viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Comments 9 Orang Yang Pernah Dibesarkan Oleh Binatang

Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book) bukan? Yang menjadi soalan kita adalah, apakah mungkin manusia diasuh oleh binatang? Menurut logik hal tersebut tidak mungkin. Tetapi di dunia ini ada banyak kes yang terjadi dimana anak manusia diasuh oleh binatang. Mereka bahkan berprilaku dan berkomunikasi seperti binatang yang mengasuhnya.

1. Ukraine Dog Girl 

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap, hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak. Sekarang usianya sudah menginjak 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap, tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Saat ini Malaya bekerja menjaga lembu-lembu di sebuah ladang berdekatan rumah sakit jiwa di mana dia tinggal.

2. Cambodia Jungle Girl

Pada waktu melepaskan kerbau di sepanjang tepi hutan di Kemboja pada usia 8, Rochom P'ngieng menghilang secara misteri. 18 tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang warga melihat sebuah wanita telanjang menyelinap di sekitar halamannya cuba untuk mencuri beras. Wanita itu dikenal pasti Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah tumbuh menjadi seorang wanita 30 tahun yang entah bagaimana bertahan hidup sendiri di hutan lebat. Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa tempatan atau untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan, pada akhirnya ia melarikan diri dan belum ditemui.

3. Ugandan Monkey Boy

Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet Vervet sampai pada saat dia dijumpai tahun 1991. Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar dijumpai, ia menolak untuk ditolong oleh penduduk kampung, dan ia mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang melempari penduduk kampung dengan ranting-ranting pokok. John telah diajarkan bagaimana bercakap, dan sekarang boleh menyanyi juga. Bahkan, ia bergabung dengan paduan suara anak-anak Mutiara Afrika.

4. Victor of Aveyron

Mungkin anak liar paling terkenal dari mereka semua, cerita Victor dibuat secara luas dikenali di filem "L'Enfant Sauvage". Meskipun asal-usulnya adalah misteri, namun banyak orang yang percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya telanjang dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797. Setelah beberapa kali menampakkan diri, ia akhirnya muncul sendiri di dekat Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800. Victor menjadi subjek untuk banyak ahli falsafah dan saintis yang ingin tahu tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, meskipun dalam perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan kanak-kanak ini sangatlah sedikit.

5. Madina

Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan sampai pada hari dia ditemui pada usia 3. Dia hidup dan diasuh oleh anjing. Saat ditemui, ia hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, walaupun ia lebih suka menggeram seperti anjing. Mujurlah, Madina dinyatakan sihat secara mental dan fizikal oleh pasukan perubatan tak lama selepas penemuannya. Walaupun perkembangannya terhalang, dia terbilang masih muda, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya beranjak dewasa.

6. Lobo Wolf Girl of Devil 's River

Pada tahun 1845, seorang gadis misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing dekat San Felipe, Mexico. Cerita ini dikuatkan setahun kemudian ketika gadis itu kelihatan lagi, kali ini dia kelihatan sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh. Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari gadis itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkap dia. Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, membuat sekumpulan serigala berdatangan ke kampung untuk menyelamatkan gadis itu. Pada akhirnya ia dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri. Gadis itu tidak kelihatan lagi sampai 1852, terakhir kali ia kelihatan ia sedang menyusukan 2 anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengumpulkan 2 anaknya dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah terlihat lagi lagi.

7. Russian Bird Boy

Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kasar. Ketika ia ditemui, ia tidak boleh bercakap dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. Dia telah dipindahkan ke pusat rawatan psikologi di mana para profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.

8. Amala and Kamala

2 orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemui di sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menuai banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahawa mereka bersaudara. Yang lebih mungkin bahawa mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

9. Peter the Wild Boy

Seorang anak laki-laki, telanjang dan berbulu merangkak berjalan muncul dari hutan dekat Hameln, Jerman pada tahun 1724. Akhirnya ia dipujuk dan ditangkap. Ia berkelakuan seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak mampu berbicara. Setelah pindah ke Inggeris, ia diberi nama Peter si Anak Liar. Walaupun ia tidak pernah belajar bercakap, ia sangat mencintai muzik, melakukan pekerjaan kasar, dan hidup sampai usia lanjut.

DBS