SOALAN :
Saya merupakan anaka luar nikah dan saya kira nasib saya agak malang kerana dilahirkan tanpa mengetahui siapakah bapa saya yang sebenarnya.Sejak dari kecil saya dibela oleh makcik(kakak ibu).Sebelum ini saya tidak tahu yang saya anak luar nikah sehinggalah apabila tiba waktu untuk saya berkahwin,saya diwalikan oleh wali hakim.Soalan saya Dr,apakah amalan saya selama ini diterima Allah S.W.T.Saya pernah mendengar anak luar nikah tidak bau syurga.Seperkara lagi Dr. suami saya tahu status sebenar diri saya dan menerima saya seadanya.Namun saya risau dengan keluarga sebelah suami yang mana mereka belum tahu lagi mengenai diri saya.Wajarkah saya berterus-terang pada keluarga suami mengenai status diri saya?Saya takut dan malu untuk berhadapan dengan mereka selepas saya menjelaskan hal ini.
JAWAPAN :
Anak luar nikah adalah anak yang suci dan tidak menanggung sebarang dosa dan malu.Puan tidak perlu berasa malu atau bersalah.Segala amalan puan akan diterima Allah dan tiada hadis yang mengatakan anak luar nikah tidak berbau syurga.Anak luar nikah tidak menanggung dosa ibu bapanya sebaliknya merekalah yang akan berdosa sebelum bertaubat.Jika suami sudah tahu status puan dan redha dengan keadaan serta menerima seadanya,puan patut bersyukur pada Allah ata nikmat ini.Yang paling penting ialah suami,jika dia redha cukuplah,tidak perlu dihebohkan pada orang lainseperti saudara-marayang lain bimbang ia hanya akan menimbulkan fitnah sahaja.kalau mereka tahu ia tidaka akan mengubah apa-apa keadaan puan,bahkan sebaliknya menimbulkan fitnah yang mungkin akan mengeruhkan keadaan sahaja
Dari berbagai sumber..