viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Buku Penghuni Bumi Sebelum Manusia


Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya. Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika dan Variasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal. Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.

Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-

1 - Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
2 - Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
3 - Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
4 - Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
5 - Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
6 - Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
7 - Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
8 - Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
9 - Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.

10 - Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan. MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi. Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

DBS

Comments Jika itu takdir Nya

Nama Pena : oRkId eDyliYnE

"Baby. Dah siap?" tanya Iqmal Zyad sambil memandang fail yang berlambak di hadapan matanya. Sebelah tangannya sibuk memusing ligat pen yang dipegangnya tanda dia berfikir. Sesekali kening yang tebal hampir sahaja bercantum.

"Not yet bie. Colud you please come here and wait for me?" tanya Syaeqa Umaira manja sahaja bunyinya di hujung talian.

"I can't baby. Baby siap dulu, dah siap nanti, give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat ni." Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.

"Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie. Assalamualikum." Masih lagi manja dan lembut bunyi suaranya.

"Waalaikummussalam." Telifon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi mencari apa yang dimahukan.

Dalam asyik dia mentelaah kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya diketuk.

"Come in."

"Encik Iqmal Zyad. Tak nak balik lagi?"

"Oh Lisa. Tak. Saya banyak kerja lagi ni. Kalau awak nak balik, baliklah dulu." Wajah tidak diangkatnya lansung.

"Encik Iqmal Zyad."

"Nak apa Lisa?"

"Hai. Sibuk sangat sampai suara akak dengan secretary Zyad pun, Zyad tak boleh nak beza ke?"

Iqmal Zyad mengangkat wajahnya. Terpampang wajah berkerut kakaknya di hadapan meja.

"Akak. Bila masa sampai?" tanya Zyad kembali sambil menghulurkan salamnya setelah pen diletakkan.

"Macam mana Umaira nanti bila kamu dah kahwin dengan dia. Tak ada masa lansung. Jangan sampai suara isteri dengan suara orang gaji, kamu tak dapat bezakan. Sudah. Akak tak jamin." Sekadar berseloroh dia duduk mengambil tempat di kerusi hadapan meja besar yang bertanda 'Iqmal Zyad bin Dato' Ghanni – Pengarah Lembayung Corp.' itu.

"Ke situ pula akak ni. Bila balik? Projek dekat Ipoh dah ok ke?" Wajah Khaisara Mayisya yang kelihatan tenang itu ditatapnya.

"Tengok tu. Akak datang sini je, tak ada benda lain yang dicakapnya. Projek, meeting, client. Tak boleh ke akak nak lawat adik akak sesekali dekat pejabat ni? As your sister. Not as your bussines partner." Sesekali mata di balik kaca mata berbingkai penuh itu dibulat-bulatkan.

Senyuman lebar dipamerkan di bibir nipisnya.

"Hari ni pergi kedai pengantin untuk comfirmkan pasal baju yang ditempah tu. Mama dah beritahu belum?"

Iqmal Zyad mengangguk. Pandangannya ditalakan pada bingkai kaca berbentuk hati di tepi mejanya. 'My sweet baby – Syaeqa Umaira'. Cantik gadis berwajah bujur sirih dan bertudung litup itu dengan senyuman menguntum ceria di bibir munggilnya. Sering kali wajah di dalam bingkai itu ditatapnya jika ada kelapangan dan perlukan ketenangan seketika.

"Umaira tak cakap apa ke?"

"Cakap?"

"Yelah. Lagi 5 hari nak kahwin, awak tu boleh duduk melekat lagi dengan document and your proposal tu. Tak pergi teman dia shopping or pergi spa or something?"

"Dia boleh pergi dengan ibu dia kak. Mama pun selalu temankan dia. Tu adik dia dua orang tu. Sibuk juga nak cantik-cantik. And also, tak nak kalah adik akak yang dua orang dekat rumah tu."

"Yelah. Ada je jawabnya pengarah besar ni. Tak kesian lansung ke dengan buah hati awak tu? Sabar memanjang. Kalau akak, mau kena abang Taufiz tu akak kerjakan." Hujung tudungnya dibetulkan kedudukannya.

"Kesian. But, mama pesan, tak elok jumpa selalu kalau dah nak kahwin ni. Better Zyad buat kerja. Kan? Bukan Zyad tak nak kak. Zyad tahu Umaira tu tahu nak sabar dengan Zyad ni, that's why I choose her to be my wife. Not perempuan perangai macam akak. Tak sabar."

"Menjawab lagi dia. Zyad. Kutuk akak pula. Ni. Pukul berapa nak pergi kedai pegantin tu? Mama kata dia tunggu Zyad dengan Umaira dekat sana. Tahu kan?"

"Akak dah beritahu dua kali masuk ni. Zyad tahu."

"Malas akak nak layan kamu. Akak pun nak gerak ni. Jumpa dekat sanalah."

Iqmal Zyad mengangguk sambil punggungnya diangkat.

Khaisara Mayisya menggeleng dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Zyad yang mengambil langkah ke bilik air di bahagian hujung biliknya itu untuk mengerjakan solat Asar sebelum melakukan perkara lain.

Selesai bersolat, telifon bimbit di atas mejanya menjerit pinta diangkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam bie. Ayah suruh baby ikut dia. So, kita jumpa dekat kedai tu jelah. Baby dah nak bertolak ni. Bie pun bolehlah keluar juga."

"Ayah dah balik outstation?"

"Bie ni. Semalam lagi baby dah beritahu, ayah dari hari Khamis dah balik. Lupa ke?" Ketawa kecil Syaeqa Umaira yang memang mampu menambat hati lelakinya itu semenjak pertama kali mendengarnya, mengusik gegandang telinganya.

"Sorry lupa. Oklah bie gerak ni. See you there. Assalamualaikum."

Salamnya bersahut sebelum talian dimatikan. Telifon bimbit diletak dalam poket seluarnya sebelum berkemas.

Kot coklat kehitaman yang dikenakan dengan kemejanya digapainya. Sekadar disangkutkan ditangan, dia berlalu meninggalkan bilik pejabatnya.

++++++++++++++++++++++++++++++

'Mana satu nak pilih ni? Kak Mayi ni memang tak faham dengan aku yang tak pandai nak pilih barang perempuan ni,' getus hati Iqmal Zyad sambil membelek beberapa tudung yang bergantungan dengan corak yang bermacam warna.

Dia mengeluh kecil. Sesekali tangannya bermain di helaian itu. Memilih kalau-kalau ada yang berkenan pada matanya.

Masih buntu. Tiada sehelai pun yang menarik perhatiannya. Dia berpaling pada gantungan yang lain.

'Warna tu sesuai ke dengan mama?' getus hatinya dengan senyuman di bibir melihatkan tudung yang cantik warnanya bergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Kakinya menapak. Matanya terus-terus melekat pada helaian tudung berwarna kuning cair dan dihiasi batu-batuan di tepi-tepinya.

Mendarat sahaja tangan kasarnya di tudung itu, satu tangan kecil terlebih dahulu menyentuhnya membuatkan tangannya berada di atas tangan itu.

Zyad menoleh. Terpaku seketika anak matanya pada wajah mulus yang berada di sisinya itu. Tinggi sekadar separas bahunya sahaja.

"Encik. Tangan saya," getus gadis itu dengan muka yang kian merah. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap seakan menahan kesakitan.

"Sorry. I don't mean it." Tangan ditarik dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Jantungnya berdegup pantas memalu perasaan.

Gadis itu tersenyum nipis sambil memicit tangannya. Sakit barang kali kerana genggaman tangan besar Zyad.

"Sakit ke?"

"Sikit."

'Merah. Kuat sangat ke aku genggam? Tak pasal-pasal tangan anak dara orang aku pegang.' Hatinya diasak rasa bersalah melihat tangan berjari runcing itu.

"Cik nak tudung ni ke?"

Gadis itu mengangguk kecil.

"But, kalau Encik nak, ambillah. Saya boleh cari yang lain." Dia menundukkan sedikit wajahnya dan mula hendak berlalu. Lemah-lembut tutur gadis bertudung merah jambu itu membawa lari hatinya yang tidak pernah terbuka lagi untuk mengenali apa itu cinta.

"Cik."

Gadis itu berhenti dan berpaling seakan tahu dirinya yang dipanggil.

"Tudung ni."

"It's ok. I can buy it next time." Tuturnya lembut, selembut raut wajah bujur sirih yang kemerah-merahan itu.

Zyad mengganguk.

"Encik. Nak beli ke?" tanya juru jual yang baru menghampirinya secara lansung menarik perhatiannya dari terus-terus memerhati gadis kecil molek berbaju kurung dan bertudung itu.

Zyad mengangguk lagi. Sekilas matanya terpandang beg tangan berwarna merah jambu di atas timbunan kain tudung yang berada betul-betul di bawah gantungan tudung yang dipilih Zyad tadi.

'Miss tudung pink tu... Dia teringgal handbag ke?' Teringat dia pada kakaknya yang suka mengenakan beg tangan dengan baju yang dipakainya.

"Encik. Ada lagi ke yang Encik nak?"

Zyad menggeleng.

"Bayar dekat sana ye." Kaunter ditunjuk.

Tangannya menggapai beg tangan itu kerana dilihatnya tiada pelanggan lain lagi di situ. Sepanjang di kaunter, juru wang asyik memerhatikannya yang membawa beg tangan itu. Mungkin kelihatan pelik tambahan lagi kena pula dengan baju kemeja yang dipakainya waktu itu.

Berpusing-pusing dia di dalam pusat membeli belah itu mencari kelibat gadis tadi. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari kedai baju, ke kedai kasut. Masuk pula ke kedai pakaian wanita. Namun hampa. Tidak pernah hatinya keluh kesah seperti waktu itu.

Jam tangan dipandang sekilas. Waktu mula menginjak jam 10 malam. Sejam lebih dihabiskan hanya untuk mencari gadis itu. Benak hatinya dipenuhi tanda tanya. Bagaimana gadis itu pulang? Bagaimana gadis itu dengan ketiadaan telifon bimbitnya? Bagaimana dan bagaimana.

Kepenatan mencari membawa dia terus ke tempat letak kereta bawah tanah. Dari jauh. Dilihatnya ada sekumpulan lelaki berbaju serba hitam berdiri di sisi keretanya.

Semakin dekat dia melangkah, baru dia perasan ada satu kereta Myvi putih di sebelah kereta mewahnya itu. Di balik beberapa lelaki yang berdiri itu, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu yang mukanya merah dan pipi dibasahi titisan jernih.

"Oi!" jerkah Zyad sekadar menarik perhatian 5 lelaki itu.

Seperti apa yang difikirannya, lima lelaki itu berpaling. Masing-masing mengangkat kening dan gadis itu terkebil-kebil.

"Korang buat apa dengan dia?" tanya Zyad kasar sambil mendekati kumpulan itu.

"Nak..." Belum sempat lelaki berbaju tanpa lengan itu menjawab, penumbuk besar Zyad mendarat di tulang pipi lelaki itu.

"Bro. Wait. Sabar," getus seorang kawannya dan memabantu rakannya yang sudah terjelepuk kerana penumbuk Zyad itu.

"Apa sabar? Korang kalau nak buat kerja tak senonoh, bukan pada dia. Kau tahu tak dia isteri aku?" Selamba dia berkata dengan muka yang sudah merah kerana marahnya. Sekadar membuat alasan untuk menakutkan dan membela gadis yang mula hinggap dan bergayut di tangkai hatinya itu.

"Bro. Kitorang tak buat apa dengan isteri lu ni. Dia hilang handbag. So, all the stuff are in her handbag. Termasuk kunci kereta dia ni. So..."

"Diorang nak tolong saya," sambung gadis itu dengan wajah kasihannya. Air mata yang menapak di wajah mulusnya dikeringkan.

Zyad mengangkat keningnya. Silap tindakkan.

"Dekat tangan awak tu..."

"Oh. Ni. Beg awak, sayang. Awak tinggal dekat kedai tudung tadi," lakon Zyad menutup malunya yang mula menyerbu mukanya.

"Lah. Handbag awak dekat suami awak tu ke?"

"Tak pasal-pasal makan penumbuk suami orang."

"Kau tinggalkan isteri kau yang cantik ni sorang-sorang dekat underground parking ni kenapa bro? Masalah lah lu ni."

Satu-satu ayat keluar dari mulut mereka yang beransur-ansur meninggalkan tempat itu.

Zyad menyentuh belakang lehernya. Malu semakin membahang. Tidak pernah dia bertindak sebegitu rupa. Entah kenapa air mata di wajah putih gebu itu menyentap rasa dalam jiwa lelakinya.

"Thanks." Lunaknya suara gadis itu mengetuk gegendangnya.

Zyad mengangguk dengan senyuman nipis yang terpaksa dia ukir untuk menutup malunya.

"Boleh saya nak beg saya? Dah malam sangat ni. Nanti ayah dengan ibu saya risau."

"Oh. Ni. Lain kali jangan tinggal merata-rata ok." Sempat dia berpesan.

"Thanks." Beg dibuka dan kunci kereta dikeluarkan.

"Cik." Tangan gadis itu terhenti dari membuka pintu kereta.

"Can I know your name and your phone number?"

Gadis itu terdiam. Mata bundar berbulu mata lentiknya terkebil-kebil memandang wajah bersih Zyad.

"Or maybe kita boleh jumpa lagi?"

Gadis itu mengetap bibirnya seakan berfikir ayat yang terbaik untuk diberikan pada Zyad.

"Saya milik ayah dan ibu saya. I think, better Encik minta pada diorang dari minta dari saya. Saya dah lambat ni. Saya balik dulu. Thanks and Assalamualaikum."

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketukkan di pintu kereta mengejutkan Zyad dari lamuannya mengenai pertama kali dia berjumpa gadis bernama Syaeqa Umaira, tiga bulan lepas. Seorang guru tadika yang lemah-lembut kelakuannya.

Paras tingkapnya diturunkan kerana seorang gadis berbaju kurung sutera sedang berdiri di luar seakan menantinya. Menjongol wajah bujur sirih kemerahan Umaira dengan senyuman mekarnya.

"Mama tanya. Bie tak nak keluar ke?"

"Hmm."

"Dije tanya. Nak try baju pengantin dan ambil gambar tak? What you think?" bual Umaira sementara mereka menapak ke kedai pengantin yang bertentangan dengan tempat dia letakkan kereta itu.

"Tak perlulah. Sebab lagi 5 hari je lagi bie dapat tengok baby pakai baju pengantin kan?"

"But, I want to. Yelah. Manalah tahu, baby tak sempat nak pakai baju pengantin yang kita tempah tu." Perlahan dia berkata seakan berbisik tapi mampu lagi telinga Zyad menangkapnya.

"Why are you talking like that? Tak baik tau." Seakan lain macam sahaja bunyi suara itu.

Syaeqa Umaira berpaling dan secalit senyuman diberikan pada tunangnya itu.

"Fine. Kita try and take some picture untuk kenangan beli baju pengantin. Ok?" Seperti apa yang dikata Kak Mayinya. Sesekali, apa salahnya dia ikutkan sahaja permintaan Umaira kerana selalu sahaja gadis itu bersabar dengan dirinya itu.

Itulah sifat Umaira. Dia akan meminta sekali sahaja. Jika tidak diberi, dia tak akan meminta lagi. Sabarnya sifat Umaira memang dia kagumi. Sekali pun tidak terbakar marahnya jika Zyad lupa janjinya. Cuma sifat manjanya itu kadang-kadang terlahir walaupun dia anak pertama dalam keluarga. Sifat yang baru ditonjolkan pada Zyad semenjak hari bahagia mereka semakin hampir.

Melebar senyumannya dan mengangguk.



"Ibu, mama. Macam mana?" tanya Umaira sambil tersenyum.

Zyad yang asyik membelek gaun pengantin juga berpaling memberi perhatian pada suara itu. Terkesima sebentar dia melihat wajah itu yang sudah cantik dirias dengan pakaian pegantin bertudung yang berwarna krim keemasan. Naik seri wajahnya ketika itu.

"Bie?" Panggilan itu menarik Zyad kembali ke alam nyata. Umaira yang berdiri di hadapannya ditatapnya terus. Senyuman manis di bibir munggil itu tidak pernah lekang.

"Macam mana?"

"Hmm?"

"How do I look?"

"Cantik."

"Sementara je tau cantik ni."

"Saya tahu." Suka betul diri itu mengingatkannya. Kata Umaira, 'Kalau cantik Umaira yang Zyad sayang? Zyad kena ingat. Cantik ni hanya sementara je.'

Memang kecantikkan wajah itu menarik perasannya. Tapi hati bersih milik gadis itulah yang membuat dia mampu nafikan yang kecantikkan itu adalah yang kedua selepas hatinya.



"Macam ni boleh ke?" tanya Umaira seronok hendak mengambil gambar dengan pakaian pengantin sedondon yang disarungnya bersama Zyad di sisi.

"Cantiklah Kak Umai. Adik pun nak lepas ni boleh?" seloroh Faiqa. Adik kedua Umaira yang berdiri di belakang kamera.

"Tunggu Iqa cukup umur dululah. Kak Mira pun tak kahwin lagi. Gatal," getus Miralya, adik bawah Umaira, anak kedua Dato' Farid.

"Bergaduh pula," getus Umaira dengan senyuman. Kedudukan selendang yang dikenakan dengan tudung kosong itu dibetulkan sedikit.

"Ok Zyad. Dekat-dekat sikit. Bukan macam tu..." Membebal mulut Dije menyuruh Zyad membetulkan kedudukan dia berdiri.

"Zyad. Diri belakang Umaira. Baru nampak mesra," cadang Kak Mayi pula. Tersenyum setiap wajah itu.

"Macam ni?"

Dije dan Kak Mayi mengangguk serentak.

___________________________________________

"Umaira. Dah suruh Zyad ambil baju untuk khatam malam nanti?" tanya Datin Marisa, mama Iqmal Zyad sementara lalu di bilik tamu, tempat dimana saudara berkumpul dan turut memeriahkan majlis berinai itu.

"Belum ma." Tersenyum bibirnya melihat keletah anak-anak saudara dan adik-beradik dia dan Zyad yang sibuk menghulur tangan hendak mengenakan inai di jari masing-masing.

"Mana pergi budak ni. Dipesan. Entah dia ingat ke tidak malam ni dah start majlis. Orang sibuk dekat rumah ni, dia tak sudah-sudah dengan kerja dia."

"Biar Umaira yang call dia ma." Tidak mahu dilihatnya Datin Marisa terus-terus risau mengenai anak lelakinya yang satu itu.

"Yelah." Datin Marisa berlalu.

"Kitorang nak pekat macam Kak Umai tu..." Kedengaran suara kecil Maya, anak saudara Zyad yang tangannya dirias Salwa, pendandan yang dipanggil untuk majlis yang akan diadakan.

"Ish budak ni. Itu pegantin. Awak tu duduk tepi je tau," bidas Salwa sambil dicubitnya pipi Maya yang banyak cakapnya itu.

Keletah mereka semakin membuatkan bibir Umaira tersenyum. Tangannya yang cantik berinai itu dipandang dan dibeleknya beberapa ketika. Dari tengah hari tadi lagi majlis berinai itu berlansung dan Umaira lah orang pertama yang dipakaikan. Jadi, petang, mereka mula menyerbu Salwa meminta dipakaikan kerana dilihatnya cantik hasil di tangan putih gebu Umaira yang dihiasi inai itu.

"Tepi kejap. Kak Umai nak keluar ni," pinta Umaira sambil membetulkan selepang tudungnya yang terjatuh.

Mereka ke tepi memberi laluan. Kebingitan di dalam bilik itu memaksa Umaira keluar supaya senang dia hendak bercakap dengan Zyad.

_________________________________________

"Encik Iqmal Zyad, tak nak balik ke?" tanya Lisa yang baru sahaja menjengul setelah dibenarkan masuk sebentar tadi.

"Kejap lagi Lisa. Kalau awak nak balik, baliklah," jawab Zyad tanpa mengangkat wajah.

Lisa mengangguk.

"Saya balik dulu."

Zyad mengangguk. "Assalamualaikum."

Kerana terbiasa dengan cara Umaira, dia pasti akan mengucapkan perkataan itu sama ada baru bertemu atau hendak berpisah.

Lisa mengangguk lagi sebelum menjawab salam.

Seketika Lisa keluar, telifon bimbitnya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil dia menjawabnya.

"Asslamualaikum."

"Waalaikummussalam bie. Mama tanya. Bie dah ambil baju untuk majlis khatam malam ni?" tanya Umaira di hujung talian.

"Baju khatam?" Pen dipusing-pusingkan di jarinya seperti selalu.

"Hmm. Bie dah ambil?" Lembut suara itu bertanya

"Ya Allah. Belum lagi sayang." Dalam dia memusingkan pennya, pen itu tersasar dan jatuh terpeanting jatuh dari mejanya membuatkan berkerut dahinya. Tidak pernah tangannya terlepas memusingkan pennya.

"Bie dekat mana tu?"

Zyad bangun untuk mengambil pennya. "Office sayang. Sikit je lagi benda ni. Nanti bie balik, bie ambil baju tu ye."

"Dah pukul 5.45 ni. Takut tutup kedai tu. Biar baby pergi ambil jelah ye," pinta Umaira.

"Boleh juga. Ouch," getus Zyad ketika sikunya terhantuk pemegang kerusi sewaktu dia hendak bangun dari mengambil pennya.

"Bie. Are you ok?" Kedengaran risau suara lunak itu.

"Ok. Bie terlanggar kerusi je."

"Ok bie. Take care ok. Jangan balik lewat sangat."

"Hmm. Assalamualaikum sayang."

"Bie," panggil Umaira tidak manjawab salamnya.

"Jangan lambat balik ye. Baby takut tak sempat nak jumpa bie."

"Sempat baby. Jangan risau ye. Kejap lagi bie balik. Bie nak siapkan kerja ni. Bie letak ye."

"Bie wait."

"Apa lagi baby?"

"I think it's too early to say this. But, I want you to know, I love you. Kalau tak ada jodoh antara kita..."

"Kenapa baby cakap macam ni?"

Umaira di hujung talian diam.

"Baby?"

"Hmm."

"I love you too. Jangan nak buat saya fikir bukan-bukan ok. Saya letak ni. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Zyad mengerutkan dahinya. Kenapa lain macam sahaja kelakuan Umaira sejak kebelakangan itu. Tidak pernah dia mengucapkan perkataan itu. Katanya hendak dihadiahkan ucapan itu selepas akad nikah nanti. Ucapan salamnya juga kedengaran lain sahaja. Seakan berat hati Zyad waktu itu.

Dia duduk menyambung kerjanya. Berkira-kira hendak pulang sebelum pukul 7 kerana majlis khatam berlansung pukul 9 malam nanti.

Satu-satu fail dibuka dan disemak seperti selalu. Selesai di atas meja, dia bangun mencari fail di rak belakang mejanya. Tarik sahaja fail yang dikehendakinya, bersepah kertas-kertas dari dalam fail terbang berterabur di lantai. Seakan ada benda yang tak kena dengannya sepanjang hari itu.

Kertasnya dikutip. Tidak sampai separuh, telifonnya menjerit pinta diangkat. Diletakkannya sahaja kertas di lantai dan berlalu mendapatkan telifonnya yang seakan menggamitnya untuk pantas menyambutnya.

'RUMAH'. Berkerut seketika dahinya sebelum melekat telifon berwarna putih itu di telinganya.

"Assalamualaikum Zyad. Balik sekarang. Umaira, Zyad. Umai..." Kedengaran tangisan mamanya di hujug talian belum sempat pengucapannya diteruskan.

"Ma. Kenapa ni? Kenapa Umaira?"

"Umaira accident depan kedai baju pengantin."

Bagai ditarik kasar degupan jantungnya waktu itu. Kakinya lemah untuk berdiri.

"So, sekarang. Umaira dekat mana ma?" Tubuhnya disandarkan di dinding. Menampung kakinya yang kian lemah menerima berita itu.

"Kecemasan. Tapi..." Sekali lagi suara tua itu terhenti.

Air matanya mengalir lambat bersama sorotan tubuhnya yang hampir terduduk.

"Umairah dah tak ada Zyad. Dia dah tak ada." Akhirnya berita itu sampai ke corong telinganya setelah lama mendengar mamanya menangis di hujung talian.

'Baby...' Hatinya meronta kuat. Tak mampu dia melawan takdir yang hebat itu.

____________________________________________

'Pandai Dije ambil. Nampak cantik.' Manja suara Syaeqa Umaira sambil membelek gambar yang diambil Dije terdendang di telinganya waktu itu. Satu-satu gambar dia bersama Umaira yang memakai baju pengantin itu dibeleknya.

'Bie. Rasanya, sama macam ni ke kalau hari nikah nanti?'

'Nope. Akan cantik lagi dari ni.'

'Kalau baby pakai baju putih waktu malam sebelum nikah nanti, bie rasa macam mana?'

'Baby pakai apa pun. Cantik sayang.'

'Kalau solekkannya berbeza, tak ceria macam ni?'

'You still the most beautiful one baby.'

'Hope so.'

Terngiang-ngiang perbualannya bersama Umaira ketika di meja makan waktu makan malam dua keluarga yang agak meriah selepas mereka singgah di kedai pengantin itu.

Malam yang sepatutnya meriah dengan majlis khatam digantikan dengan majlis kenduri pengkebumian Syaeqa Umaira yang cantik memakai baju yang menjadi pilihan hatinya. Baju putih yang dikatanya dia hendak sarung pada malam itu.

Dan hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah penyatuan dua hati, menjadi titik pemisah antara Iqmal Zyad dan Syaeqa Umaira.

__________________________________________

"Uncle Iyad. Uncle nak beli ke tu?" tanya saorang kanak-kanak perempuan sambil menarik-narik seluarnya manja sambil tangannya menuding pada apa yang dipegang Iqmal Zyad.

"Taklah. Mana mama Eqa?" tanya Zyad sambil meletakkan tudung kuning cair itu kembali ke tempatnya. Tubuh anak kecil berumur 5 tahun itu diangkat.

"Mama dekat sana. Beli tu," tunjuknya dan jari kecilnya menunjuk pada Adria Madiya, adik bongsu Zyad yang sedang berdiri di kaunter.

"Itu kan cantik. Uncle Iyad tak nak beli ke?" Kembali dirujuknya pada tudung yang tadi dipegang Zyad.

"Tak. Tak ada siapa nak pakai nanti kalau Uncle Iyad beli. Jom," ajak Zyad sambil menyentuh kepala anak buahnya itu.

Kakinya melangkah keluar dari kedai tudung itu. Kedai yang menjadi saksi pertemuan dia dan Syaeqa Umaira, 10 tahun lepas. Dan warna tudung yang sama membuatkan itulah kali pertama dan kali terakhir tangan Syaeqa Umaira disentuhnya.

'Sayang. Saya tak sempat nak belikan tudung yang awak nak tu untuk awak. Kalau bukan takdirnya untuk awak pergi dulu tinggalkan saya. Mesti sekarang awak masih ada berjalan dengan saya. Singgah kedai tudung kegemaran awak tu.' Bual hati Zyad sendiri. Panas terasa menyerbu kelopak matanya.

'Zyad. Umaira tak suka Zyad salahkan diri sendiri. Tak baik tau.' Suara manja Syaeqa Umaira terus-terus mengikut setiap rentak nadinya selepas pemergian gadis itu. Gadis yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan dan kehidupan.

'Love you baby. Forever.' Hatinya merintih lagi.

"Uncle Iyad. Kenapa Uncle Iyad nangis?" Suara Eqa Laili mengejutkannya.

"Taklah." Diukir senyuman nipisnya dan matanya mula mengikut langkah adik bongsunya yang kini beranak dua itu yang datang mendekatinya.

-THE END-

Comments Novel: Hate But I Love You




" Kak Ju, kenapa dengan Intan ni? Intan rasa macam Intan dah tak betul. Kiri, kanan, depan, belakang... Asyik nampak muka dia je... Dari celik mata sampai celik mata balik, mana-mana Intan pandang, mesti terbayangkan dia..." Intan menyuarakan apa yang dialaminya kepada Julia. Selama ini, hanya pada Julia sajalah tempat Intan berkongsi kisah suka dan dukanya. Hendak diceritakan kepada mamanya, bimbang akan penerimaan mamanya itu.
"Ya Allah budak ni... Ni memang sah dah kes angaulah ni... Tu lah Intan, kak Ju dah pesan dari dulu lagi, jangan asyik kutuk dia... Hah, tengok sekarang ni... Dah terkena pada diri sendiri..."bebel Julia. Rasa simpati mula terbit buat adik sepupunya itu.

* * * * *

"Apa dia,Pa? Betul ke family Auntie Zurin nak ikut sekali kita ke Melbourne?"tanya Intan pada Encik Jauhari, meminta kepastian. Intan terdengar akan perbualan antara papa dengan mamanya sewaktu melintasi ruang tamu rumah banglo milik keluarganya itu setelah penat bekerja.
"Ya Intan... Pagi tadi Auntie Zurin call mama... Minggu lepas mama ada perlawa mereka sekeluarga. Alang-alang dapat tahu kita sekeluarga nak bercuti bersama, tu yang Auntie Zurin bagi kata putusnya... Elok sangat lah tu... Meriah juga percutian kita nanti... Tak de lah boring Intan nanti..."jelas Puan Maria. Mendengar akan itu, Intan terus melabuhkan punggung di sisi mamanya. Niatnya yang ingin terus rehat di bilik, diketepikan.
" Intan tak kisah,Ma... Tapi,siapa lagi family Auntie Zurin yang ikut sekali nanti,Ma?" tanya Intan, berminat ingin tahu lanjut.
"Mereka sekeluarga je... Auntie Zurin, Uncle Roslan dan dua orang anak mereka... Bolehlah Intan berkenalan dengan mereka nanti..."beritahu Puan Maria.
"Alang-alang Intan dah tanya, Papa ingat nak minta tolong Intan sikitlah... Flight Papa dan Mama terpaksa diawalkan sebab Papa kena settlekan kerja sikit kat sana... So, I wish that you may accompany Auntie Zurin’s family to Malbourne... Ikut tarikh asal flight kita... Boleh? Family Auntie Zurin dah lama berkawan dengan family kita. Tak elok rasanya tinggalkan mereka macam tu saja sedangkan pada asalnya kita yang perlawa mereka..."terang Encik Jauhari panjang lebar. Intan terdiam sejenak dan akhirnya bersetuju dengan permintaan papanya itu.

* * * * *


Setelah menghantar papa dan mamanya ke lapangan terbang, petang itu Intan menghabiskan cuti hujung minggunya dengan keluar bersama Julia mengambil angin di sekitar Suria KLCC di samping membeli belah belah di sana.
Sedang leka meneliti pakaian di gedung ISETAN, Julia terpandangkan seorang jejaka yang baru melintasi pintu masuk gedung itu.
"Eh Intan, tu lah anak Auntie Zurin yang baru balik dari Indonesia yang kak Ju ceritakan pada Intan kelmarin..."kata Julia sambil menudingkan jarinya ke arah jejaka yang dimaksudkan kepada Intan. Intan yang tidak mengerti apa-apa terpinga-pinga seketika sambil cuba mencari jejaka yang dimaksudkan oleh Julia. Malangnya, jejaka itu sedang sibuk mengatur langkah ke tingkat atas dan Intan tidak dapat melihat wajah jejaka yang dimaksudkan itu.
"Biasa-biasa je muka dia tu kak Ju... Tak de lah handsome mane pun... Orang macam tu, melambak kat KL ni...". Intan bersuara.
"Amboi cik akak sorang ni... Cakap besar ya awak... Esok-esok, buatnya terpikat kat dia tu, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...". Usik Julia.Usikan itu hanya disambut dengan gelak tawa dari Intan. Bagi Intan, dia malas hendak mengambil pusing akan semua itu, malahan dia masih leka membelek sehelai blaus yang telah mencuri perhatiannya. Blaus itu akhirnya di bawa ke bilik persalinan untuk dicuba.

* * * * *

Intan memandang jam digital pada dashbord teksi yang dinaikinya. Kali ini, sudah masuk tujuh kali jam digital itu dijengahnya. Riak mukanya mula mempamerkan rasa cemas. Telefon bimbitnya pula sudah dua kali berbunyi. Panggilan dari Auntie Zurin yang bertanya akan kedudukannya sekarang.
"Iskh, Intan ni... Pening kak Ju dibuatnya... Sudah-sudahlah tengok jam tu... Kejap lagi sampailah kita kat airport tu... Tak lari mana pun airport tu... Ada sejam lebih lagi before kita fly..."bebel Julia. Intan yang duduk bersebelahan dengannya, dipandang.
"Intan bukan apa kak Ju, tak sedaplah bila dah berjanji dengan orang tapi kita pula tak sampai-sampai lagi... Lagi pun, kesian kat Auntie Zurin... Dah dua kali dia call tanya kita kat mana..."jelas Intan. Julia kehilangan kata-kata. Dia faham benar akan sikap adik sepupunya itu yang sentiasa menepati janji. Dia lebih suka menunggu daripada ditunggu oleh orang yang dijanjikan. Akhirnya, Julia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Setelah teksi mula memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Intan dan Julia sama-sama menarik nafas lega. Setelah menjejakkan kaki di dalam kawasan DEPARTURE, Intan dan Julia menghayunkan langkah sepantas mungkin sambil melilau mencari kelibat Aunti Zurin.
"Nasib baiklah papa dan mama dah bawa sikit barang kita,kan kak Ju? Kalau tak, susah juga kita nak bergerak..."suara Intan sambil terus mengatur langkah. Julia hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Intan itu. Akhirnya, orang yang dicari telah ditemui. Intan dan Julia terus mara ke arah Auntie Zurin yang sedang rancak berbual bersama suaminya, Roslan dan juga Luqman Hakim, anak lelaki sulung mereka. Setelah menyedari kehadiran Intan dan juga Julia, Auntie Zurin menghadiakan senyuman buat mereka berdua.
"Sorry Auntie, kiteorang terlambat. Jalan jammed tadi... Auntie,Uncle and abang Luqman, apa khabar?"Intan berbahasa. Tangan Auntie Zurin dan Uncle Roslan disalaminya, diikuti juga dengan Julia.
"Kami semua alhamdulillah, sihat... Tak pe. Auntie faham... Tapi Auntie risau juga tadi. Tu lah, tadi Auntie perlawa tumpang dengan Auntie sekali, tak nak... Auntie nyaris-nyaris nak suruh Kimi jemput kamu berdua tadi sebelum Ju call dan kata dah nak sampai... "beritahu Auntie Zurin.
"Kalau Auntie nak tahu, Intan ni tadi dah macam kucing hilang anak... Ju yang duduk kat sebelah dia pun naik pening dibuatnya. Mana taknya, lebih daripada sepuluh kali menjengah jam kat dashboard teksi tu tadi..."cerita Julia penuh semangat. Cerita itu disambut oleh gelak tawa daripada mereka semua. Gelak tawa mereka mula mengendur apabila seorang lelaki datang memberitahu Auntie Zurin bahawa barang-barang mereka telah didaftar masuk.
"Hah Intan, ni lah Kimi. Ingat lagi,tak? Anak Auntie yang bongsu. Sebelum ni, dia jarang ada kat sini... Tu yang kamu jarang jumpa..."perkenal Auntie Zurin.
"Hakimi Rizal..."suara lelaki itu sambil meghulurkan tangannya.
Julia yang berada di sisi Intan, memberikan isyarat mata kepada Intan supaya memperkenalkan diri. Intan berpura-pura tidak faham akan isyarat dari Julia. Tidak lama kemudian, satu cubitan kecil dari Julia hinggap di pinggang Intan. Intan terjerit kecil daan akhirnya akur. Intan menyambut jabatan tangan lelaki yang bernama Hakimi itu.
"Intan... Intan Lidyana..."
Auntie Zurin hanya tersenyum memerhati.
"Eh, mari lah kita masuk ke dalam... Ni dah second announcement dah ni... Leka bersembang, terlepas pula flight kita nanti..."suara Encik Roslan dan disambut dengan anggukan mereka semua. Mereka beriringan masuk ke balai perlepasan. Sepanjang perjalanan ke Melbourn, Auntie Zurin tidak putus-putus bercerita itu dan ini kepada Intan. Intan menadah telinga menjadi pendengar setia. Julia pula sedang asyik bersembang dengan Luqman Hakim,tunang kesayangannya, manakala Hakimi Rizal pula bersama-sama papanya.

* * * * *

Sebaik sahaja menejejakkan kaki ke bumi Melbourne,kelibat Puan Maria dan Encik Jauhari sudah kelihatan menanti ketibaan anak serta keluarga kawan baik mereka. Kerancakkan berbual membuatkan mereka tidak menyedari hari susah menginjak ke malam. Setelah mendapat kunci bilik, masing-masing membawa hala tuju yang tersendiri.
"Hmm... Macam mana Intan? Handsome tak bakal adik ipar kak Ju?"suara Julia sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katilnya. Intan pula sedang sibuk menggantung pakaiannya di almari. Intan dan Julia akan berkongsi bilik di sepanjang percutian mereka di situ.
"Ntah... Biasa je Intan tengok... Tak de lah handsome sangat pun... Kalau nak dibandingkan, abang dia lagi okey kot..."balas Intan. Perhatiannya masih lagi pada kerja-kerja yang sedang dilakukan. Julia terjerit kecil apabila mendengar kata-kata Intan itu.
"Hei, yang tu ana yang punya,okey?"kata Julia, namun disambut oleh gelak tawa dari Intan.
"Hahaha... Apa lah kak Ju ni, Intan main-main je lah... Ambillah cik abang Luqman kesayangan awak tu... Tak de siapa nak usik lagi dah..."balas Intan sambil tertawa. Akhirnya, Julia sama-sama menghamburkan tawanya. Geli hati mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Intan itu. Bilik itu riuh rendah dipenuhi dengan gelak tawa serta adegan saling usik mengusik.

Pagi-pagi lagi, Intan dan Julia sudah keluar berjoging. Sesudah menunaikan solat subuh, mereka sama-sama turun ke bawah dan memulakan larian kecil di sekitar hotel tempat mereka semua menginap. Masuk pusingan kedua, kelihatan Luqman dan Hakimi melambai ke arah mereka dan memberi isyarat untuk turut serta. Julia menyambut kedatangan tunangnya dengan senyuman yang manis. Akhirnya Intan ditinggalkan terkulat-kulat sendirian bersama Hakimi.
"Hai... Have a nice dream?"Hakimi memulakan bicara setelah agak lama mereka menyepikan diri.
"Oh, yah... Thanks..."jawab Intan ringkas. Janggal rasanya bila ditinggalkan begini.
"So, you buat apa sekarang ni?"tanya Hakimi lagi.
"Tengah joging lah... Tak kan tanam sayur pula kot..."perli Intan. Intan sengaja menjawab pertanya Hakimi sebegitu biarpun mengetahui maksud sebenar pertanyaan itu. Tujuannya hanya satu, malas untuk memanjangkan perbualan bersama lelaki itu. Tidak diketahui sebabnya, Intan bagaikan tidak senang dengan Hakimi. Hakimi bagaikan terhina apabila diperlakukan sebegitu. Niatnya baik tapi inikah balasannya dari Intan?
"Eleh, macam lah I hairan sangat pasal you tu... I’m not interested... Tak sangka, muka je elok tapi budi bahasa, hancur..."balas Hakimi, bengang. Intan bagaikan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu.
"Suka hati I lah nak kata macam mana sekali pun..."bidas Intan.
"Suka hati you lah...". Hakimi terus berlari pecut, meninggalkan Intan sendirian dibelakang.

Sesampai sahaja di biliknya, Intan menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Berbakul-bakul sumpah seranah yang keluar dari mulutnya.
‘Iskh, kak Ju ni pun satu... Yang dia pergi tinggalkan aku dengan mamat mangkuk tu, ape kes? Iskh...geramnya aku... Perasan bagus sangat lah tu... Ceyhh... Bagi free pun aku tak nak...’omel Intan seorang diri. Akhirnya Intan terlena di sofa dengan persaaan geram yang masih berbuku di hati.

* * * * * *

Sewaktu turun ke ruang makan lobi, semua ahli keluarga dan keluarga Auntie Zurin sedang menunggu kedatangan Intan untuk makan bersama.
"Sorry, lambat... Kenapa semua tak makan lagi?"tanya Intan sambil menarik kerusi, bersebelahan dengan Hakimi. Hanya situ sahaja tempat yang kosong. Jikalau ikutkan rasa hatinya, Intan lebih rela duduk di meja yang lain. Tetapi tatkala memikirkan pandangan yang lain, tidak elok rasanya dia berlaku sebegitu.
"Tunggu tuan puteri turun... Ma, kalau ada oarang tu lewat turun lagi, tinggalkan je la,Ma... Dia tak fikir agaknya kita yang tunggu kalaparan dekat sejam ni..."sindir Hakimi yang tiba-tiba bersuara.
"Kimi..."tegur Auntie Zurin. Intan terpukul dengan kata-kata Hakimi itu. Dia bukannya sengaja turun lewat tetapi dia tertidur keletihan sesudah balik dari berjoging pagi tadi. Sesedarnya dari tidur, Julia sudah bersiap dan berpesan supaya cepat bersiap untuk turun makan bersama-sama.
Baru dua sudu makanan memasuki mulut Intan, Encik Jauhari memecahkan kesunyian.
"Intan, sekejap lagi papa,mama, Auntie Zurin and Uncle Roslan nak melawat syarikat rakan kongsi papa..."beritahu Encik Roslan.
"Ala pa... Boringnya... Abis tu, Intan nak buat apa? Kata nak holiday sama-sama..."rungut Intan,manja.
"Intan ikut lah Kimi, Abang Luqman and kak Ju jalan-jalan kat sini, okey sayang? Cara orang muda berseronok berbeza dengan kami yang dah tua ni..."pujuk Auntie Zurin.
Dengar sahaja Auntie Zurin bersuara, Intan tidak berani menentang. Intan rela dalam terpaksa.

Sesudah Puan Maria, Encik Jauhari, Uncle Roslan dan Auntie Maria berangkat ke destinasi mereka, Intan, Julia, Hakimi dan Luqman pula mengatur rancangan mereka. Destinasi yang mereka pilih ialah Queen Victoria Gardens. Intan terpesona tatkala melihat keindahan pelbagai jenis bunga yang terdapat di taman itu. Tambah mengagumkan Intan ialah keunikan susunatur bunga-bungaan yang membentuk sebuah jam terbesar di St Kilda Road. Jam terbesar tersebut diperbuat daripada lebih 7,000 kuntum bunga. Setelah puas berjalan di sekitar Queen Victoria Gardens, mereka mengatur langkah ke Southgate Leisure Precinct. Salah satu daripada gedung membeli-belah yang terkenal di Melbourne. Ditambah pula dengan kedudukannya yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Sungai Varra. Intan dan Julia cukup teruja apabila menjejakkan kaki ke situ. Hampir tidak terdaya Luqman dan Hakimi melayan kerenah dan mengekori mereka berdua. Perempuan dan shopping adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

"Aduh... Penatnya... Tapi seronok, kan Intan??"tanya Julia apabila mereka menjejakkan kaki ke bilik, setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Melbourne.
"Iskh... Seronok apa kalau macam tu... Akak tengok lah tadi, Si Kimi tu saja je nak sakitkan hati Intan. Menyampah betul... Macam lah dia tu bagus sangat..."rungut Intan, tidak puas hati.
"La... Ni kenapa pulak ni?" tanya Julia, ingin tahu.
"Ala, si Kimi tu lah... Boleh dia menonong jalan berlengang, padahal dah nampak yang tangan Intan ni sarat dengan barang? Dia tak tau ke yang tangan Intan ni macam nak tercabut jinjing barang-barang tu semua... Iskh... Tak gentlemen langsung...". Bagaikan peluru berpandu Intan melepaskan rasa tidak puas hatinya itu. Julia yang mendengar hanya tersenyum geli hati.
"Hmmm... Salah Intan juga tu... Lain kali, janganlah memborong sampai tak ingat dunia, ye cik adik??" usik Julia.
"Iskh, kak Ju ni asyik nak menangkan si Kimi tu je..."rungut Intan. Akhirnya, selimut dihujung kaki ditarik dan tubuhnya diselubung. Malas hendak mendengar Julia mempertahankan Hakimi. Bertambah sakit hatinya. Julia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Intan itu.
‘Macam-macam gelagat budak berdua ni...’Julia bermonolog.

Sepanjang empat hari di Melbourne, pelbagai tempat telah mereka lawati. Tidak kurang juga dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya menaiki belon udara panas dan juga menaiki Giant Sky Wheel. Panorama di sekitar Victoria, Melbourne dapat dinikmati dari pelbagai sudut dan aspek. Walaupun teruja mengikuti aktiti-aktiviti, sering kali itu jugalah mulut Intan bertubi-tubi menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap Hakimi pada Julia. Biarpun tahu bahawa dirinya kurang disenangi oleh Intan, Hakimi tetap galak mengusik Intan. Sengaja mahu menambahkan rasa ketidakpuashatiaan gadis itu. Julia dah Luqman hanya menjadi pemerhati dan sesekali terhibur dengan gelagat mereka berdua.

* * * * *

"Kak Ju... Macam mana ni?? Macam mana Intan nak pay attention on job kalau dah 24 jam Intan macam ni?" luah Intan dengan harapan Julia dapat merungkai masalah yang dihadapinya itu. Julia hanya tertawa mendengar luahan Intan itu.
"Iskh... Kak Ju ni, Intan cakap betul-betul... Kak Ju boleh gelak pula..."rungut Intan. Tangannya ligat mengacau minuman yang baru dihantar oleh pelayan restaurant. Sudah sebulan percutian mereka berakhir dan selama sebulan itu jugalah Intan menjeruk rasa. Semua kerja yang dilakukan serba tidak kena. Dia sendiri bagaikan tidak mengerti kenapa dia berperasaan begitu. Setahunya, sepanjang perkenalannya dengan Hakimi, lebih banyak pahit daripada manisnya. Ada sahaja yang tidak disenanginya tentang lelaki itu.

Ada juga sekali dua Intan menjeggukkan diri ke rumah Auntie Zurin tapi tidak pula kelihatan kelibat Hakimi. Ingin bertanya pada mamanya terasa segan. Nanti dikatakan hidung tak mancung, pipi pula tersorong- sorong. Paling ditakutinya, dikatakan pula perigi mencari timba. Ingin disuarakan pada Julia, bimbang ditertawakan lagi. Mahu tidak mahu, Intan hanya memendamkan rasa.

"Intan, kenapa ni?? Mama tengok, Intan muram je kebelakangan ni... Selalu sangat termenung. Just tell me what’s the matters... I’m hearing..."tegur Puan Maria apabila terpandangkan Intan yang sedang mengelamun. Kehadirannya langsung tidak disedari Intan.
"Eh, mama... Mana ada?? I’m fine... Cuma penat je kot. Kebelakangan ni banyak sangat kerja kat office tu..."dalih Intan.
"Ma, Intan ingat Intan nak pergi holiday lah, Ma... May I??"sambung Intan lagi.
"Holiday?? Bukan ke baru dua bulan lepas kita pergi holiday??"Puan Maria bersuara.
Intan cuba meraih simpati mamanya. Didekatkan lagi dirinya pada Puan Maria.
" Ala Mama, boleh lah Ma... Please!!! Tu dua bulan lepas. Lagi pun, I need my own privacy... Boleh ya, Ma??"
Terdetik juga rasa simpati terhadap anak gadis seorangnya itu. Sering kali juga dia terpandang akan wajah muram Intan. Lama Puan Maria membatukan diri dan akhirnya bersuara.
"Intan nak ke mana?"

* * * * *

Bumi Melbourne sekali lagi menerima kehadiran Intan Lidyana Jauhari. Kehadirannya kali ini adalah untuk mencari ketenangan, berbeza dengan sebelum ini. Intan mengatur langkah ke tempat-tempat yang telah memalit memori di benaknya biar pun hanya memori duka. Setiap kali berkunjung ke tempat-tempat tersebut, ingatan Intan tidak pernah berhenti daripada mengingati Hakimi. Bagaikan terasa kehadiran Hakimi di sisinya pada ketika itu. Sewaktu melalui kaki lima berhampiran dengan Southgate Leisure Precinct, Intan terpandangkan tempat di mana dia dan Hakimi bertegang urat di situ gara-gara Hakimi yang sering menduga kesabaranya.

Terlayar lagi peristiwa ditubir ingatan Intan.
"Kimi, boleh tak tolong bawakan barang I ni?? I dah tak larat lah..."pinta Intan, meraih simpati. Terpaksa juga dia menebalkan muka meminta pertolongan Hakimi memandangkan dirinya benar-benar kehabisan tenaga dek kerana menjinjing beg yang penuh berisi barabg-barang yang dibelinya tadi, ditambah pula dengan penat ke hulu ke hilir meredah kota Victoria itu. Julia dan Luqman pula bagaikan belangkas. Sekejapan sahaja kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan.
"I’m sorry... Are you talking to me??"tanya Hakimi. Berpura-pura tidak mendengar. Intan mulai bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut jejaka yang berada beberapa langkah daripadanya.
"Eh, tak de lah... I cakap dengan tiang ni tadi..."balas Intan sambil memuncungkan bibirnya.
"Oh, great!! I ingat tadi, ada tuan puteri yag minta I bawakan barang-barang dia... Anyway, kalau ada, please say to her,’It’s not my pleassure...’" sengaja Hakimi mencurahan minyak tanah di atas bara api. Berdesing telinga Intan tatkala mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Hakimi itu. Ada sahaja perkara yang cuba jejaka lakukan untuk menyakiti hati Intan.
‘Ya Allah, sakitnya hati aku... Mamat ni memang nak kena... Apa, kau ingat kau tu bagus sangat?? Ini tak boleh jadi...’jerit hati kecil Intan. Darjah kemarahannya hampir sampai ke puncak.
"Excuse me... You ingat, you tu bagus sangat?? Daripada I minta tolong kat you, lebih balik I minta tolong kat tiang ni... Hati I pun tak sakit... If I really need a help, sekali I petik, bersusun yang datang nak tolong tau!! Setakat muka you ni, simpan je lah..."bidas Intan. Dihamburkan kemarahannya pada lelaki itu. Jangan disangka dirinya senang untuk diperkotak katikkan.
"Owh, ye ke?? Tak sangka pula I... Mana semua orang-orang yang nak tolong you tu?? Kalau yang datang semua tua-tua kerepot yang dah nak sampai ajal, macam mana??"Hakimi masih lagi enggan mengalah.
Intan bertambah sakit hati.
"Iskh.... Weeeaaakkk...."rugut Intan sambil menjelirkan lidah dan menghetakkan kakinya. Lalu, lelaki itu ditinggalkan sendirian di tepi kaki lima itu. Hakimi cuba menahan tawa yang hampir terhambur keluar. ‘Comel’ desis hati lelaki itu.
Intan sedar, Hakimi masih lagi mengekori langkahnya dari belakang. Oleh itu, langkahnya cuba diatur sepantas yang mungkin biarpun di dalam kepayahan menjinjing barang-barang. Hatinya tidak henti-henti menyumpah seranah lelaki itu sepanjang perjalanannya pulang ke hotel penginapan mereka.

* * * * *

"Ada yang boleh patik bantu?? Khadam sedia memberi khidmat untuk Tuan Puteri... "
Ingatan Intan terus mati di situ. Dia dikejutkan dengan suatu suara yang cukup dikenali. Jelas di pendengarannya. Seseorang yang fasih berbahasa Melayu di bumi asing ini adalah sesuatu yang mustahil. Tambahan pula suara itu! Intan berkira-kira untuk berpaling. Sebaik sahaja terpandang akan empunya suara, tanah yang dipijak bagaikan tidak terasa. Intan bagaikan kehilangan kata.
"Kimi... What are you doing here??"
Hakimi melemparkan senyuman buat Intan sambil membalas pertanyaan gadis itu.
"I’m looking for my princess... Did you see her??"
Riak muka Intan serta merta berubah muram tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jejeka itu. Hanya sepatah perkataan sahaja yang mampu keluar dari bibirnya.
"Nop!"
"Iskh... Takkan you tak nampak dia. Tapi I rasa you kenal orang tu... That person is.... Intan Lidyana Jauhari..."
Intan nyata terkejut. Benarkah apa yang didengarinya?? Dipandangnya muka Hakimi dengan seribu pertanyaan terkandung di fikiran. Hakimi masih lagi melemparkan senyuman. Cukup menawan dan menggoda pada pandangan Intan. Hakimi mula megatur langkah ke hadapan menghampiri Intan dan tubuh itu diraih ke dalam dakapannya. Intan bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Berjuraian air matanya membasahi pipinya.
"I hate you..."kata Intan dalam esakan. Tubuh lelaki itu didakapnya erat.
"But I do love you... Love you so much.... I missed you, dear..."Bisik Hakimi dengan nada yang cukup romantis.
"I love and missed you too..."Bisik Intan pula. Akhirnya Intan akur dengan permainan takdir. Diluahkan juga apa yang terbuku dihati sekian lama. Tanpa disangka, orang yang dibencinya pada suatu ketika dahulu kini menjadi orang yang paling dicintainya.

"Ehem... " Kedengaran suatu suara dari arah belakang mereka. Intan dan Hakimi segera berpaling. Julia ditemani Luqman. Pasangan itu melempar senyuman buat Intan dan Hakimi.
"Cukup bulan, kahwin!!"Sambung Julia, cuba meniru dialog yang digunakan dalam kisah Nujum Pak Belalang arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Kini, barulah Intan tahu semua yang berlaku ini adalah rancangan Julia. Rupa-rupanya, segala yang diluahkan selama ini, tidak sia-sia.
Intan akhirnya tenggelam dalam dakapan Hakimi. Semoga kisah cinta mereka akan terus diwarnai dengan warna-warna ceria kehidupan.

Comments Novel: Kantoi, Jodoh atau kebetulan?



Fikiranku kusut. Perasaan aku tak tenteram. Aku rindukan seseorang. Aku dah tak tahan. Arghhhhhhh..!!!
"Woi mimi." Serentak dengan itu bantal dibaling kepda mimi.
"Adoi..woit, sakit la. Ape baling-baling ni?"
"Ko la. kenapa tetiba menjerit hah? Kena histeria ker? Ko jangan, lagi esok lusa je nk exam ni. "Tika menegur kwan sebiliknya.
"Sori ..hehe. rileks la Tika. Aku Cuma bosan la. Aku taktau nk watper. Nk study malas. Macam dah tepu otak aku ni Ape idea ko untuk mengatasi masalah aku ni?"
"Idea ape lg. study je la cik kak oi. Kite nk exm ni. "
"Tapi aku takleh concentrate la. Makan tak lalu. Tdo tak lena. Aku mcm rindukan sseorang. Adakah ini namanye cinta?" Mimi bertanyer disulami senyuman nakal.
Cewahh. Jiwang la plak.
"Ko cinta kat sape? Bagtau aku? Leh wat gossip ni. ko tak penah cite ape pn kat aku pasal lelaki."
Ces, gossip no satu. Mimi mencebik dalam hati. Tiba-tiba die terfikir satu idea nakal.
"hmm.aku rase aku nk jumpa die la. Aku nak luahkan segala yang terpendam dalam hati ni pada dia." Mimi berkata kepada Tika
"Nk jmpa kat mane? bgatau la."
"Skang kul bpe ek? "Mimi berpura bertanya. Bukan die takde jam pun nak tengok.
"Br masuk asar.4.30. Nape?"Tika bertanyer kembali.
Mimi membiarkan pertanyaan Tika itu. Dia bersiap-siap untuk menunaikan solat dan bersedia meneruskan perancangannya itu.

……

"Woit, ko bersiap nk g mane ni?"
"Kan aku ckp aku nk jmpa si dia td."
"Kot ye pn biar betol? Die duk mane? Dh petang ni? Ko betol ke nak jmp die ni?"
"Betol la. Watpe nak memain plak. Aku takleh study la macamni kalu selalu teringat kat die."
"Ko jangan wat aku takut. Ko kena guna-guna ke ape ni hah?" Tika menunjukkan riak muka penuh kerisauan. Kesian plak mimi tengok.
"bubye Tika. Aku mungkin tak balik ari ni. Taktau bila nak balik. Tapi kita akan jumpa sebelum paper pertama.". Mimi berkata seraya tersenyum.
"Wei, mimi, ko jangan wat pasal. Aku repot kat mak kau karang. "
Nk repot? Repot la. Mimi menjawab dalam hati. Lantas memeluk kawannya untuk meminta diri.
Haha. Setau aku ko takde no familiy aku. Ah..tak sabar nk jumpa die. Sayang I’m coming..




Aku berlari2 ank menuju ke bus stop. Alamak, nk dekat 5,30. sempat ke tak ni nak beli tiket? Argh.tidak. Bas br je bertolak ketika mimi sampai ke bus stop..adui, lame la plak nak tunggu bas lain ni.
Mimi yang tidak senang duduk kerana ketinggalan bas memandang kiri dan ke kanan. Dari jauh die terlihat kelibat seorang lelaki menuju ke arahnya dengan sebuah beg pakaian.nak balik kampung la tu.
Eh, apehal sengih2 kat aku lak ni? Kenal ker? Atau nak ngorat aku. Kirim salam la.
Woi mimi, yang ko g tengok die apehal? Malu la die woi. Hati Mimi berbalah sesame sendiri.
Baru mimi tersedar yang dia asyik mengutuk lelaki yang tidak dikenalinya itu. Lantas mimi berpaling ke tempat lain apabila lelaki itu sudah duduk di bangku sebelahnya.
"assalamualaikum"
ceh, macam ayat bese nak ngorat jer.
Mimi membiarkan sahaja salam tidak dijawab dan bersikap seperti tidak mendengar.
"tak jawb dosa". Lelaki itu berkata lagi.
Mimi mencebik dalam hati. Die memandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah untuk memastikan salam itu ditujukan kepda dirinya.
"waalaikumsalam." Mimi menjawab perlahan namunmasih boleh didengari oleh lelaki itu.
"awak nak g maner?" Lelaki itu bertanye lagi.
"Changlun". Jawab Mimi endah tak endah. Sibuk nak tau sangat ni apesal?
"Sorang jer?"
"Tak la, bertiga."
"Mane lagi dua?"
"Ade kat seblah kiri dan kanan saya."Mimi menjawab acuh tak acuh.
Lelaki itu memandang dengan penuh tanda tannyer? kemudian die tergelak sendiri. faham maksud gadis itu.

Yes, bus dh datang..malas aku nak menjawab soalan yang entah ape2 lagi yang akan kuar dari mulut lelaki itu.
ala, penuh la plak bas ni..ah, takpe..misi mesti diteruskan.

"Senyum la skit. Masam2 ni naper? Gaduh ngan pakwe ker?"
suara sape lak tegur tu? Macam terkena kat batang hidung sendiri jer ni.
Berpandaukan cermin hadapan bas aku tau memang ayat itu untuk aku. Aku lihat endik drebar tu asik menjeling dan tersengih kea rah aku jer. Aku cuba membelek muka aku. Memang masam pun. Mane tak msam, bas penuh. Kena berdiri.
"nak g mane ni?Alamak, nape la pakcik drebar bas ni terlampau peramah sangat? Konduktor bas lum pun sampai lagi nk bagi tket.
"Pakcik bawak je la bas tu leh tak?" tapi aku hanye bertanye dalam hati. huhu
Aku hanya menjawab soalan itu dengan memberikan senyuman yang paling manis aku rase. Tak baik sombong. Nak plak die kate muka aku masam tadi. Amacam pakcik, tergoda tak tengok aku senyum? Haha.

Sampai di changlun ramai pelajar turun. Memang hamper 100% penumpang bas itu terdiri dari pelajar UUM.

Yes, dpt tmpt duduk. Letih wo berdiri dengan keadaan bas sesak macam ikan sardin..

"Awk nk g maner?kate nk ke changlun? Changlun dah lepas."
eh, mamat tadi la plak duk kat seblah aku ni. Alamak. Ape aku nak kelentong ni ek.
"Nk balik umah."
"Awk ni orang sini ker?" Lelaki itu bertanye sedemikian kerana die tak ternampak pun beg untuk balik kampong seperti dia bawak.
"A’ah. Dalam nada nak tak nak aku jawab juga. Nati dicop sombong lak.
"Owh, kat UUM amik kos aper?"
Adui..nape byk sangat tanyer. Aku ni bukan peramah sangat ngan orang tak kenl. Lagi-lagi plak lelaki..
"Awk nk kemana? Shahab ker?" Mimi menjawab pesoalan dengan persoalan jugak.
"A’ah nape?"
"Er awk, sy penin pale la. Maaf yer. Nanti leh tlong kejut sy tak? Nak tdo jap. Saya pun turun sane jugak nanti."
Huhu..alasan yang bgs. Walaupun tak bgs tdo sblah laki. Pedulik haper aku, aku dh besa duk dlam bas sebelah laki. Ape malang nasib aku selalu dapt partner seat laki..huhu. tapi nasib baik ini perjalanan dekat je. Orangnyer pun ok la. Maksud aku takdela besar sangat macam aku penah duduk dulu. Sempit wo nak duduk. Die sorang conquer 2 seat. Mane aci. Aku bayar jugak la. Ade yang tdo jenis buas. Slumber badak die je wat bahu aku jadi bantal. Bajet aku ni awek diorang ker? Boleh blah. Seram aku nak mengingatkannye semula.
"Ok la…" lelaki itu menjawab.
Eleh, mcm la aku nk ngorat die. Tak hingin la orang sombg mcm ni. Kalu tak bosan, aku tak tgur. Bisik hati Kimi. Teringat kembali peristiwa petang td..

………

"Dah lame kimi tak datang sini. Jom la balik. Leh mak masak kat kamu." Terdengar suara sayu di hujung talian.
"Maaf mak. kimi ade exm tak lame lg." Kimi menjawab.
"Elok la tu. Mak pun nk wat kenduri tunang farah. Leh wat doa selamat untuk kamu skali."
Farah nak tunang?


"Wei,cmner ek. Sian plak aku ngan orang tua tu." Kimi meminta pandangan rumatenyer, Hadi.
"Balik je la. Ko kat sini bkn study jugak aku tengok. Lgpun paper ko lg seminggu kn? Ade masae lagi tu."
"Tapi aku tak selesa la ngan si farah tu."
"Sape farah?"
"Anak mak angkat aku la."
"Nape plak ngan die?"
"Die tu gedik semacam je. Sape la lelaki malang yang dapat die tu.
"Yang aku dengar nak tunang tu sape?"
"Dia la."
"Hah, elok la tu. Nak kawen dh. Mane tau die dah ubah perangai. Tak baik ko cakap die macam tu."
"Ntah la. Budak tu bukan leh jangka perangai die."
"Ala, rileks la. Dah nak kawen pun budak tu. Untung2 ko jumpa jodoh ko kat sane.
Ko ni, bukan takde orang nak, tapi memilih sangat."
"Hello, aku nak cari perempuan untuk dibuat bini. Bukan betina ok. So terpaksa la memilih sket."
Uish, pedas statement tu.
"Macam kat sini takde perempuan. Banyak je aku tengok."
"Ko tengok luaran je. Kalu dah kenal, bukan semua same macam di luaran. Hancus.."
Kimi berani menjawab begitu kerana die sudah ade pengalaman berkaitan pelajar perempuan di kolejnye itu.
Tapi bukan sume macam tu ok. Bajet die bagus sangat ker?

……

"Awkk!!!" Kimi meninggikan lagi volume suaranya.
"Ye adik balik skang.."mimi melatah terkejut apabila tidornyer diganggu sseorang.
"haha.." Kimi menahan perut ketawa.
Mimi memandang pelik muka yang dilihatnyer.
"Wei, ko ngigau aper hah?Adek? Dah bsr panggil adek?"
Muka mimi merah. "Suka ati aku la. Ko jerit kat aku pesal?"
"Pesal? Td ko jgk pesan kat aku suh kejut,.kite dh smpi ni. Turun la. Orang dh sume turun."
Mimi tersedar. Die dlm bas nk balik jumpa sesorang yang begitu penting dalam hidupnyer.
"Jam kul bpe skang?" Mimi lantas bertanye.
"5 mint kul 7." Jawab Kimi.
Alamak..aku terlepas bas kul 6.30.adui.
"Apesal lambt sangat ko kejut aku?" Mimi meninggikan suaranya.
"Wei, kte br smpi la.".
"Iyer ker?" Mimi bertanye tak percaya.
"Jem td. Dh la aku nk turun. Aku nk bli tket."
Mimi terpinga2. aku nk naik bas ape ni? Bas aku bese naik dh jalan.
Ahh perut plak memulas. G toilet dulu.



Nasib baik bas kul 7.30 malam ade.
Lagi 15 minit. Adui, lapa la plak. Bas pun takde lagi. Cr roti dulu la..
Sedang membelek tarikh luput pada pembungkus roti, bas yang akan Mimi naik sudah sampai.
Mimi bergegas ke pintu bs. Mencari seat 31..eh ,mcm knl jer…alamak,die.
Mane nk sorok muka ni..
"Eh awk, watper kat dalam bas ni?" Kimi bertanya.
Mimi hanye tersengih.
Lantas duduk
"Awk ikut sy ek?"
Mimi yg sedang meneguk air kerana dari td asik berlarian tesredak.
"Ape kes sy nk ikut awk?"
"Mane la tau. Awk dh jatuh hati kt sy ker. Kite ni nak blk Pahang. Sy tgk awk langsung tak bawk beg pakaian td. Awk ni betul ke tdk?"
"Hello, muka sy ni cam org tak betul ker?"
"Awk ni pans baran ek? Asik nk marh orng je. Td pn pakcik bs dh tgur muka awk masam jer. Nanti cepat tua tau. Tak laku padan muka."
Amboi. Sedapnyer bahasa. Mane ko tau aku laku ke tak? Bajet ko hensem sangat ker?
"Muka sy. Suka hati saya la." Mimi menjawab tegas.
Huh, ape la nsb aku jmp die ni. Mimi membebel lagi di dalam hati.
Setelah bas berjalan Mimi mengambil peuang untuk tdo. Tapi..
"Asik tdo jer. Malang sungguh kalu dapt bini mcm ni." Kata Mimi perlahan namun dapat didengari oleh Mimi.
Hati mimi dh panas, mahu jer dicekik orang di sebelahnya itu. Tp die masih waras. Die mendiamkn diri jer. Malas nak layan orang yang perasan bagus.

..

Alamak, sejuknyer..
Br mimi ingat die langsung lupe membawa sweater krn excited nk jmp orang yang dikatan dirinduinya itu..namun disebkn keletihan die membiarkan saja kesejukan yang mencekam..tp, dirasakan badannyer terasa sedkit hangat. Dicuba juga untuk membuka mata yang seperti digam itu.
"Awk watper ni?"Dalam nada suara yang serak2 basah die berntanyer.
"Err,,sori.sy nampak awk sejuk. Sy tolong selimutkan. Sy ade bawk towel. Awk pkai la sweater sy ni." Kimi menjawab dalam nada serba salah. Entah kenapa dia gatal sangat nk selimutkan perempuan garang itu.
Mimi tersa malu. Betapa die kurang ajar ngan laki itu td tp lelaki itu perihatin kepada dirinya.
"Hm..trime kasih.." hanya itu yang mampu Mimi jawab lantas mimi menyambung tdonyer semula.



"Awk..awk.."
Ish..sape plak panggil aku ni..dirasakan bas behenti..dh sampai ker?
"Err, kite benti makan skang ni. Sy nk turun. Awk taknak turun ker?" Kimi bertanye.
"Hmm takpe la. Ngantuk." Mimi membalas.
"Kalu macam tu takpe la, tp sy nk turn. Tolong bagi laluan ye."Kimi berkata penuh diplomasi namun penuh sindiran.
"Owh..sori." Pantas Mimi bangun memberi laluan pada Kimi.
"Err ape kate awk tdo sebelah tingkap. Td nmpk awk mcm nk jatuh jer mase lalu selekoh tadi. Air liur awak pun laju je meleleh. Malu kalu orang sebelah awak tengok."
Alamak. Ye ker?..aku terus mengesat mulut yang dikatakan keluar air liur basi tapi takdepun.
Mimi lihat lelaki itu dah sakit perut menahan gelak. Mimi menghadiahkan satu jelingan maut.
Tipu ye..ah tp takpe la. Ok gak duk tepi tgkap ni. Takde la tergolek jatuh kalu tido nanti. Aku ni dh la tdo mati.Takdela trejatuh nati kalu syok sangat tdo. Huhu..

…….

"Terminal Jengka.."Kedengaran satu suara kuat menyebut nama terminal yang baru sahaja mereka sampai.
Lantas mimi terjaga. Dh sampai.
"Saya turn sini. Awk turun maner nanti?" Kimi di sebelah sudah bersedia nak turun apabila dilihat Mimi terjaga.
"Er..sini jgk." Sambil tersengih ala-ala kerang busuk.
"Sini?awk betul2 ikut sy ker?" Kimi bertanye dalam nada terkejut.
"Eh, takde la, sy memg org sini la. Eh, turn cpt. Nanti bs jalan plak." Pantas Mimi menjawab. Dalam hati die hanya tuhan je yang tau.

Mimi berehat sebentr di kerusi menuggu bas. Begitu jugak Kimi. Aku tenung die, die tenung aku.
"Awk nk balik maner ni?" Serentak mereka berdua bertanya.
Masing2 ketwa.
"Ok, ladies first."
Ceh, gentleman la konon.
"Aku balik .."Hmm..nk tpu ke ckp betul. Nanti kantoi lagi.
"Awk jangan tipu sy. Nanti kantoi lg." Kimi pantas menyambung.
Alamak, die dpt baca hati aku ke? Ahli nujum pak belalang ke ape ni? Huhu.
"Aku naik bas ke maran." Jawapan yang aku rasa bernas walaupun tidak begitu menjawab pertanyaannya tadi.
"Awk?"tanye Mimi plak.
"Same la.Takpe, kalu awk tak nak bgtau yang betul. Eh, bas kite dh sampai. Jom." Balas Kimi.
Aku menurut dr blakang.Mustahil die turun maran. Mesti die turun dulu ni. Ape la malang nasib aku. Nak tipu asik kantoi je.uhukk.
"Eh, awk nk g maner. Duk je la sini." Kimi pantas memanggil Mimi yang terus menonong mencari seat di belakang.
Ntah kenapa Mimi menurut saje katneyr.
Sepanjang perjalanan Mimi dan Kimi tak bercakap.
Aku dan die saling memandang. Apbila aku nampak simpang kekampngku aku menekan loceng. Die memandang aku pelik.
"Saya dah sampai." Mimi memberikan senyuman yang paling manis pada Kimi dan dirasakan sungguh ikhlas di hati Kimi. Mane taknyer, die dh sampai ke tempat yang dituju. Sume kejadian die ngan Kimi die sudah lupa.
Kimi hanya tersenyum.
"Ahkirnye aku dudah hampir dengan seorang yang aku rindu selama ini. Ah, rindunya." Dr jauh Mimi sudah nampak kelibat ayahnya. Eh, pakcik Ali pn ade?

"Hah, kamu balik same ker?" pak cik Ali bertanya Mimi.
"Hah?balik same? Sape?" Mimi terpinga-pinga.
Aku menoleh ke blakang.
"Awk?"
Die tersengih. Kimi..
"Tak knl ker? die blaja same ngan kamu kt uum."
"Hah Kimi, tak jumpa dalam bs?Tak berkenaln ker?" Soalan dituju pada Kimi kini.
Kimi hanyer tersenyum
"Nk knl macamaner, orang tu sombong sangat." Jawab Kimi.
Aku tersipu malu. Kantoi lagi. Adui. Cop-cop. Aku tak penah nampk pn muka die kt sini.
"Sape ni?" Mimi bertanya.
"Owh, lupe. Ni ank aku Kimi."
"Ank?"
"Setau mimi, Mimi knl sume ank pakcik"
"Anak angkt aku.Hensem tak?Nk jd mnentu aku boleh la?jdh la ni balik skali. Name pun lebih kurang same. Kimi. Mimi. Hah sedap orang dengar tu kalu letak dalam kad jemputan kawen." Sakat pak cik Ali. Suka dilihatnyer muka Mimi merah menahan marah atau malu. Cukup comel pada pandangannya.
Wei, ape ke situ plak.aku balik nk jmp orang yang aku syang. Bukan sebab die..jawab Mimi dalam hati je lah. Ayat ni tak bape sesuai untuk diluahkan kepada orang yang lebih tua darinya.
"Ye la tuh. Leh jer. Masuk je la meming." Mimi menjawab berani. Die tau orang tua itu hanya menyakatnya. Hajat aku nk cpt2 balik umah.
"Mak watper ayh?" Aku cuba mengubah topic.
"Ade kt umah tu. Jom la balik.." Yes, ayah aku dah menjawab.
"ye la ..g la balik. Macm aku tak knl mu ni ank mak." Balas pak cik ali.
Aku hanye tersengih.
Die pn turut sengih. Sape lagi? Kimi la.Mesti ingat aku ngigau semalam. Uwaa,malu.
……..

Sesampai di rumah aku meluru ke arah mak aku. Orang yang paling aku syg dn rindu yang telah membuat hidup aku bagai tak kena di sana.
"Mak, adik rindu kat mak. Mak tak rindu adik ke?" Mimi bertanya penuh nada manja dan mengada-ngada.
"rindu. Tapi nak wat macamaner. UUM tu bukan dekat." Mak menjawab.
"Yela. Mak, adik balik ni nak makan mak masak. Tak selera la nak makan kat sane. Adik nak makan puas-puas balik umah ni. Minggu dpn pekse."
"La, kejap sgt balik. Mak ingat kamu dah habis pekse."
"Lum lagi la mak. Kalu dah pekse mesti mimi cakap."
"Ye la. Ari ni nak masak aper? Suh ayah kamu bli. Nanti mak masak."
Yea2 sayang mak.

..
"Adek..bangun. kawan adek nk jumpa ni." ak mengejutkan mimi yang masih tido di bilik.
Anak dara ape ni bangun lewat.
Kawan? Sape? Su kot. Die pun rajin menjenguk aku kat umah tiap kali aku balik kampong.Yes, dah lame tak jumpa su
Dengan muka tak berbasuh, mimi terus ke depan dengan hajat nak jumpa su.
Mak hanya mengeleng kepala.
Tapi..eh..
Kimi tersengih memandang mimi yang masih berbaju tdo. Dengan muka serabainyer.
Terus mimi masuk smula ke bilik. Mencapai tuala dan mebasuh muka.
Huh, kurang la saham aku die dah nampak aku.uwaa mak ni pun naper tak cakap yang datang tu laki. Adui la.

Usai bersiap ala kadar, mimi ke depan. Menghadap Kimi yang masih lagi tersengih memandang mimi. Hati lelakinya seakan terusik melihat gelagat mimi tadi.
"Ko datang pagi2 ni apehal? Ganggu orang tdo je."eh, jap..aku bahasakan diri dengan die semalam aku ke saya? Ah, lantak la..
"Hello, ni dh tengahari cik kak oi." Kimi menjawab.
Mimi mnegerling jam di dinding.Wat muka tak bersalah dan bertanyer.
"Tak kesah la. Ni naper datang umah ni?"
"Amboi, tak boleh ker? Kimi bertanye kembali."
Mimi mebuat muka
"Ye la. Aku datang ni pun ayah angkat aku suh." Jawab Kimi lagi.
"Nape ko tak dtang mase farah tunang ari tu?" Kimi menyambung.
"Penting ker? Mmi menjawab balik."dalam nada yang kurang enak didengar.
Memang pak cik ali ade jemput tapi mengenangkan kimi ade di sana, terbantut hasrat itu. Dia bimbang takut disakatnye lagi oleh pak cik Ali. Huhu.
"Bangun2 nk marah ni apesal? K la, terus ke pada tujuan aku. Ayah aku nk kite balik skali. Ayah ko pun dh stuju. So, ptg ni aku nk cr tket. Nk ikut skali tak?"
Hmm. ..
……….

"Hah, cmner?best x jumpa pakwe? Tanyer Tika. Tak nyempat aku nk hilangkan lelah naik tangga tadi.
"Sape kate aku jmpa pakwe?" jawab Mimi bersahaja.
"Habs tu?" Tika mnejawab pelik. Ari tu bukan main lag ink luahkan perasaan. Nank jumpa orang yang dirindui.
"Aku balik jmpa mak aku la." Jawab Mimi seraya tersengih.
"Wei, biar betol?Watletih jer balik. Bukan dekat Pahang dengan kedah."Tika membulatkan biji matenyer yang sedia bulat itu.
"Kenapa? Tak percaya?" mimi ketawa dan menjawab dalam nada sperti iklan bcb dalam tv beberapa tahun dahulu.
Ltih..hmm. namun penuh kenangan. Haha. Betul ke tidak aku ni? Bayangan wajah Kimi bermain di fikiran.



"Wei kimi, aku tegok muka ko dari sampai tadi sampai skang senyum memanjang, dah jumpa calon ke macam yang aku cakap?" hadi bertanye.
"Hmm..ye kot." Balas Kimi pendek.
"Wei, citer la." Tanyer Hadi tak sabar.
Malas aku nak citer panjang. Yang pasti maybe ni jodoh aku. Macam kau kate tuh. Jawab Kimi.


The end.

Comments Novel: Mahkamah Cinta



"Yang awak kisah sangat kenapa?"marah Adria.
"Kalau saya kisah,awak apa kisah?"marah Amal.
"Kalau awak kisah,saya nak kisah ke apa yang awak kisah?"balas Adria.
"Kalau awak tak kisah,bila saya kisah,kenapa awak kisah?"balas Amal.
"Heeeeeeee!!!!!"Adria geram.Sengal punya budak!

Amal mencebik.Adria peluk tubuh.

Amal Ilham,pelajar tingkatan 3 yang gila law.Memang taksub dengan undang-undang ni tersangatlah sengal apabila bersama Adria.
Putri Adria Qaisara,juga pelajar tingkatan 3 yang sentiasa berimpikan untu menjadi ganti kepada bapanya yang memang peguam yang disegani.

--------


Amal mencuri pandang ke arah Adria yang sedang asyik mencari buku.Bibirnya mengukir senyum.Kecantikkan Adria memang jarang ditemui.Matanya yang sentiasa bersinar memandang.Bibirnya yang sentiasa mengukir senyum kecuali marah.

"Amal!Awak gila ke senyum sorang-sorang?"soal Adria yang lalu di sebelah Amal.
AIk?Dia perasan?Malunya!

--------


Adria mengangkat sampah yang ingin dibuangnya ke belakang dewan.Telinganya menangkap bunyi piano dari dalam dewan.Bunyinya sedap.Tiba-tiba,kedengaran suara nyanyian yang sangat merdu.

"though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground"

Adria tersepak tin.Pemilik suara itu berpaling dan bergerak ke arah tingkap.Adria kekal di tempat persembunyiannya.
Pemilik itu kemudian berpaling dan kedengaran bunyi pintu ditutup.


------------------------

"Amal!Puan Hamidah nak jumpa!"kata Adria agak keras.
"Kenapa?"soal Amal malas.Dia baru sahaja ingin melelapkan mata di mejanya itu.
"Nak ajak awak kahwin,"kata Adria selamba.
"Ye ke?Saya tak nak..Hati saya dah terpaut dekat someone,"kata Amal selamba dan meletakkan kembali kepalanya di atas lengan.
"Eeeeeeee….Tak adanya Puan Hamidah nak dekat awak la!"kata Adria geram dan menarik telinga Amal.
"Adeyh!Sakitlah!"Amal mengaduh.
"Awak tu degil sangat!"kata Adria.
"Satu syarat…"kata Amal sambil menggosok telinganya.
Adria mengangkat keningnya.
"Nak kiss!"kata Amal tersenyum nakal.
"MENGADA!"kata Adria seperti menjerit.
"Heleh!Nak gurau pun tak boleh,"kata Amal tersengih.


----------------------------------------


Fikri dan Adria berjalan beriringan sambil diperhati oleh Amal dari celah pokok.Hujan mula mencurah.Rantai yang dipegangnya disumbat ke dalam poket.Baju sekolahnya lencun dibasahi hujan.Bagitu juga dengan hatinya.

Fikri dan Adria kini dikatakan sedang hangat bercinta.Hati Amal seperti dirobek.Dia mengaku yang dia menyimpan perasaan kepada Adria.


------------------------------------------------


Hari terakhir tingkatan 3………………..


Adria ternganga.Fikri di sebelahnya pelik memandang Adria yang memberi riaksi sebegitu.
Perlahan-lahan air mata Adria bergenang dan jatuh ke pipi mulus milik Adria.Semakin dia menghayati bait-bait lagu itu,dia sedar,Amal menyayanginya lebih dari seorang teman.

"ku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga kau buat aku bertanya
beribu senandung yang kunyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk dia
kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya
reff:
apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri
beribu senandung yang kunyanyikan
pelipur lara dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk kekasihku
ku masih merindukannya
repeat reff
namun kau hilang dan takkan kembali juga
merasa sepi, aku sendiri"
Lagu Merelakan Kau Pergi dendangan Acha dan Irwansyah dinyanyikan oleh Amal seorang diri bersama dendangan piano.
Adria tersentak.Amal adalah lelaki piano tempoh hari.


----------------------------------------

13 tahun kemudian……
"So sorry,"Adria mengucapkan kata maaf apabila terlanggar seorang lelaki yang tampan menggayakan jubah seorang peguam.
"It’s ok…Saya salah juga,"kata peguam itu.Adria tersentak.
"Amal Ilham,"nama itu meluncur laju dari bibir Adria.
Kedua-dua mereka mengukir senyum.


--------------------------------------------------------

"It’s been a long time we not see each other,"kata Amal membuka bicara.
Perkara ini tidak boleh ditunggu lagi.Ia perlu dilakukan sekarang!

"Tunggu sekejap,"pinta Amal.
Dia berlari ke arah DJ bertugas dan meminta DJ itu memainkan satu lagu apabila dia melakukan perkara yang ingin dilakukan sejak dulu lagi.


"Adria…Saya ada benda nak cakap dengan awak,"kata Amal.
"Apa?"bergetar jantung Adria mendengar Amal memanggilnya Adria.

Amal pergi ke sebelah Adria dan melutut.

"Putri Adria Qaisara,will you marry me and be with me no matter who I am?"lamat Amal.
Jantung Adria bergegup kencang.Tidak sangka ia akan menjadi secepat ini.
"Saya….saya…."Adria teragak-agak walaupun dia juga menantikan saat ini.

"Please Adria…I’d waited for thirteen years,"kata Amal memujuk.

"Tapi,ada satu syarat,"kata Adria.Adeyh!Main syarat-syarat pula.
Bibir Amal mengukir senyum seraya mengangguk.

"Awak kena naik mahkamah cinta dulu,"kata Adria menghadiahkan senyum kepada Amal.
"Mahkamah cinta?Dekat mana?Siapa hakim?"soal Amal yang memang sudah pro dalam bidang undang-undang ini.Begitu juga dengan Adria.
"Dekat rumah saya.Parents saya jadi hakim,"kata Adria.Wajahnya ceria.
"Orait!Saksi,pendawak raya,peguam bela,semua saya bawa,"jawab Amal.
"Ok,"jawab Adria.Amal memberi isyarat dan satu lagu berkumandang…


"Bermula dengan senyuman menjadi daya tarikan..
lalu hati memaksa..
mendekati dirinya..
sedikit demi sedikit aku semakin tertarik...
hinggalah tanpa sedar..
ku dalam kawalannya..

diri ini dah tak bisa lari..
diberkas untuk dihadapkan ke mahkamah cinta..

c/o

yang arif izinkanku membuat pengakuan..
bersalah ke atas semua
tuduhan yang disabitkan

tak guna peguam bela
kerana cukup nyata kujatuh cinta dengan
niat maka hukumlah ku
bersamanya seumur hidup..

aku rela dipenjara di dalam sangkar hatinya..
walau seribu tahun pun rasanya tak cukup..
setelah lama mencari pasangan di sanubari..
kini sudah terjumpa.. dan dialah orangnya.."


Adria tergelak kecil.Seperti tahu saja si Amal ni.Kata-kata yang diucapkan memang di seludup dari lagu ini pun.


----------------------------------------------------------------


3 tahun kemudian….


"Mama!"jerit Alisya.
"Kenapa?"
"Barbie doll Cha patah,"kata Alisya.
"Hey ladies!"tegur Amal.
"Kenapa ni?"soal Amal.
"Anak abang ni,"kata Adria.
"Anak mama juga,"jawab Alisya.

Amal menariknya ke dalam dokongan dan memberi ciuman di sebelah kiri dan Adria memberi ciuman di sebelah kanan…


TAMAT….

Comments Novel: Cintamu hadir saat jiwaku terluka


JAM baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku masih sibuk melayan kerenah pelanggan yang datang tanpa henti sejak tadi. Tidak cukup tangan aku dibuatnya. Macam-macam perangai ada. Mujurlah aku ini jenis orang yang cekap buat kerja walaupun badan aku gemuk. Aku tidak menafikan itu semua. Malah, kadang-kadang ada pelanggan yang menafikan kecekapan aku semasa bekerja.

Mereka sering menganggap aku ini lambat melaksanakan tugas yang diberikan. Namun, setelah melihat sendiri kepantasan aku ketika bekerja, baru mereka senyap tanpa berani mengulas apa-apa. Ha, baru tahu siapa diri Yasmin sebenarnya. Ini Yasminlah…siapa yang tak kenal aku?

Beberapa minit kemudian, suasana kembali sunyi seperti sediakala. Aku menarik nafas lega sedikit. Dapatlah aku berehat sekejap untuk melepaskan lelah. Tidak aku nafikan, tubuh aku agak letih sejak kebelakangan ini. Mungkin ini semua ada kaitan dengan pertambahan berat badanku yang mendadak naik secara tiba-tiba. Biasalah orang gemuk macam aku ini. Buat kerjanya sedikit, tapi penatnya mengalahkan orang memikul kayu balak. Padahal, bukan teruk sangat pun kerja yang aku buat.

Sedang leka berkhayal seorang diri, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran dua pasangan kekasih yang asyik berpimpin tangan sebelum duduk di sebuah meja berhampiran dengan tempat aku berehat. Tingkah mereka yang kelihatan agak mesra itu amat menjijikkan aku.

Menyampah pula apabila menonton aksi kurang sopan si gadis yang tergedik-gedik macam betina miang. Mahu tidak mahu, aku terpaksa melayan mereka berdua. Sudah menjadi tugasku melayan setiap pelanggan yang berkunjung ke gerai ini.

“Maaf, Encik. Nak minum apa?” soalku lembut.

Aku memandang tepat wajah mereka berdua sambil memegang pen serta sehelai kertas untuk mengambil pesanan. Mereka hanya berdiam diri tanpa bersuara. Sesekali, gadis itu melihat tubuhku berulang-ulang kali dari atas sehingga ke bawah. Tingkahnya seperti hairan sahaja melihat potongan tubuhku yang gemuk dan agak hodoh pada pandangan matanya.

“Beri I Nescafe Ais satu,” pintanya dengan suara manja seperti dibuat-buat. Menyampah betul aku mendengarnya. Meluat. Kemudian dia memandang pula muka teman lelakinya. “You nak apa pulak, B?”

“Emmm…I nak milo panas. Kalau boleh, buat tu biar sedap sikit, ya. I takut nanti, tak ada selera pulak I nak minum.”

Berlagak betul mamat poyo itu ketika membuat pesanan. Wajahnya kelihatan serius sahaja memandangku. Macamlah hensem sangat. Eleh… bukannya susah sangat pun buat milo panas itu. Kacang saja bagi aku. Dah nama pun minuman kegemaran aku, mestilah aku pandai membuatnya.

“Okey…itu saja ke? Makan tak nak?” Aku bertanya lagi.

Aku lihat mereka berdua sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Entah apa yang dibualkan agaknya. Macam penting sahaja aku tengok. Biarlah mereka nak buat apa pun. Bukan ada kena mengena dengan aku. Mungkin mereka sedang berbincang nak makan apa. Aku mula membuat andaian sendiri.

“I dengar kat sini, nasi lemaknya sedap. Teringin juga I nak try.”

“Memang betul, cik. Kalau awak nak cuba, pergilah ambil sendiri. Biasanya orang yang datang sarapan kat sini, mereka akan ambil dulu sebelum duduk. Dah nama pun buffet,” ucapku perlahan.

Aku sengaja berbuat begitu untuk melihat sejauh mana reaksi mereka berdua. Apa yang aku katakan itu sememangnya betul. Konsep gerai ini adalah buffet. Jadi, mahu tidak mahu, mereka perlu meringankan kaki untuk mengambil sendiri sarapan pagi yang mereka mahu.

“Hai, macam tu sekali ke you layan customer? Tak boleh ke kalau you yang ambilkan untuk kami berdua.”

Kali ini suara lelaki yang berada di hadapanku itu sudah berubah nada. Barangkali dia rasa tercabar apabila aku menyindirnya.
Ala, bukannya susah sangat nak ambil sarapan. Dekat saja dengan meja yang mereka sedang duduk sekarang. Cuma beberapa langkah, sudah sampai ke ruang hadapan yang menempatkan juadah sarapan pagi.

“Boleh juga. Nanti dulu, ya. Excuse me…”

Akhirnya aku berlalu dari situ sebelum menuju ke ruang dapur. Malas nak bertegang urat pagi-pagi macam ini. Tak pasal-pasal nanti, jadi benda lain pulak. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, baik aku buat kerja dahulu. Sudah menjadi kebiasaan, aku akan membuat minuman secepat yang boleh. Takut juga sekiranya mereka merungut kerana terpaksa menunggu agak lama.

Selepas siap membuat minuman, aku mengambil dulang kecil yang berada di situ lalu menuju ke ruang hadapan. Aku tak lupa juga mengambil dua pinggan nasi lemak seperti yang dipesan oleh pasangan kekasih itu tadi. Apabila tiba di meja mereka, aku pantas meletakkan pesanan itu dengan hati-hati.

Entah di mana silapnya, tidak semena-mena kakiku tersadung bucu meja sehingga aku hilang kawalan. Akhirnya, cawan yang berisi milo panas itu tertumpah pada baju si jejaka. Apa lagi, mengamuk sakanlah singa jantan itu apabila bajunya basah lencun akibat kecuaian aku yang tidak disengajakan itu. Aku kalut sebentar melihat insiden tersebut tanpa boleh berbuat apa-apa. Kejadian itu berlaku terlalu pantas.

“Opss..sori, sori. Saya tak sengaja tadi,” ucapku jujur.

Moga-moga, lelaki kacak itu sudi memaafkan kesalahan aku. Sememangnya aku tidak berniat untuk mengotorkan bajunya. Sudahlah baju yang dia pakai berwarna putih. Aku tengok, baju dia pun dah berubah menjadi warna milo. Alamak, mampus aku kali ini. Tak pasal-pasal, aku kena sembur dengan dia selepas ini. Dadaku mulai berdebar tidak keruan memikirkan kemungkinan yang akan berlaku padaku sebentar lagi.

“Hei, kau ni dah buta ke? Mata kau letak kat mana, hah? Habis baju aku basah tau. Kau ni tahu buat kerja ke tak,” marahnya lagi.

Aku terpaksa memekakkan telinga menahan kemarahannya yang masih belum reda itu. Dalam situasi tegang begini, aku perlu banyak bersabar kerana semua ini berlaku atas kecuaian aku sendiri. Aku lihat, girlfriend dia pun berang apabila menyedari baju kekasihnya basah akibat kesilapan aku.

“Sudahlah, B. Baik kita balik aje. I tak ada mood nak makan kat tempat low class macam ni. Lebih-lebih lagi apabila tengok muka budak perempuan gemuk tu. Rasa macam nak pijak aje kepala dia,” ujar gadis itu selamba tanpa mempedulikan perasaan aku ketika ini.

“Mana boleh macam ni. Senang-senang aje I nak maafkan kesalahan budak gemuk tu. Sekurang-kurangnya, I nak balas dendam kat dia. Biar dia tahu diri sikit.”

Marah benar lelaki itu pada diriku. Walaupun sudah berkali-kali aku meminta maaf, namun tidak sedikit pun melenturkan hatinya yang keras bagai batu konkrit itu. Entah apa rencana jahat yang ingin dia buat pada aku. Aku masih tercegat berdiri memandang wajahnya tanpa berkelip. Aku benar-benar menyesal atas kelalaianku tadi.

“You nak buat apa, B?” soal gadis itu lagi, agak pelik melihat tingkah kekasihnya itu.

“You tengok ajelah nanti,” ucapnya kuat sebelum bangkit dari tempat duduknya. Kemudian, dia mengambil cawan yang berisi Nescafe Ais lalu menyimbahkan ke tubuhku tanpa sempat aku mengelak. Akibatnya, habis baju aku basah. Aku lihat, dia sudah ketawa berdekah-dekah seperti baru meraikan satu kemenangan yang besar. Dia ingat, aku ini badut ke sampai tergelak-gelak macam orang gila.

Selepas berpuas hati mengenakan aku, mereka berdua segera berlalu pergi tanpa membuang banyak masa. Aku pula masih terkebil-kebil melihat pemergian mereka dengan perasaan berbuku di dada. Entah kenapa, aku seakan cemburu apabila melihat mereka berpimpin tangan menuju ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Kereta Honda Jazz milik lelaki itu akhirnya meluncur laju meninggalkan aku seorang diri di sini.

***********
PROSES pendaftaran pada pagi itu berjalan lancar seperti biasa. Walaupun terpaksa beratur panjang semasa masuk ke dalam Dewan Pelajar, aku dan Fuad tidak pernah mengeluh. Semua perkara itu sudah biasa bagi aku. Ketika kami berdua asyik berbual, tiba-tiba terdengar suara halus berbisik di belakangku. Suara itu seperti aku pernah dengar sahaja. Aku cuba memasang telinga, mencuri dengar setiap perbualan mereka berdua. Entah-entah, dia orang mengumpat pasal aku. Mesti mereka sudah cam muka aku ketika terserempak di luar tadi.

“I rasa, pompuan gemuk ni yang kita jumpa masa makan kat gerai makan kelmarin. You dah lupa ke B?” soal gadis itu perlahan, namun cukup jelas di telingaku.

“Yang mana satu budaknya. I tak berapa ingatlah. Lagipun, buat apa I nak ingat badak air macam dia tu. Buat sakit hati aje,” ucap lelaki itu pula. Terasa berbahang api kemarahan aku saat itu. Tidak menyangka, sampai ke hari ini dia masih mengingati kejadian yang tidak disengajakan itu walaupun sudah tiga hari berlalu.

“Kalau betul dia budak perempuan gemuk tu, nampaknya senanglah kita kerjakan dia cukup-cukup nanti. You kan dah cakap kat I, you nak balas dendam kat dia. Sekurang-kurangnya, dendam you akan terbalas juga nanti. Tak sangkakan, dia pun belajar kat sini.”

“Betul juga cakap you, honey. You tak payah risau. Pasal tu, biar I yang uruskan sendiri. You cuma tengok dan lihat sahaja. Orang macam dia tu, ada duit ke nak bayar yuran pendaftaran. Setakat kerja kat gerai makan, manalah cukup nak tampung kos pengajian kat sini. Esok-esok, tak sampai sebulan belajar dah berhenti.”

Sindiran tajam dari lelaki itu kali ini benar-benar menggores perasaan aku. Terasa kerdil diri ini apabila dikatakan begitu. Seolah-olah aku tidak layak belajar di kolej masakan ini. Mentang-mentang mereka anak orang kaya, suka hati sahaja nak mengutuk orang miskin macam aku. Ah, pedulilah dengan semua itu.

Biarlah apa pun yang mereka nak kata. Selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar. Mungkin apa yang berlaku hari ini merupakan ujian pertama aku di sini. Aku harus cekalkan semangat dan tidak boleh menyerah kalah sebelum waktunya.

Apa yang merungsingkan fikiran aku saat ini, apabila mengingati semula kata-kata gadis itu sebentar tadi. Ucapannya seperti mengandungi maksud tidak baik kepada aku. Dia ada mengatakan perihal dendam yang tidak aku ketahui hujung pangkalnya. Dendam apa lagi yang belum terungkai sejak insiden tempoh hari? Adakah mereka berdua telah membuat satu rancangan tidak baik kepadaku? Entah apa helah mereka kali ini, tidak aku ketahui.

Nampaknya, perjalanan aku di kolej masakan ini sudah pasti ada rintangan yang bakal mendatang di kemudian hari. Sungguh aku tidak menyangka, dia turut belajar di kolej ini. Bagaimanalah dia boleh mengambil jurusan yang sama denganku. Tambah parah, apabila dia memilih kolej ini sebagai tempat untuk belajar. Apa lagi yang boleh aku lakukan. Ini semua ketentuan dari-Nya.

Beberapa minit kemudian, Fuad yang berada di hadapanku sudah menuju ke kaunter pendaftaran sambil membawa beberapa helai dokumen yang diperlukan. Tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Aku lihat, ada empat buah meja diletakkan di situ. Semua meja itu dipisahkan antara satu dengan yang lain. Aku difahamkan, pelajar-pelajar perlu melalui empat kaunter terlebih dahulu sebelum berada di meja terakhir untuk membuat pembayaran.

Saat ini, aku baru berada di meja yang pertama. Ada kira-kira tiga kaunter lagi perlu aku lalui. Menunggu satu-satu kaunter bagaikan bertahun lamanya. Ini berlaku kerana, jumlah pelajar yang hadir mendaftar pada pagi ini agak ramai sehingga sesak jadinya. Aku tidak sabar untuk melalui semua ini.

Biasanya, bagi seorang pelajar akan mengambil masa sekurang-kurangnya sepuluh minit bagi setiap kaunter yang dilalui. Bayangkan kalau ada 80 orang pelajar yang datang mendaftar. Aku rasa, sampai tengah hari baru selesai. Mujurlah aku dan Fuad datang awal pagi tadi. Kalau tidak, terpaksa menunggu berjam-jam lamanya.

Aku membelek-belek setiap dokumen yang berada di tangan. Dokumen-dokumen itu aku susun satu per satu supaya mudah ketika melalui setiap kaunter pendaftaran. Tidak perlu nak tergopoh-gopoh apabila diminta nanti. Duit yuran sebanyak Rm 650 juga sudah aku masukkan ke dalam sebuah sampul surat di bahagian atas.

Inilah duit hasil titik peluhku sendiri selama ini. Moga-moga, pendaftaran pagi ini akan membawaku jauh merentasi sempadan ilmu yang tak terjangkau dek fikiran. Aku sematkan dalam hati ini untuk belajar bersungguh-sungguh sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi bertuah ini.

Begitulah impian murni aku sejak dulu lagi. Aku malas mengusutkan fikiran dengan benda-benda remeh yang akan menganggu perjalanan aku di sini. Terutama sekali, lelaki sombong yang turut belajar sama tempat denganku itu. Biarlah dia dan kekasih hatinya itu bersuka ria menghabiskan hari-hari indah mereka di tempat ini.

Apa jua yang bakal dilakukan kepada aku nanti, tidak aku hiraukan. Buatlah apa sahaja yang mereka suka selagi terdaya. Aku tetap aku. Tidak akan ada sesiapa yang boleh mengubah nasibku, melainkan aku sendiri. Prinsip itu sentiasa aku bawa walau ke mana sahaja aku pergi. Kalau mereka ada rancangan untuk mengenakan aku, aku pun boleh buat lebih dahsyat dari itu. Aku akan pastikan lelaki itu jadi milikku satu masa nanti. Biar dia melutut di hadapan aku. Aku tak peduli walau dengan apa cara sekali pun.

***************
PADA keesokan hari, aku bangun awal seperti biasa. Rasa tidak sabar pula untuk menghadiri Program Minggu Wawasan Siswa yang akan diadakan pada pagi ini. Banyak perkara yang menanti aku di sana. Terutama sekali apabila mengingati janji Syima semalam. Entah apa rancangan mengejut yang akan dibuat oleh gadis itu. Sudah puas aku memikirkannya sejak malam tadi. Namun, usaha aku itu hanya sia-sia. Aku masih tidak dapat menemui jawapannya sehingga ke saat ini.

Selepas pulang petang semalam, aku sempat bertukar-tukar nombor telefon dengan Syima. Bagi aku, mudahlah untuk aku menghubunginya nanti jika ada sebarang masalah di kemudian hari. Aku sudah menganggap Syima seperti kawan baik aku sendiri selain Fuad.

Hanya mereka berdua sahaja yang sudi menjadi kawan aku. Penerimaan mereka itu, sedikit sebanyak telah menaikkan semangat aku untuk belajar bersungguh-sungguh di kolej masakan ini. Biar apa juga rintangan yang bakal mendatang, aku tidak akan menyerah kalah.

Mengikut janji Syima semalam, kami berdua perlu sampai awal sebelum Program Minggu Wawasan Siswa itu bermula. Menurutnya, ruang masa yang ada itu boleh juga digunakan sebagai waktu untuk menjelaskan rancangan bernasnya kepada aku. Nampak gayanya, aku terpaksa bertolak awal ke situ supaya tidak buru-buru waktu. Awal-awal lagi, aku sudah maklumkan hal ini kepada Fuad.

Bukan niat untuk menyingkirkan dirinya dari hidup aku, namun aku ada alasan sendiri yang tidak boleh aku kongsikan dengannya. Aku harap, Fuad mengerti masalah aku sekarang. Apabila keadaan sudah kembali stabil, kami berdua akan pergi kuliah sama-sama seperti biasa. Hanya untuk hari ini sahaja, aku terpaksa berangkat sendirian tanpanya di sisi.

Mujurlah Fuad memahami keadaan aku ketika ini. Aku tahu, Fuad merupakan kawan paling baik yang pernah aku kenali. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini boleh menggantikan tempatnya. Sampai bila-bila, namanya akan terus terpahat di hati ini.

***************
SEBAIK tiba di kolej masakan itu, aku pantas mendapatkan Syima yang sedang tercegat berdiri menanti kedatanganku. Tidak ramai pelajar yang ada ketika itu. Hanya beberapa orang sahaja. “Dah lama kau sampai, Syima?” soalku spontan apabila tiba di hadapannya. “Maaflah, aku terlewat sikit,” ucapku lagi meminta maaf darinya.

“Taklah. Aku pun baru sampai ni. Sebab tu aku suruh kau datang awal. Time-time macam ni, tak ada orang sangat. Senanglah aku nak bagitahu tentang rancangan bernas aku tu. Jom kita duduk kat bawah pokok tu dulu. Selesa sikit nak berbual.” Syima segera menarik tanganku lalu menuju ke tempat yang dimaksudkannya. Aku hanya mengikut langkahnya tanpa membantah.

“Syarat apa yang kau nak bagitahu aku semalam? Penting sangat ke?” Aku pantas bertanya kerana tidak sabar mendengar ucapannya itu. Berdebar juga untuk mengetahui rancangan gila Syima.

“Macam ni, Min. Aku ada cadangan baik untuk kau. Ini semua tentang Syed Aidil. Kau boleh berkawan rapat dengan dia, tapi ada satu syarat…” Syima mematikan ayatnya di situ. Dia memang sengaja membuatkan aku tertanya-tanya macam orang gila.

“Apa dia syaratnya?” ajuku seperti biasa. Dia ini dari semalam lagi, asyik cakap pasal syarat saja. Suka sangat membuatkan aku cemas tidak menentu. Kalau nak cakap, tak payahlah sekat-sekat. Buat sakit hati aku saja.

“Kau kena menyamar,” balasnya pendek.

“Menyamar? Nak menyamar jadi siapa pula?” Aku mula mengaru-garu kepala tanda pelik mendengar cadangannya itu. Syima…Syima. Ada-ada saja kau ni, kan.

“Kau dengar dulu rancangan aku ni. Aku dah fikirkan semua hal ni sejak malam tadi lagi. Sepatutnya kau berterima kasih kat aku tau. Susah payah aku berusaha untuk kau. Langsung kau tak hargai pengorbanan aku.” Suara Syima kedengaran sayu di pendengaranku. Dia terasa hati apabila melihat aku tidak serius menerima cadangannya.

“Sorilah, Syima. Aku setuju dengan cadangan kau tu. Cuma, pasal nak menyamar ni, aku kurang setujulah. Kenapa pula aku kena menyamar? Tak boleh ke kalau aku jadi diri aku sendiri. Tak bestlah menyamar jadi orang lain.”

Aku kurang setuju mendengar cadangan Syima itu. Mengapa pula aku kena menyamar sedangkan aku beria-ia benar ingin berkenalan dengan Syed Aidil. Kalau boleh, aku mahu lelaki sombong itu ikhlas berkawan denganku bukan disebabkan orang lain.

“Ini untuk kebaikan kau juga. Peluang keemasan ni datang sekali saja tau. Bukan senang nak kenal dengan dia. Kalau kau tak menyamar, mesti Syed Aidil tak ingin berkenalan dengan kau. Dia tu lelaki cerewet. Mana dia suka nak habiskan masa berkawan dengan orang macam kita. Aku buat macam ni, sebab nak bagi dia sedar diri sikit. Baru dia tahu, langit tu tinggi ataupun rendah. Aku yakin, kau boleh sedarkan dia nanti.”

Cadangan Syima itu aku halusi sebaik mungkin. Kata-katanya berupa nasihat yang aku anggap ada kebaikannya sendiri. Betul juga kata Syima. Perangai Syed Aidil yang sombong itu boleh diubah kalau kena dengan caranya. Namun, aku khuatir kalau rahsia ini pecah di kemudian hari. Mesti dia akan menyalahkan aku kerana tidak berterus-terang dari awal. Aku tidak dapat menjangkakan, bagaimana perasaan Syed Aidil setelah mengetahui siapa diri aku yang sebenarnya nanti.

“Tapi, bagaimana caranya untuk aku kenal dengan dia. Kau nak aku jumpa dia face to face ke? Kalau macam tu cadangan kau, aku tak mahulah.”

Aku menolak mentah-mentah jika Syima menyuruhku berjumpa dengan Syed Aidil secara terang-terangan begitu. Di mana aku nak letak muka ini kalau dia menolak pelawaan aku untuk berkawan dengannya. Mesti dia akan anggap aku perempuan tak tahu malu. Ish, tak naklah aku.

“Bukan macam tu. Itu dah kerja gila namanya. Kita kena buat secara perlahan-lahan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Kau fahamkan maksud aku?” soal Syima sambil memandang tepat mataku. Aku cuba mentafsir segala maksudnya itu. Dalam benar mesej yang ingin dia sampaikan kepada aku.

“Maksud kau?” Aku bertanya lagi macam orang bodoh.

“Ala, Kau ni lembablah. Susah sangat ke nak faham maksud aku. Maksud aku, kau kena menyamar jadi orang lain. Aku ada nombor telefon dia. Pandai-pandailah kau ayat dia. Yang penting, jangan sampai terkantoi. Sampai masanya nanti, baru kau bagitahu siapa diri kau yang sebenar.”

Aku berfikir dulu sebelum memberikan sebarang kata putus. Akhirnya aku bersetuju dengan cadangan Syima itu. Aku pun pernah berjanji kelmarin untuk mengenakan Syed Aidil. Kali ini, impian aku akan berhasil atas bantuan Syima. Aku perlu bertindak cepat sebelum mereka berdua berbuat sesuatu kepada aku. Kata-kata gadis gedik yang menjadi kekasih Syed
Aidil semalam seakan bergema-gema di cuping telinga aku. Aku bertekad untuk mengenakan mereka berdua supaya wujud salah faham dalam perhubungan mereka nanti.

“Emm..boleh juga tu. Berapa nombor dia?”

“Kejap.” Syima pantas menyeluk poket seluar sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian, dia mencari nombor telefon Syed Aidil dengan teliti. Tidak berapa lama selepas itu, dia kembali bersuara.

“Kau ambil nombor dia ni. 017-7485668.”

Aku segera menyalin nombor itu ke dalam telefonku. Setelah meletakkan namanya di situ, aku memandang semula wajah Syima dengan perasaan girang yang tidak terucap di bibir. Aku sungguh gembira kerana berpeluang mengenali jejaka pujaan aku itu. Walaupun terpaksa menyamar sebagai orang lain, aku tidak ambil peduli. Apa yang penting, aku dapat mendengar suaranya jika aku menghubunginya nanti. Mesti macho sahaja suaranya ketika memulakan bicara.

“Aku nak menyamar sebagai siapa ni?” soalku kepada Syima.

“Pandai-pandailah kau. Tapi, jangan sampai pecah rahsia. Maklumat peribadi kau pun jangan bagitahu dia. Sebenarnya, aku ada agenda masa panjang untuk kau. Buat masa ni, biar kau kenal dia dulu. Tentang agenda masa panjang tu, aku akan bagitahu apabila kau dah berjaya rebut hati dia. Aku tak boleh ceritakan sekarang. Nanti tak surprise pula.”

Penjelasan Syima itu membuatkan aku berfikir sepuluh kali. Banyak betul rancangan dia untuk aku. Entah apa agenda masa panjang itu, ya. Tak sabar pula menanti saat-saat indah itu.

“Aku rasa, nak menyamar sebagai Mawar Putihlah. Okey tak nama tu? Baru nampak macam perempuan melayu terakhir. Hehee..” Aku tergelak-gelak apabila mendengar cadangan nama yang hadir secara tiba-tiba itu.

“Sedap juga nama tu. Mesti Syed Aidil akan bayangkan kau seorang gadis yang cantik dan jelita. Kau kena buat dia jatuh hati dengan kau. Jangan putus asa untuk mencuba.”

Syima turut bersetuju dengan pendapat aku. Kami berdua asyik berbual sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku lihat, sudah ramai pelajar tiba untuk mengikuti Program Minggu Wawasan Siswa.

“Jom, Min. Abang Fasilator tu dah suruh kita masuk. Kalau lambat nanti, tak dapat duduk pula. Cepatlah!” ajak Syima tidak sabar. Akhirnya, aku masuk ke dalam Dewan Pelajar apabila Fasilator yang bertugas mengarahkan kami semua berkumpul di dalam dewan.

***************
PROGRAM Minggu Wawasan Siswa pada pagi itu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Terdapat lebih kurang 85 orang pelajar hadir mengikuti program ini. Kebanyakkannya pelajar perempuan yang memonopoli jumlah itu. Manakala bagi pelajar lelaki pula hanya ada 30 peratus sahaja.

Dari jauh, aku nampak Fuad sudah duduk bersama pelajar-pelajar lelaki yang lain. Kasihan pula aku tengok dia. Nasib baik dia agak peramah orangnya. Mudahlah bagi dia mencari kawan baru di kolej masakan ini.

Di sebalik keriuhan pelajar yang asyik berbual sesama sendiri, aku sibuk mencari kelibat Syed Aidil di situ. Aku yakin, dia sudah tiba bersama pelajar-pelajar yang lain. Kat mana pula dia duduk ni? Takkanlah tak sampai lagi. Ah, biarlah dia. Mesti dia ada di situ, cuma aku saja yang tidak perasan kehadirannya.

Aku dan Syima sempat juga berkenal-kenalan dengan kawan perempuan di sini. Ada juga di antara mereka ramah-ramah belaka. Hanya ada segelintir sahaja pelajar yang kelihatan sombong terutama gadis gedik, kekasih Syed Aidil itu.

Aku menyampah melihat tingkahnya yang perasan cantik itu. Mentang-mentanglah muka macam model, tak payahlah nak tunjuk lagak. Meluat benar aku dengan sikapnya. Walaupun dia bertudung, namun aku dapat cam lagi wajahnya. Kalau dulu, aku tengok dia tidak bertudung semasa datang ke tempat aku bekerja tempoh hari. Mungkin kerana kolej ini mewajibkan pelajar perempuan memakai tudung, sebab itu dia terpaksa memakai tudung. Kalau tidak, aku yakin dia sendiri pun tak mahu bertudung.

“Perhatian semua!” Lamunanku terhenti seketika apabila terdengar suara Fasilator sedang berucap di hadapan. Aku memberikan perhatian penuh kepada ucapannya itu supaya tidak salah menerima arahan selanjutnya.

“Sebentar sahaja lagi akan diadakan program suaikenal di antara kamu semua. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Cuma ada batas-batas yang perlu dijaga antara kalian semua. Sebagai permulaan, saya selaku ketua Fasilator di sini akan memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya ialah Mohd Khuzaini. Kamu semua boleh panggil saya Abang Long. Sekiranya ada sebarang masalah ketika berada di kolej ini, kamu boleh berurusan terus dengan saya. Ada apa-apa soalan?” soal Abang Long memulakan bicara.

Semua pelajar hanya membisu tanpa bersuara. Masing-masing menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mempunyai sebarang soalan untuk diajukan. Setelah itu, beberapa orang Fasilator lagi memperkenalkan diri kepada semua pelajar. Ada lebih kurang sepuluh orang Fasilator yang ditugaskan untuk memimpin pelajar-pelajar baru pada pagi itu. Aku agak tekun mendengar penerangan mereka satu per satu.

Fasilator yang bertugas itu kebanyakkannya merupakan pelajar semester lima. Semuanya sudah mempunyai pengalaman yang cukup besar dalam bidang masakan ini. Mereka ada asas kukuh untuk membimbing semua pelajar. Aku menganggap Fasilator-Fasilator itu sebagai senior kami kerana mereka sudah merasai pahit manisnya menempuh dugaan sepanjang bergelar pelajar hampir 3 tahun di sini.

Aku juga berjanji pada diri aku untuk mengikut jejak langkah mereka. Walau apa jua cabaran yang mendatang, aku akan cekalkan hati. Aku masih fokus mendengar arahan selanjutnya dari Abang Long.

“Selepas ini, kami akan agihkan beberapa helai kertas yang ada tertulis nombor pada setiap kertas. Nombor-nombor itu akan menentukan kumpulan manakah kamu berada. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mempunyai sepuluh orang ahli. Manakala baki selebihnya itu akan ditentukan kemudiannya.” Begitu arahan penuh yang disampaikan oleh Abang Long.

Fasilator-Fasilator itu segera mengedarkan kertas kepada para pelajar. Masing-masing dapat satu helai kertas yang mencatatkan nombor kumpulan. Sebaik menerima kertas itu, aku pantas melihat nombor yang tertera di situ. Emm..aku dapat nombor lima. Syima pula dapat nombor tiga. Agak-agak, Fuad dapat nombor berapa, ya?

Minta-mintalah, Fuad dapat nombor yang sama seperti aku. Dapat juga aku kawan nanti. Entah siapalah yang akan menjadi kumpulan aku. Kami diminta saling bekerjasama semasa berada di dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan diterajui oleh seorang ketua sebagai pemimpin. Beberapa minit kemudian, kami diarahkan untuk berpecah sambil mencari kumpulan masing-masing.

Aku terpaksa berpisah dengan Syima buat sementara waktu. Aku segera mencari pelajar yang memiliki nombor lima. Dalam beberapa langkah aku berjalan, tiba-tiba aku terserempak dengan Fuad. Aku lihat, Fuad sedang sibuk mencari kumpulannya.

“Kau dapat nombor berapa, Fuad?” soalku sebaik sahaja bersua muka dengannya.

“Aku dapat nombor tiga,” jawab Fuad spontan. “Kau?” tanya Fuad pula.

“Nombor lima,” balasku lagi. Aku ingat, Fuad dapat nombor lima tetapi nombor tiga.

Nampaknya, tak dapatlah aku satu kumpulan dengan dia. Dalam hati, aku agak berdebar-debar memikirkan semua kemungkinan yang bakal terjawab sekejap lagi. Untuk memudahkan kerja aku, aku pantas mengangkat kertas tinggi-tinggi supaya senang mencari pelajar yang sama kumpulan denganku. Reaksi aku sebentar tadi agak berkesan kerana mereka dapat mengecam nombor yang tertera di atas kertasku.

Kami berkumpul apabila sudah dapat mencari ahli kumpulan masing-masing. Terdapat lapan orang yang akan menjadi kumpulan aku. Rata-rata, pelajar perempuan seramai enam orang termasuk aku. Pelajar lelaki pula ada dua orang sahaja. Aku rasa macam ada yang tidak cukup lagi. Sepatutnya, ada sepuluh orang ahli seperti yang dikatakan oleh Abang Long tadi. Mana pula perginya pelajar yang seorang lagi?

“Siapa lagi sorang ni? Abang Long cakap, ada sepuluh orang ahli dalam setiap kumpulan.” Aku pantas bertanya kepada rakan-rakanku. Mereka hanya menggelengkan kepala apabila aku mengajukan pertanyaan itu.

“Tak pastilah,” ucap salah seorang dari mereka.

Aku memandang keadaan sekeliling, cuba mencari makhluk yang dimaksudkan itu. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada susuk tubuh seseorang yang amat aku kenali. Aku pasti dialah orangnya. Siapa lagi, kalau bukan Syed Aidil. Kertas yang masih berada dalam genggamannya aku lihat sepintas lalu. Seakan tidak percaya dengan nombor yang tertera di situ. Aku cuba memastikan apa yang aku lihat sebentar tadi bukanlah igauan semata. Takut juga kalau tersilap pandang. Alamak! Dia dapat nombor lima jugalah.

Macam mana ini? Aku tak ingin dia satu kumpulan dengan aku. Tak selesa pula apabila kami berdua berada dalam satu kumpulan yang sama. Keresahan aku itu tergambar jelas di wajahku saat ini. Ingin sahaja aku menukar kertas aku ini kepada Fuad supaya aku berada dalam kumpulan yang lain daripada dia. Namun, aku tak boleh berbuat begitu kerana Fuad dan kumpulannya sudah sibuk berbincang sesama sendiri. Mungkin, mereka sedang mencari ketua kumpulan yang layak memimpin mereka.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa akur dengan ketentuan ini. Kenapalah dia juga yang jadi ahli kumpulan aku. Kenapa tidak orang lain? Ish, tak faham betul aku. Sepatutnya aku gembira sebab dia satu kumpulan dengan aku. Ini tidak, asyik nak salahkan diri sendiri sahaja. ‘Baguslah dia satu kumpulan dengan kau, Min. Bukankah ini yang kau inginkan sejak dulu?’ Tiba-tiba terdengar satu suara halus yang lahir dari hati aku. Suara itu seakan mengejek diri ini serta mentertawakan aku. Pergi jahanamlah! Bentakku lagi.

Aku tengok Syed Aidil masih sibuk ke hulu ke hilir mencari ahli kumpulannya. Kasihan pula melihat keadaannya itu. Bukankah aku sudah berjanji dengan Syima untuk berkenal-kenalan dengan dia. Walaupun untuk hari ini sahaja, namun aku perlu mencuba. Manalah tahu, hatinya lembut tatkala memandang wajah ini. Aku cuba memberanikan diri menegurnya. Aku tidak boleh tersasul menyebut namanya agar dia tidak menaruh syak pada aku nanti.

*****************
“Maaf, saudara,” ucapku perlahan sambil meneguk air liur. Perasaan aku ketika ini sungguh berdebar-debar. Dia masih membelakangi aku. “Nombor saudara ni lima ke?” soalku lagi. Apabila terdengar ada orang menegurnya, Syed Aidil pantas berpaling memandangku.

“Ya, benar,” balasnya lembut. Sebaik sahaja dia memandang wajahku, tiba-tiba dia terbatuk-batuk kecil lalu membesarkan matanya.

“Eh…badak air. Apa yang kau buat kat sini, hah?” soalnya sedikit keras. Walaupun nada suaranya tidak berapa kuat, namun masih dapat didengari oleh pelajar-pelajar yang lain.

Aku tidak mempedulikan pandangan orang lain ketika itu. Apa yang lebih penting, aku perlu berhadapan dengan bapa naga yang perasan hensem ini terlebih dahulu. Rasa geram kerana dia masih memanggilku dengan nama badak air, membuatkan aku bertambah sakit hati. Dia ini memang lelaki sombong yang sukar sangat nak maafkan kesalahan orang lain. Apa lagi yang tak beres sebenarnya? Hati kecilku bertanya-tanya.

“Tak payah nak ambil tahulah kenapa aku kat sini. Mulut kau tu jaga-jaga sikit, ya. Jangan suka hati saja nak panggil aku badak air. Apa lagi yang kau tak puas hati kat aku, hah?”herdik aku pula.

Aku cuba mengawal nada suara agar tidak terdengar oleh pelajar lain. Jarak aku dengannya hanya beberapa meter sahaja. Mujur, suaraku agak perlahan untuk menutup rahsia antara kami berdua. Memang dasar bapa naga betul mamat ini tau, kutukku dalam hati.

“Ish, memang badan kau macam badak air. Dahlah muka macam badut tak siap, ada hati nak tegur aku pula. Pergi mampuslah.”

Amboi, sedapnya dia mengutuk aku. Ish, geramnya aku. Ada orang yang nak makan sup terompah ni kejap lagi. Panas betul hati ini apabila Syed Aidil menyamakan aku dengan badak air. Lagi-lagi, perkara itu juga yang dia nak sebutkan. Yang paling aku geram, dia sanggup kata muka aku macam badut tak siap. Kau ingat, muka aku ni tak laku sangat ke, hah?

“Eleh, muka kau tu lagi teruk macam bapa naga tau tak. Perasan hensem,” sindirku lagi tepat ke mukanya.

Oleh kerana tidak tahan mendengar sindiranku, akhirnya dia berlalu pergi ke arah ahli kumpulan kami yang lain. Aku malas nak ambil pusing lagi. Kalau ikutkan sangat rasa marah aku ini, tak pasal-pasal kecoh satu kolej ini nanti. Namun, apabila teringatkan semula kata-kata ibu pagi tadi, hati aku kembali sejuk seperti sediakala.

Tidak ada gunanya aku melayan manusia cetek akal macam Syed Aidil itu. Buang masa dan tenaga sahaja. Rancangan Syima awal pagi tadi seolah-olah memaksa aku untuk cepat-cepat melaksanakan misi jahat aku kepadanya. Buat apa aku nak berbaik-baik dengan dia.

Aku perlu berbuat sesuatu untuk memulihkan keadaan. Biar dia tahu diri nanti. ‘Tak mengapa, Yasmin. Nombor lelaki sombong itu, kan sudah ada kat dalam simpanan kau. Kalau boleh, malam ini kau terus jalankan misi rahsia kau tu. Jangan lambat-lambat, nanti menyesal.’

Suara halus dari hati kecilku bergema lagi di sanubari. Malam ini, aku akan memulakan misi aku itu. Semakin lama aku berdiam diri, semakin mudah Syed Aidil nak pijak kepala aku. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, lebih baik aku bertindak cepat. Lelaki sombong itu perlu diberi pengajaran supaya tidak merendah-rendahkan martabat orang lain seperti aku. Kau tunggu sajalah, Syed Aidil. Aku akan hadir dalam hidup kau tidak lama lagi.

*******************
MALAM ini terasa damai, tidak seperti malam-malam yang lain. Bulan memancar terang di dada langit bersama ribuan bintang-bintang. Aku leka memerhatikan suasana pada malam itu. Selepas solat Fardu Isyak sebentar tadi, aku terus duduk di halaman rumah sambil berkhayal seorang diri. Sengaja aku ke tempat itu, untuk merehatkan minda dari sebarang masalah yang kian membelengguku sejak akhir-akhir ini.

Apabila mengingati semula pertemuanku dengan Syed Aidil siang tadi, perasaan aku tiba-tiba menjadi gelisah tidak menentu. Tidak menyangka, lelaki itu tega menghina diri ini di hadapan kawan-kawan yang lain. Mujurlah, suaranya tidak terlalu kuat. Aku agak khuatir, sekiranya mereka mengesyaki apa-apa tentang kami berdua. Pada mulanya, aku gembira kerana dipertemukan dalam satu kumpulan yang sama dengan Syed Aidil.

Namun begitu, apabila melihat penerimaan Syed Aidil agak hambar padaku, rasa bahagia itu terus bertukar kepada benci. Aku memang panas hati dengan sikap sombongnya itu. Selama ini, sudah puas aku bersabar malah sanggup memberikan ruang kemaafan kepada lelaki itu, tetapi tidak sedikit pun dihargainya. Dia tetap menganggap aku sebagai musuh ketatnya. Entah di mana agaknya salah aku, sehingga dia benar-benar benci pada diri ini.

Mulai malam ini, aku harus memasang tekad untuk mengenakan Syed Aidil. Aku tidak boleh menunggu terlalu lama untuk bertindak. Benar juga kata Syima siang tadi. Lelaki sombong itu perlu diajar cukup-cukup, biar dia tahu diri sedikit.

Telefon bimbit yang masih berada dalam genggaman tangan, aku pandang sekali lagi. Perlukah aku menghubungi Syed Aidil saat ini juga? Bagaimanakah penerimaannya kepada aku nanti? Aku hendak menyamar sebagai siapa pula? Ah, serabut betul fikiran aku sekarang.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya aku membuat keputusan untuk menghubungi lelaki sombong itu. Biar apa jua cabaran yang mendatang selepas ini, aku tetap dengan keputusan aku. Lagipun, bukannya dia kenal siapa aku. Selagi aku tak beritahu perkara yang sebenar, selagi itu dia tidak akan tahu.

Niat aku memang ikhlas untuk mengenalinya. Aku buat ini semua demi kebaikan dia juga. Perangai manusia ini boleh berubah-ubah kalau kena dengan gayanya. Moga-moga, Syed Aidil akan lembut hati apabila berkenalan dengan aku nanti. Biarlah rahsia ini, hanya aku dan Syima sahaja yang tahu.

Tanpa membuang banyak masa, aku pantas mencari nombor telefonnya. Punat panggilan aku tekan perlahan-lahan dengan debaran kuat di dada. Aku masih sabar menanti sehingga talian disambungkan. Beberapa saat kemudian, aku terdengar satu suara garau yang menjawab panggilan itu. Dadaku semakin berdebar kencang.

“Hello, siapa ni?” soalnya sedikit kasar.

Aku mulai cemas apabila mendengar suara garaunya. Aku agak yakin, suara itu kepunyaan Syed Aidil. Tidak mungkin aku tersilap dengar. Suara macho itu masih terakam kukuh di ingatan sehingga ke saat ini.

Ah, apa yang aku hendak cakap, ya? ‘Cuba bawa bertenang, Yasmin. Jangan gelabah sangat.’ Hati kecilku berkata-kata, untuk mengusir keresahan yang kian bertandang di fikiran.

“Err…boleh saya bercakap dengan Razak,” ucapku dengan suara yang terketar-ketar. Aku cuba berlakon sehabis baik untuk mengaburi pendengarannya. Hanya cara ini sahaja, aku dapat memancing minatnya. Manalah tahu, jerat aku mengena nanti.

“Eh, you ni dah salah nomborlah. Ini bukan nombor Razak, tapi nombor I. You ni siapa, ya?” ajunya lagi. Nada suaranya kedengaran lembut sedikit berbanding tadi.

Nampak gaya, rancangan aku malam ini akan berhasil seperti yang diimpikan. Aku tersenyum sendiri apabila mendengar suara cemasnya. Barangkali, dia teruja untuk mengetahui siapakah diri aku yang sebenarnya. Sabar ya, Syed Aidil. Aku akan hadir dalam hidupmu sebentar sahaja lagi.

“Nama I, Cempaka Sari. Sebenarnya, I nak call Razak tapi macam mana you pula yang angkat. I rasa, nombor yang dia berikan pada I sudah betul. I sendiri tidak pasti. Mungkin, I yang tersalah dail. Maaflah kerana menganggu you. Bye!” Aku sengaja berkata begitu untuk melihat sejauh mana reaksinya dengan kata-kataku.

Belum sempat aku memutuskan talian, Syed Aidil sudah membuka mulut.

“Cempaka, nanti dulu. I belum habis lagi cakap dengan you. You tinggal kat mana, ni?” ajunya bersungguh-sungguh. Aku tertawa kecil di hujung talian kerana jerat aku baru sahaja mengena. Yes! Aku dah menang.

“I stay kat Johor Bahru. You?”

“Samalah. I pun duduk kat JB. Bolehlah kita jumpa nanti. Teringin juga I mengenali you dengan lebih dekat lagi. Mesti you ni, cantikkan orangnya,” pujinya lagi.

Emm…memang dasar buaya tembaga betul mamat seorang ini. Sengajalah tu hendak ambil hati aku. Dia ingat, aku boleh termakan pujuk rayu dia. Jangan haraplah Syed Aidil. Kali ini, aku hendak ajar dia cukup-cukup. Biar dia tahu rasa. Aku akan buat sampai dia gila bayang pada aku. Hahahaaa…Tanduk aku sudah mula naik di atas kepala.

“I pun teringin juga bertemu dengan you. Tapi, kita kan baru saja kenal. I takut, ada orang marah kalau I kenal dengan you,” tambahku, cuba menarik minatnya lagi.

“Siapa pula yang nak marah? I masih solo tau, belum terfikir pun untuk bercinta dalam usia yang masih muda macam ni. I lebih suka berkawan dulu. Tak sangka, kita boleh kenal malam ini, ya. Kalau you tak tersalah dail nombor I tadi, mungkin kita tak kenal, kan.”

Terasa meluat pula telingaku mendengar pengakuan ikhlas Syed Aidil itu. Orang lelaki, semuanya sama sahaja. Sudah ada kekasih hati, masih lagi hendak menipu. Kononnya masih solo saat ini. Habis itu, perempuan gedik yang sering menemaninya saban hari itu, siapa pula? Takkan sekadar kawan biasa sahaja. Tingkah mereka berdua pun kelihatan mesra sahaja macam pasangan kekasih. Ini tidak boleh jadi. Aku kena siasat sampai ke akar umbi.

“Baguslah kalau you masih single. I pun sama juga. I harap, perkenalan kita ini akan berlanjutan sampai bila-bila. Esok pagi, you tak pergi kolej ke? Hari esok kan dah mula sesi pembelajaran,” ucapku, tanpa berfikir dua kali. Entah macam mana, aku boleh tersasul kerana
terlampau gembira dapat berkenalan dengan Syed Aidil.

“Kolej? Eh, macam mana you tahu I belajar kat kolej ni? You pun study kat kolej masakan juga ke?”

Alamak! Aku dah tersalah cakap. Ish, kenapalah mulut aku ni boleh tersasul pula. Tentu dia hairan apabila aku mengetahui dirinya belajar di kolej. Ya Allah, apa yang aku sudah buat? Matilah aku kali ini.

“Opss..sori. I tersalah cakap tadi. I agak-agak aje, manalah tahu kalau you belajar di kolej. I pun belajar kat kolej. I ambil bidang perubatan. You?” Aku memberikan alasan paling logik kepada Syed Aidil. Akalku cepat sahaja mencari helah supaya kesilapan aku sebentar tadi tidak disalahertikan.

“Oh, I ingat, you pun belajar satu kolej dengan I. I ambil bidang masakan. Baru sahaja mendaftar kira-kira seminggu yang lepas. Seronok juga dapat belajar kat situ. Ramai kawan I jumpa. Cuma, yang tak best tu, I jumpa musuh ketat I. Tak sangka pula, badak air macam dia tu belajar satu kolej dengan I.”

Penjelasan Syed Aidil itu membuatkan aku tertanya-tanya sendiri Aku cuba memahami ucapannya sebentar tadi. Siapakah gerangan badak air yang dia ingin maksudkan? Sudah tentulah badak air yang dia maksudkan itu adalah aku. Siapa lagi yang memiliki gelaran sebegitu kalau bukan aku. Darahku terasa mendidih saat ini. Aku baru sahaja hendak menenangkan hati. Boleh pula dia menambahkan beban di fikiran yang sudah berserabut sejak semalam lagi.

“Siapa badak air yang you maksudkan tu?” tanyaku cuba mengorek rahsia. Padahal, aku sudah mengetahui jawapannya itu.

“Entahlah. I sendiri pun tak tahu namanya. Kalau boleh, I tak ingin tahu nama dia. Tengok muka dia pun dah rasa meluat sangat. I gelilah nak dekat dengan dia. You tahu tak, dia tu suka sangat perasan bagus. Kalau cantik tu, tak apalah. Nak juga I berkenalan dengan dia. Ini tak, badan dahlah besar macam tong deram, pastu muka buruk. Loya tekak I ni apabila teringatkan dia. Nasib baik you ada. Tenang sikit hati ini.”

Terasa berbahang dunia ini aku rasakan. Geram betul dengan sikap sombongnya kepada aku. Kalaulah dia tahu aku ni gadis yang dia benci, mesti dia akan jauhkan diri. Paling tidak pun, dia pasti akan mengutuk aku habis-habisan. Aku hanya mendengar sahaja ucapannya itu tanpa mengulas apa-apa. Mood aku tiba-tiba sahaja mati dalam sekelip mata.

“Ala, you tak payah pening kepala fikirkan dia. Kalau you sendiri tak suka, buat apa nak susahkan diri you. I kan ada kat sini. You tak perlu risau okey.”

Aku cuba menenangkan Syed Aidil. Biarlah lelaki sombong itu melupakan dulu perihal gadis bernama Yasmin. Sekarang ini, tugas aku adalah untuk memancing minatnya supaya jatuh hati kepada Cempaka Sari. Klasik betul, ya nama samaran aku ini. Heheee…

“Betul juga kata you. I tak akan ingat lagi pasal budak gemuk tu. Biarlah dia dengan kehidupan dia sendiri. I malas nak masuk campur. Buat masa sekarang, I nak fokuskan pada perhubungan kita dulu. I suka berkawan dengan you walaupun ini kali pertama kita berkenalan. I harap, perhubungan kita ini akan berkekalan sampai bila-bila.”

“I harap pun begitu juga. Ada masa nanti, I call you lagi okey. Hari pun dah lewat malam ni. Esok pagi, I nak pergi kuliah. Good Night. Bye!”

“Okey. Thanks sebab call I. Take care, sayang. Bye!” ucap Syed Aidil sebelum mematikan talian. Lontaran suaranya yang lembut itu membuatkan aku terpana seketika. Alangkah indahnya dunia ini apabila Syed Aidil memanggil diri aku sayang. Terlupa sebentar rasa marah aku kepada dirinya. Tetapi, benarkah dia ikhlas berkawan dengan aku? Ah, apa yang aku merepek ni. Aku tidak boleh tewas dengan permainan cintanya. Tujuan sebenar aku mengenalinya adalah untuk mengenakan dirinya cukup-cukup.

**************
Setahun kemudian…

Cepat benar masa berlalu. Sedar tidak sedar, sudah hampir setahun aku belajar di YPJ. Tahun ini aku berada di semester ketiga. Banyak juga kenangan manis sepanjang menuntut di kolej masakan ini. Pada semester yang lepas, aku terpaksa menjalani praktikal di sebuah hotel di Seremban. Hampir enam bulan aku berada di sana. Kini, aku kembali semula ke Johor Bahru untuk meneruskan pengajian di semester yang baru.

Tidak sabar rasanya untuk bertemu Syima. Entah bagaimanalah rupa dia sekarang. Tentu makin cantik, kan. Syima menjalani praktikal di Pulang Pinang bersama Fuad. Alangkah beruntungnya merpati dua sejoli itu. Dalam diam-diam, mereka menjalin hubungan cinta sepanjang berada di sana. Berita itu dikhabarkan oleh Syima kira-kira dua bulan yang lalu. Aku hanya menumpang gembira atas perhubungan mereka berdua. Moga-moga, berkekalan sampai ke jinjang pelamin.

Aku sahaja yang masih solo macam dulu. Siapalah yang sudi berkongsi kasih dengan gadis gemuk macam aku ini. Tetapi, itu kisah dulu. Jangan nak disamakan dengan sekarang. Saat ini semuanya sudah berubah. Aku sendiri seakan tidak percaya melihat bentuk tubuhku sejak menjejakkan kaki di tempat orang ini. Mungkin kerana terpaksa mengikat perut saban
hari, membuatkan tubuh aku menjadi langsing seperti sekarang.

“Biar betul ni, aku tak salah orang ke?” Syima seakan tidak percaya apabila melihat keadaan fizikal aku ketika kami bertemu kira-kira seminggu yang lalu.

Aku hanya tersenyum memandangnya. Wajarlah Syima tidak kenal aku sebab berat badan aku sekarang sudah 50 kilogram. Terlalu berbeza jika nak dibandingkan dengan tubuh aku yang dulu. Kalau dulu, aku terlalu gemuk sehingga mencecah 90 kilogram.

“Ish kau ni. Sampai aku pun kau dah tak kenal. Ini akulah, Yasmin.” Syima seakan terpaku melihat tubuh aku. Lama dia begitu sehinggalah dia kembali ke alam realiti.

“Wah, Min. Langsingnya badan kau. Aku ingat model mana tadi. Cantik sangat.” Tidak puas-puas Syima memuji aku. Dia terkebil-kebil memandang wajah aku seakan tidak percaya. Banyak perkara yang kami bualkan, meleret-leret sampai ke hal peribadi masing-masing.

“Ala, Syima. Apa yang kau nak hairankan. Aku jadi macam ni pun sebab seseorang. Lagipun, kat sana aku banyak ikat perut. Kau tahu ajelah macam mana kehidupan di sana. Kalau tak pandai jimat-cermat, alamatnya matilah aku.”

Memang benar, duit adalah segala-galanya bagiku ketika berada di Seremban dulu. Setiap sen yang aku belanjakan, aku hitung sebaik-baiknya. Biarpun terpaksa ikat perut, aku sanggup.

“Aku tabik springlah tengok kau macam ni. Tak sangka sangat. Tentu ‘dia’ gembira, kan. Makan hatilah dia tengok kau nanti.” Aku faham maksud Syima itu. Sudah pasti ‘dia’ yang dimaksudkannya tadi merujuk kepada Syed Aidil.

“Sudahlah, Syima. Aku malas nak ingat pasal dia lagi. Bagi aku, Syed Aidil tak pernah wujud dalam hidup aku. Buang masa saja aku layan mamat berlagak hensem tu.”

“Eh, kenapa dengan kau ni. Tiba-tiba aje nak emosional. Bukannya Syed Aidil ke lelaki yang kau puja-puja dulu. Sekarang ni dah berubah hati ke?” Syima masih lagi tidak faham-faham. Sengaja dia ingin menekan aku dalam rahsia perhubungan kami berdua.

“Entahlah, Syima. Hati aku ni dah lama mati sejak dia berani hina aku depan kawan-kawan kita dulu. Aku ni macam tak ada maruah dia buat. Aku tak akan maafkan dia, Syima. Kalau dia berlutut kat depan kaki aku sekalipun, jangan harap aku nak terima cinta dia.”

Aku sudah bertekad. Walau apa jua yang berlaku selepas ini, aku tak akan tunduk kepada Syed Aidil. Sesungguhnya cinta pertama aku hanya untuk sekali sahaja. Kalau orang yang aku cintai sanggup merendahkan maruah diri aku, biarlah aku buang cinta itu jauh-jauh dari hidup aku. Apalah gunanya mencintai, jika kita saja yang beria-ia. Sedangkan dia, sebelah mata pun tak nak pandang. Mentang-mentanglah aku ini gemuk macam badak air.

***********
ESOK pagi aku bersiap-siap untuk menghadiri kuliah bagi semester ketiga. Berdebar juga rasa hati menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu sekali lagi. Hampir enam bulan aku meninggalkan ruang ilmu itu. Kali ini, aku kembali dengan imej baru. Aku pasti, mereka tidak akan mengenali wajah aku sekarang. Terlalu berbeza dan ketara jika hendak dibandingkan dengan Yasmin yang dulu. Seawal jam 8 pagi, aku sudah terpacak rapi di kolej masakan itu. Mujurlah Syima sudah datang. Aku segera menghampirinya.

“Awal kau sampai pagi ni? ” Soal Syima sebaik melihat kehadiran aku di sisinya.

“Eh, mestilah awal. Pagi ni kan hari pertama di semester baru. Lagipun aku dah tak sabar nak study macam dulu. Mesti seronok, kan.”

“Hai, lain macam saja bunyi. Entah-entah, teruja nak tengok buah hati tak?” Syima tersengih-sengih memandang wajahku.

“Buah hati siapa? Kau ni kalau bercakap biarlah berlapik sikit. Nanti ada orang dengar masaklah aku jawabnya. Oh ya, aku hampir terlupa tadi. Sepatutnya kita berdua tak boleh rapat macam ni. Tak pasal-pasal nanti rahsia aku pecah.”

Aku menepuk dahi beberapa kali. Baru aku teringat tujuan sebenar aku pagi ini. Aku mempunyai rancangan tersendiri untuk mengaburi mata rakan-rakan sekuliah. Aku tidak mahu mereka tahu siapa aku sebenarnya. Hanya Syima seorang sahaja yang mengetahui identiti diri aku. Fuad pun tidak tahu akan hal ini. Rahsia ini aku harus simpan baik-baik. Sampai masanya nanti, mereka akan tahu juga siapa aku.

“Okeylah, Min. Nasib baik kau ingatkan aku. Kalau tak, penat-penat aje usaha kau selama ini, kan. Lebih baik kita berpecah sekarang. Nanti dah ramai orang susah pula. Aku pergi dulu tau.”

Syima meminta izin sebelum pergi meninggalkanku. Aku tersenyum melihat gaya dia berjalan. Kelakar sangat. Mujurlah Syima sudi bekerjasama dengan aku. Hanya dia sahabat yang memahami perasaan aku selama ini. Terima kasih Syima.

****************
Aku sedang tekun mendengar kuliah dari Encik Khairuddin. Walau ada banyak mata yang memandang, aku buat-buat tidak tahu sahaja. Kenapalah mereka asyik perhatikan wajah ini. Kalau dulu, tidak ada siapa pun yang sudi pandang. Mentang-mentanglah badan aku dah ramping macam model. Berlainan benar penerimaan mereka terhadap aku kali ini. Hampir seminggu memulakan semester baru di sini, ramai juga yang ingin berkenalan dan bertukar-tukar nombor telefon.

“Saya tak pernah nampak pun awak kat kolej ni. Dulu, kelas yang mana satu?” tanya Iqbal, pelajar lelaki yang selalu menjadi rebutan gadis di kolej ini. Aku malas melayan kerenahnya itu. Masakan dia lupa pada Yasmin, budak gemuk yang sering diejeknya dulu.

“Entahlah, saudara. Saya pun dah lupa kelas saya yang mana satu. Yang saya tahu, kehadiran saya di kolej ini dulu tak ada siapa pun sudi pandang. Pelikkan sikap manusia ni. Cepat sangat boleh berubah,” sindirku tepat ke mukanya.

Iqbal seakan pelik mendengar sindiranku itu. Dia terus berlalu pergi apabila melihat penerimaan aku agak hambar padanya. Sesuai sangat dengan muka kau, Iqbal. Dasar mata keranjang. Pantang nampak perempuan dahi licin sikit, cepat saja nak masuk jarum.

Aku memang sengaja jual mahal. Kalau boleh, biar mereka makan hati berulam jantung nanti. Bukan niat aku untuk membalas dendam atas perbuatan mereka dulu, tetapi aku ingin mereka sedar bahawa jangan sesekali memandang rendah dengan orang gemuk macam aku ini.

Itulah lumrah manusia zaman sekarang. Apabila sudah cantik di mata, baru terhegeh-hegeh nak dekat. Aku cepat sedar diri. Walaupun aku sudah kurus dan cantik, aku tidak pernah lupa asal usulku suatu waktu dahulu. Di mana aku berpijak, di situlah langit dijunjung.

*****************
Kuliah pagi itu berakhir jam 11 pagi. Mujurlah petang ini tidak ada kuliah. Dapat juga aku shopping sekejap di Kipmart. Ada barang yang aku nak beli. Aku buru-buru ke perhentian bas kerana takut terlewat nanti. Biasalah waktu-waktu begini, ramai sangat orang di situ. Sedang leka menunggu bas, tiba-tiba sebuah kereta Honda Jazz berhenti di hadapan aku. Aku kaget seketika apabila mendapati kereta mewah itu milik Syed Aidil, musuh ketatku. Kelihatan dia sedang tersenyum ke arahku.

“Nak balik ke, saudari? Boleh saya tumpangkan.” Sopan sahaja tutur kata Syed Aidil kepadaku. Biasanya, jangan harap dia nak berlembut begitu.

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba sahaja lidah aku menjadi kelu. Ish, kenapa dengan aku ini. Nampak sahaja muka Syed Aidil, aku menjadi tidak keruan seperti ini. Aku memarahi diri aku kerana tewas dengan godaannya. Apa yang aku nak cakap ni?

“Eh, tak apalah, saudara. Saya ada hal sikit kejap lagi. Nak pergi Kipmart beli barang. Terima kasih sahaja.” Akhirnya aku dapat juga menyatakan alasan paling bernas kepadanya. Moga-moga dia segera berlalu dari sini.

“Em, baguslah kalau macam tu. Saya pun memang nak pergi Kipmart ni. Saya nak belikan mama saya baju sempena hari lahir dia hujung minggu ni. Boleh juga awak tolong saya carikan baju yang sesuai untuk dia.” Penjelasan Syed Aidil itu agak mengejutkanku. Aku
mati akal untuk menolak hasratnya.

Macam-macam sahaja alasannya untuk keluar dengan aku. Bukan aku tak tahu taktik buaya darat dia tu. Pandai benar nak pikat hati perempuan. Aku ingatkan perangai dia dah berubah. Rupa-rupanya bertambah gatal.

Aku cuba mencari dalih supaya dia cepat berlalu dari situ. Lelaki miang macam Syed Aidil ini perlu diajar cukup-cukup. Aku bertekad untuk mengenakannya hari ini. Biar dia serik dan malu sendiri.

“Boleh juga. Tapi, saya belum makan lagi ni. Lapar sangat. Awak boleh belanja saya tak?” soalku manja sebelum menghampiri keretanya.

“Mestilah boleh, sayang. Awak cakap saja nak beli apa. Saya pasti akan tunaikan permintaan awak. Cepatlah masuk!”

Syed Aidil begitu teruja kerana aku sudi menerima pelawaannya. Dia cepat-cepat keluar dari kereta lalu membukakan pintu untuk aku. Pandai sungguh dia mengambil hati aku, ya. Sikit lagi kau tengoklah macam mana aku buat dekat kau. Tunggu, Syed Aidil.

**************
“Nama awak siapa, ya? Dah lama sebenarnya saya nak tahu. Mujurlah kita jumpa hari ini.” Syed Aidil pantas bertanya sejurus kami tiba di Kipmart.

“Nama saya Cempaka,” jawabku perlahan, antara dengar dengan tidak.

“Oh, Cempaka. Sedap nama awak. Macam nama kawan sayalah.” Syed Aidil seperti mengingati sesuatu. Barangkali sebelum ini dia pernah mengenali seseorang yang mempunyai nama serupa seperti itu.

“Cempaka Sari ke?” Aku bertanya lagi. Sengaja ingin menduga ingatannya. Sudah pasti dia ingat nama samaran aku itu.

“Eh, betullah. Macam mana awak boleh tahu? Saya pernah berkawan dengan Cempaka Sari dulu. Tapi sayang sangat sebab…”

“Sebab dia tak cantik ke?” Aku segera memotong bicara Syed Aidil. Riak wajahnya berubah secara tiba-tiba.

Syed Aidil hanya mengangguk. “Orangnya tak secantik namanya. Kalau orangnya macam awak ni, tentu dah lama saya tackle.”

Em, sudah mulalah miang dia datang. Hendak berkawan dengan orang cantik sahaja. Yang hodoh, gemuk, muka banyak jerawat macam aku waktu dulu tak nak pula. Untuk pengetahuan kau, Syed Aidil, perempuan yang kau kutuk tu sebenarnya aku tahu tak. Ish, geram betul dengan mamat sewel ni.

“Dahlah cepat. Saya nak beli barang ni. Tak boleh lama-lama sangat. Nanti risau pula boyfriend saya.” Aku terus berlalu pergi meninggalkan Syed Aidil seorang diri di situ. Dia pantas mengekori aku dari belakang.

“Awak, tunggulah saya dulu!” Teriaknya dari belakang.

Aku cepat-cepat melangkah masuk ke ruang dalam tanpa mengendahkan panggilannya. Sengaja aku biarkan dia mentafsir sendiri maksud aku sebentar tadi. Memang aku belum berpunya saat ini, tapi itu bukan bermakna ada ruang untuknya mencurah kasih. Cinta aku padanya sudah lama padam saat dia menghamburkan kata-kata kesat pada diri ini. Maruah diri aku seperti diinjak-injak sesuka hati. Tanpa rasa bersalah, dia sanggup merendahkan maruah diri aku di hadapan kawan-kawan sekuliah.

Peristiwa silam itu kembali terlayar di fikiran. Aku masih ingat lagi bagaimana marahnya dia waktu itu apabila mengetahui aku yang selama ini menyamar sebagai Cempaka Sari. Kalau tidak kerana kecuaian aku, sudah pasti sampai sekarang dia tidak tahu siapa aku. Pada hari itu, entah bagaimana aku boleh terlupa untuk silent telefon bimbitku. Sebelum kuliah bermula, tiba-tiba handphoneku berbunyi. Aku pantas menjawab tanpa melihat nombor yang tertera di atas skrin.

“Assalammualaikum, siapa ni?” soalku perlahan.

“Waalaikummussalam. Ini sayalah, Syed Aidil. Awak kat kolej ke sekarang?” Seakan gugur jantungku sebaik mendengar suara Syed Aidil yang menjawab salamku.

“Ada apa awak call saya pagi-pagi macam ni. Saya ada kuliah ni kejap lagi. Lain kalilah awak call. Maaf sangat-sangat.”

Aku terus memutuskan talian kerana bimbang Syed Aidil mengesyaki rahsia aku. Buatnya dia sampai sekarang ini, mampus aku. Tak pasal-pasal, rahsia aku pecah. Mana aku nak letak muka ini.

Tidak berapa lama selepas itu, tiba aku terdengar ada satu tepukan kuat dari belakang. Aku pantas menoleh ke arah datangnya suara itu. Ya Allah, Syed Aidil.

“Bagus, Yasmin. Pandai ya kau menyamar sekarang. Kau ingat aku tak tahu siapa Cempaka Sari.”

“Kenapa ni, Aidil? Siapa yang menyamar?” Aku berpura-pura tidak tahu. Adakah dia sudah tahu penyamaran aku selama ini? Tidak mungkin dia tahu siapa Cempaka Sari.

“Oh, sudah gaharu cendana pula. Dah tahu, pandai pula kau nak tanya, ya,” tempik Syed Aidil kuat. Aku tersentak mendengar suaranya. Rakan-rakan yang lain turut terperanjat. Masing-masing sibuk memasang telinga.

“Aku nak ingatkan kau sikit, Min. Kau jangan mimpilah nak rebut cinta aku. Kau ingat aku boleh tergoda ke dengan perempuan gemuk macam kau ni, hah. Cubalah kau tengok cermin baik-baik, antara kau dengan aku bagai langit dan bumi. Jauh sangat berbeza tahu, tak. Aku tak sangkakan, kau sanggup menyamar sebagai orang lain semata-mata nak berkenalan dengan aku. Dasar perempuan tak ada maruah diri. Kalau aku tak call kau tadi, agaknya sampai matipun aku kena tipu dengan perempuan bangsat macam kau.”

Marah benar Syed Aidil kepadaku saat itu. Dia seperti orang hilang akal sebaik mengetahui cerita sebenar tentang Cempaka Sari. Kesabarannya benar-benar teruji. Aku hanya menadah telinga mendengar caciannya. Akhirnya, aku pulang ke rumah kerana tidak sanggup berhadapan dengan rakan-rakan sekuliah. Aku malu. Maruah aku diinjak-injak oleh lelaki yang aku sayangi. Sejak peristiwa itu, Syed Aidil terus membuang aku dari hidupnya.

*****************
“Siapa boyfriend, awak tu? Cakaplah dengan saya. Mesti budak kolej kita juga, kan.” Suara Syed Aidil mengusir jauh khayalanku. Aku terleka sebentar apabila mengingati memori silam yang masih berbekas di hati. Walaupun lukanya sudah lama sembuh, namun parutnya tetap kelihatan hingga kini.

“Itu hal peribadi saya, Aidil. Saya rasa, awak tak perlu tahu. Saya harap awak hormati pendirian saya. Antara kita bagai langit dengan bumi. Awak enggang, sedangkan saya pipit. Mana boleh terbang sama-sama.”

“Apa maksud awak ni? Saya tak faham.” Syed Aidil mengerutkan kening tanda tidak mengerti maksud ucapanku tadi.

“Saya rasa, awak dah tahu segalanya pasal saya. Tapi, awak buat-buat tak tahu. Mustahil awak tak kenal siapa diri saya. Biarpun sudah hampir setahun peristiwa tu berlalu, saya tak akan pernah lupa, Aidil. Fizikal saya saja yang berubah, tetapi hati ini masih sama macam dulu.”

Aku meluahkan apa yang terbuku di kalbu selama ini. Syed Aidil wajar tahu cerita yang sebenar. Aku tidak kuat untuk menanggungnya seorang diri.

“Awak kena beritahu saya. Awak ni siapa sebenarnya?” Syed Aidil mendesakku. Mindanya seakan buntu membaca apa yang tersirat di hatiku. Dia benar-benar dicengkam rasa bersalah.

“Awak masih ingat Yasmin?” Pertanyaan aku itu nampaknya mengundang rasa hairan padanya. Dia menganggukkan kepala tanda mengenali insan yang aku sebutkan itu.

“Siapa dia? Kawan awak ke?” Syed Aidil telah menyimpulkan hubungan aku dan Yasmin sebagai kawan baik. Susah benar dia mengecam wajah yang berada di hadapannya sekarang. Wajah inilah yang sentiasa hadir dalam hidup kau suatu masa dahulu. Sudah lupakah kau?

“Untuk pengetahuan awak, Yasmin dan saya adalah orang yang sama.” Secara sedar aku melafazkan perkataan keramat itu dengan debaran yang tidak berpenghujung. Aku ingin dia tahu, akulah Yasmin. Perempuan yang selalu dihina dan dikutuk kerana berpenampilan buruk. Aku mahu dia buka mata luas-luas saat ini. Akulah gadis itu.

“Apa?” Terlopong mulut Syed Aidil seketika. Dia meraup muka beberapa kali, seolah-olah tidak percaya.

“Terpulanglah, Aidil. Saya dah beritahu perkara sebenar. Saya memang Yasmin, gadis yang awak sering hina suatu waktu dahulu. Saya nak awak tahu, cinta saya pada awak dulu benar-benar jujur. Saya menyayangi awak kerana cinta, bukan kemewahan harta benda. Tetapi saya tak sangka, awak sanggup mencemarkan cinta suci saya hanya kerana saya gemuk dan banyak jerawat. Sekarang ni, saya bukan lagi Yasmin yang dulu. Dan awak, bukan lagi insan yang bertakhta di hati ini. Selamat tinggal!”

Aku meninggalkan Syed Aidil terpinga-pinga sendiri. Dia masih dibelenggu dengan rasa terkejut atas apa yang aku luahkan itu. Biarlah dia mentafsir sendiri bagaimana kuatnya cinta aku padanya suatu ketika dahulu. Aku benar-benar lega kerana dapat menyindirnya secara halus. Walaupun hati ini bengkak dengan perangainya dulu, tetapi aku tidak sampai hati untuk menghukumnya secara kejam. Sebagai seorang lelaki, aku rasa dia faham perasaan aku.

********************
“Min, maafkan saya atas perbuatan saya kat awak dulu. Saya benar-benar menyesal. Please forgive me, sayang. Saya janji saya tak akan buat lagi selepas ini. Saya merayu sangat kat awak.” Bersungguh-sungguh Syed Aidil memohon kemaafan kepadaku beberapa hari selepas kejadian di Kipmart itu.

“Tak perlulah awak nak merayu-rayu macam ni, Aidil. Semuanya dah terlambat. Kalau dulu awak sedar silap awak, tentu saya boleh pertimbangkan lagi. Saya dah beri banyak ruang untuk awak sedar atas apa yang awak dah buat kat saya. Awak ingat saya boleh lupakan perkara dulu macam itu saja. Awak silap, Aidil.”

“Saya janji, sayang. Saya akan tebus kesilapan masa lalu saya. Selagi saya tak dapat kemaafan dari awak, selagi itu hati saya tak tenang. Jangan buat saya tertekan macam ni.”

Biar beribu alasan yang kau beri, aku tak akan kalah kali ini. Anggap saja kita tak pernah kenal sebelum ini. Aku sudah tekad dengan keputusanku. Bagaimana sakitnya hati aku saat kau hina aku dulu, macam itu juga aku henak Syed Aidil rasa sekarang.

“Itu masalah awak, Aidil. Tak ada kena mengena pun dengan saya. Saya harap lepas ni awak tak ganggu saya lagi. Niat saya ke sini bukan untuk bercinta dan bersuka-suka. Saya ada matlamat hidup saya sendiri untuk masa hadapan. Awak layanlah kekasih awak tu puas-puas. Jangan ingat saya tak tahu siapa Sharifah Hanim di mata awak. Biarpun kita terpisah jauh selama 6 bulan di tempat orang, saya tetap ambil tahu perkembangan awak sampai ke saat ini.”

Penjelasan aku itu nampaknya berbekas di hati Syed Aidil. Dia seakan malu dengan dirinya sendiri. Biarlah hubungan kami berakhir setakat ini sahaja. Lagipun dulu, antara aku dan dia bukannya ada apa-apa ikatan.

Apabila keadaan sudah menjerut diri, barulah dia sedar akan kesilapan masa lalu. Aku tidak pernah menyesal dengan keputusan ini. Hati aku sudah tawar untuk menerima cintanya. Sayang, cintanya hadir saat aku terluka. Dan luka itu masih berdarah sampai sekarang. Aku masih lagi menanti cinta dari insan yang benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Aku yakin, masanya akan tiba juga nanti.

Sesungguhnya cinta pertama itu hadir hanya sekali dalam hidupku. Tidak mungkin ia akan terulang buat kali yang kedua. Cukuplah aku seorang sahaja yang menanggung kepedihan ini. Apa yang penting, hati aku sudah puas setelah menjelaskan perkara sebenar kepada Syed Aidil. Mungkin antara kita berdua memang tiada jodoh, Aidil. Maafkan aku kerana cintamu hadir saat jiwaku terluka…

p/s: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerpen kedua saya ini. Terdapat banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki di masa akan datang. Tegur dan komen sekiranya ada kesipalan yang tidak disengajakan. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari ALLAH, segala kekurangan dan kekhilafan datang dari diri saya sendiri. Enjoy for reading!