... "
Rasulullah SAW lalu menjawab: "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?"

Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu ? " 
Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata:
"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri.beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur ​​semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin. "

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh. "

Orang Yang Dibenci Iblis 
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci. "

"Siapa selanjutnya?"
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"lalu siapa lagi?"
"Orang Aliim dan wara '(Loyal)"

"Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci. "

"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluh kesulitannnya kepda orang lain."

"Apa tanda kesabarannya?"
"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluh kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar. "

"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
" Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam. "

"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti lari."

"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."

"Ali bin Abi Talib? "
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. tetapi ia tak akan mahu melakukan itu. "(Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis 
"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"Aku merasa panas sejuk dan gementar."

" Kenapa? "
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

"Jika ia mengerjakan ibadat Haji?"
"Aku seperti orang gila."

" Jika ia membaca al-Quran? "
"Aku berasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa boleh begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya . Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya. "

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? "
"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam."

"Apa yang dapat menusuk matamu ? "
"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Di mana kau menaungi anak - anakmu di musim panas? "
"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis
Nabi lalu bertanya: "Siapa kawan anda wahai Iblis?"
"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"
"Penzina."

"Siapa teman tidurmu ? "
"Pemabuk."

"Siapa tamumu?"
"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja."

DBS

Comments Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W


1 . Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2 .Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3 .Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..

Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.

Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..

so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.

ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)
5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw


1 .CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesirdan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

2 .CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.


3 .PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.



4 .SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.


5 .PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.

Comments Hukum Sebat Mengikut Islam



Anggapan setengah masyarakat hari ini terhadap hukuman sebat yang terkandung dalam hukum dan perundangan Islam telah dipengaruhi oleh keadaan hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara-penjara sekarang. Lebih-lebih lagi dari segi alat pemukul (rotan) cara-cara pukulan dan kesakitan yang dialami oleh penerimanya dan berbagai-bagai lagi. Dalam risalah yang kecil ini dijelaskan secara ringkas tentang hukuman sebat sebagaimana yang dikehendaki oleh ugama Islam terutamanya yang berhubung dengan alat sebat, cara-caranya dan anggota-anggota yang boleh dipukul (sebat).


Hukuman sebat yang dikenakan sebagai siksaan bagi kesalahan jenayah yang menyentuh maruah, akal dan kehormatan :

واما الجلد فجعله عقوبة الجناية على الأعراض ، وعلى العقول ، وعلى الابضاع

(Mengikut Istilah Fuqaha’) Ianya bertujuan diantara lainnya. :

1. Supaya sesiapa yang menerima hukuman itu atau melihatnya akan menjauhi jenayah itu sejauh-jauhnya.

2. Membersihkan masyarakat dari perbuatan tabiat yang keji dan hina.

3. Mengamankan masyarakat dari bahaya dan ancaman penjenayah

4. Untuk menjadi contoh teladan yang paling berguna untuk mengatasi perbuatan-perbuatan jenayah.

HUKUMAN SEBAT :

Hukuman sebat itu terbahagi kepada dua bahagian :

1. Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah Subhanahu wataala

.2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya dan sesudah itu diserahkan kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum-hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.

JENIS-JENIS KESALAHAN HUDUD.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang telah ditetapkan hukuman sebat ialah :

1. ZINA.

Firman Allah Taala :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (Surah An-Nur : 2)

Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin

(Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut :

عن أبي هريرة قال : اتى رجل رسول الله (ص) وهو في المسجد فناداه فقال يارسول الله اني زنيت فاعرض عنه حتى ردد عليه أربع مرات فلما شهد على نفسه أربع شهادات دعاه النبي (ص) فقال : ابك جنون ؟قال : لا قال : فهل أحصنت ؟ قال نعم. فقال النبي (ص) اذهبوا فارجموه .

Maksudnya : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq ‘Alaih)

2. QAZAF (MENUDUH ZINA)

Firman Allah : وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً

Maksudnya: Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat. (Surah An-Nur : 4)

Mengikut kaedah dalam perundangan Islam bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan apa jua perbuatan yang haram, tertanggung ke atasnya (wajib) membuktikan kebenarannya. Dan jika gagal atau enggan hendaklah dikenakan siksaan. Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana orang yang tidak bersalah. Sangat banyak akibat yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang tertuduh zina akan menjadi mangsa. Kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh dan hancur berkecai.Oleh itu amat wajar orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat.

مدمن الخمر كعابد وثن

Ertinya : Orang yang ketagihan arak itu adalah seperti penyembah berhala. Oleh kerana minum arak itu adalah dari perbuatan dan pekerjaan syaitan yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak.

KESALAHAN TA’ZIR

Firman Allah :وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

MAKSUDNYA : Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah An-Nisa’ : 34)

Ayat tersebut merupakan hujjah dan dalil bagi ahli-ahli perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahn ta’zir dan sebat merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan ta’zir yang serius untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan itu. Keistimewaan hukuman ini ianya tidak membebankan pihak berkuasa (kerajaan) dan tidak menghalang pesalah sesudah menjalani hukuman dari berusaha menjalankan pekerjaan dan sebagainya dan tidak pula terpaksa meninggal dan membiarkan ahli keluarganya menempuh berbagai-bagi kesusahan dan keperitan hidup mencari nafkah dan sebagainya seperti mana dalam kes hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta-merta setelah disabitkan kesalahannya dan sesudah itu dibebaskannya untuk membolehkan meraka menjalani kehidupan biasa bersama-sama keluarganya.

KADAR HUKUMAN SEBAT

Ulamak Syafie berpendapat bahawa hukuman sebat dalam kesalahan ta’zir tidak boleh melebihi sekurang-kurang hukuman hudud. Ertinya hukuman ta’zir dengan rotan “Sebat” ke atas seseorang pesalah hendaklah kurang daripada empat puluh kali sebat.

Sabda : من بلغ حدا في غير حد فهو من المعتدين

Maksudnya : Sesiapa yang melebihi had “Sekatan” dalam kesalahan bukan hudud maka ianya termasuk bersama-sama golongan orang yang melampaui batas.


ALAT SEBAT

Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja sebat bolehlah dijalankan dengan menggunakan rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu ataupun hujung kain bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksudnya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar.Sekiranya digunakan rotan dan sebagainya maka itu hendaklah sederhana ukurannya jangan terlalu muda atau terlalu tua dan tidak yang berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. Ini kerana tujuan yang sebenar hukuman sebat bukan hendak membinasakan pesalah tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya.

روى مالك عن زيد بن أسلم أن رجلا اعترف على نفسه بالزنى على عهد رسول الله (ص) ، فدعاله رسول الله (ص) بسوط ، فاتي بسوط مكسور ، فقال : "فوق هذا " فاتي جديد لم تقع ثمرته ، فقال : "دون هذا" فاتي بسوط قد ركب به ولان فأمر به رسول الله (ص) فجلد ..

Maksudnya : Diriwayatkan oleh Malik dari Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.

CARA MELAKSANAKAN SEBAT

Ketika melaksanakan hukuman sebat hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkatan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matlamat dan tujuannya.

ANGGOTA-ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL

Pukulan hendaklah diatur supaya kena merata-merata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala dan dada ditegah sama sekali memukulnya dan tidaklah boleh disebat hanya setempat sahaja.

KEADAAN PESALAH

Ketika menjalani hukuman, pesalah lelaki dikehendaki berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan pakaian-pakain yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit yang menjadi matlamat utama dan terpenting dalam hukuman sebat dan jika mereka berpakaian demikian “tebal” hendaklah diganti dengan pakaian yang nipis “sederhana”.

PESALAH MENGANDUNG

Dan jika pesalah mengandung hendaklah ditunggu sehingga melahirkan anak sama ada anak kandungan itu dari perbuatan zina atau tidak dan sembuh dari sakit beranak serta suci dari darah nifas dan tenaganya sudah pulih. Ini berdasarkan kepada hadis berikut :

عن علي رضي الله عنه أنه قال : أن امة لرسول الله (ص) زنت فامرني أن أجلدها فاذا هي حديته عهد بنفاس فخشيت ان انا جلدتها ان اقتلها فذكرت ذلك لرسول الله (ص) فقال : دعها حتى ينقطع عنها الدم ثم أقم عليها الحد

Maksudnya : Dari Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata : Bahawa seorang Amah ‘Hamba’ Rasulullah SAW telah berzina maka Rasulullah SAW telah mengarahkan kepadaku supaya aku jalankan hukuman sebat ke atasnya sedangkan ianya masih baru melahirkan anak, maka aku bimbang jika aku jalankan sebat ke atasnya akan membunuhnya, lalu aku beritahu keadaan itu kepada Rasulullah SAW , maka sabda Rasulullah “Biarlah dahulu dia sehingga sembuh dari sakit beranaknya kemudian boleh sesudah itu kamu jalankan hukuman ke atasnya”.


PESALAH SAKIT

Jika didapati pesalah dalam keadaan sakit dan penyakitnya ada harapan untuk sembuh maka hendaklah ditunggu sehingga dia betul-betul sembuh kerana jika dijalankan juga semasa pesalah itu sedang sakit akan bertambah berat penyakitnya dan mungkin boleh membinasakannya. Sebaliknya jika penyakitnya tidak ada harapan langsung untuk sembuh bolehlah dijalankan hukuman sebat serta-merta tanpa menunggu dan membuang masa lagi tetapi dengan satu syarat, bahawa rotan yang digunakan tidak akan membinasakannya. Oleh itu hendaklah menggunakan ranting kayu atau rotan yang kecil atau pun pelepah tamar yang kecil dan jika ukuran ini juga dibimbang akan membawa maut kepadanya maka bolehlah dikumpulkan seratus ranting kayu atau seumpamanya dan diikat dalam satu ikatan dan disebat dengannya satu kali. Cara begini pernah disuruh oleh Rasulullah SAW supaya dilakukan ke atas seseorang lelaki yang berzina yang sakit berat tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

روى من أن رسول الله (ص) امر بضرب رجل مرض حتى صنى ضربة واحدة شمراخ لانه زنى

Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang sakit merana dengan satu pukulan dengan seratus mayang tamar yang diikat “seikat” kerana lelaki itu telah melakukan perbuatan zina.

Ini kerana pesalah yang sakit merana tidak mempunyai harapan untuk sembuh sama ada dibiarkan tanpa dijalankan hukuman sebat kerana penyakitnya atau dilaksanakan sepenuhnya, maka sudah pasti jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa maut kepadanya dan di dalam keadaan begini diambil jalan, tengah iaitu disebat satu kali dengan seratus mayang tamar seumpamanya yang diikat dengan satu ikatan sahaja.

Firman Allah : وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلاَ تَحْنَثْ

Maksudnya : Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah dengannya dan janganlah engkau menyalahi sumpahmu itu. (Surah Sod : 44)

Dengan cara yang demikian adalah lebih baik dari biarkan tanpa menjalani hukuman atau dibunuh pesalah yang sakit yang tidak sampai kepada hukuman yang wajib dibunuh.

PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT DIHENTI ?

Hukuman sebat dihenti dan tidak boleh dilaksanakan apabila timbul dan berbangkit sesuatu yang boleh menggugurkan hukuman hudud iaitu :

1. Apabila pesalah menarik balik pengakuannya sebelum dilaksanakan hukuman jika hukuman sebat kerana zina dijatuhkan berikutan pengakuannya samada pengakuannya itu dibuat secara langsung atau tidak.



2. Apabila saksi-saksi mengubah pendirian dan menarik balik kesaksian mereka sebelum dilaksanakan hukuman samada secara beramai-ramai atau sebahagian darinya sekiranya bilangan saksi yang tinggal kurang dari empat orang.



MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN HUKUMAN

idak boleh dijalankan hukuman sebat dalam masa dan keadaan cuaca yang sangat panas atau terlalu sejuk jika dibimbang boleh membawa kebinasaan kepada pesalah dan bagi kesalahan hudud adalah dikehendaki supaya dijalankan hukuman sebat di hadapan orang-orang mukmin.

Firman Allah :وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2)

Yang dimaksudkan dengan sekumpulan itu mengikut pendapat Mujahid “Seorang lelaki dan ke atasnya sehingga sampai kepada seribu orang.Manakala Ibnu Zaid pula berkata “Bahawa tak dapat tidak mesti dihadiri sekurang-kurangnya oleh empat orang dari kalangan orang-orang yang beriman sebagai qias dengan empat orang saksi dalam kes zina. Dan pendapat Ibnu Zaid ini adalah selaras dan sama dengan pendapat Imam Malik dan Imam Syafie.

Akhirnya dengan terlaksana hukuman sebat tercapailah kebaikan dan kepentingan umum (orang ramai) kerana Islam memandang kebaikan dan muslahat orang ramai itu lebih utama dari maslahat perseorangan dan dengan itu juga terhindarlah kerosakan , keruntuhan moral dan sebagainya dan seterusnya tercapailah kemuliaan dan kebahagian serta sentiasa mendapat Inayah, rahmat dan pertolongan Allah.


Sumber Dan Susunan : Haji Daud B. Haji Muhammad,
Ketua Penyelia Agama, Kelantan.Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan.

DBS

Comments Anak Luar Nikah Bukanlah Anak Malang

SOALAN :




Saya merupakan anaka luar nikah dan saya kira nasib saya agak malang kerana dilahirkan tanpa mengetahui siapakah bapa saya yang sebenarnya.Sejak dari kecil saya dibela oleh makcik(kakak ibu).Sebelum ini saya tidak tahu yang saya anak luar nikah sehinggalah apabila tiba waktu untuk saya berkahwin,saya diwalikan oleh wali hakim.Soalan saya Dr,apakah amalan saya selama ini diterima Allah S.W.T.Saya pernah mendengar anak luar nikah tidak bau syurga.Seperkara lagi Dr. suami saya tahu status sebenar diri saya dan menerima saya seadanya.Namun saya risau dengan keluarga sebelah suami yang mana mereka belum tahu lagi mengenai diri saya.Wajarkah saya berterus-terang pada keluarga suami mengenai status diri saya?Saya takut dan malu untuk berhadapan dengan mereka selepas saya menjelaskan hal ini.




JAWAPAN :




Anak luar nikah adalah anak yang suci dan tidak menanggung sebarang dosa dan malu.Puan tidak perlu berasa malu atau bersalah.Segala amalan puan akan diterima Allah dan tiada hadis yang mengatakan anak luar nikah tidak berbau syurga.Anak luar nikah tidak menanggung dosa ibu bapanya sebaliknya merekalah yang akan berdosa sebelum bertaubat.Jika suami sudah tahu status puan dan redha dengan keadaan serta menerima seadanya,puan patut bersyukur pada Allah ata nikmat ini.Yang paling penting ialah suami,jika dia redha cukuplah,tidak perlu dihebohkan pada orang lainseperti saudara-marayang lain bimbang ia hanya akan menimbulkan fitnah sahaja.kalau mereka tahu ia tidaka akan mengubah apa-apa keadaan puan,bahkan sebaliknya menimbulkan fitnah yang mungkin akan mengeruhkan keadaan sahaja


Dari berbagai sumber..

Comments VALENTINE DAY Menurut pandangan ISLAM

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau  iklan-iklan tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan    syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, tv dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman.
 
*"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..*

Dari berbagai sumber*