viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Wanita Terkuat Di Dunia

Namanya Varya Akulova, biasa dipanggil "Girl Hercules", ia sanggup mengangkat beban sehingga 350 kg dimana berat badannya hanya 40 kg dan ia adalah gadis terkuat di dunia . Fakta ini dibuktikan dengan 2x Guinnes Book of World Records.






Otot2 Varya hampir tidak kelihatan, namun ia mempunyai kekuatan maha dahsyat.
Varya berkata, "Saya ingin menjadi besar, benar2 besar, dengan tinggi 190 cm dan berat lebih daripada 100 kg, seperti ayah saya."




Di dalam hariannya, Vaarya adalah salah satu pelajar top di kelasnya, Saat ini ia duduk di kelas 7

DBS

10 Gambar Berwarna Pertama Di Dunia


Gambar Biara Svetlitsa Island, Saint Nihil Stolbenskii Biara, Danau Seliger Tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin


Kereta Api Trans-Siberia di atas Sungai Kama dekat Perm, Banjaran Ural Daerah tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii


Kilang tekstil kapas interior di Tashkent antara tahun 1905 dan 1915 Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii


Petani perempuan, Empayar Rusia yang sedang menawarkan buah berry di kawasan luar bandar di sepanjang Sungai Sheksna, dekat bandar Kirillov foto diambil tahun 1909


Salah satu sisi dari Altar Dmitrievskii Cathedral, Vladimir tahun 1911


Lelaki yang duduk di ambang pintu yurt di latar depan, antara 1905 dan 1915.


Isfandiyar, Khan dari naungan Khorezm Rusia, antara tahun 1910 dan 1915 .


Bashkir switchman, tahun 1910


Laki-laki dan unta penuh dengan barang bawaannya antara 1905 dan 1915


Jurugambar berpose dengan dua orang lain, 1915.


DBS

7 Manusia mini Legendaris di Amerika

Orang-orang bertubuh mini banyak menjadi bahagian dalam dunia persembahan, mulai dari sarkas, teater, hingga era moden ketika televisyen jadi pusat hiburan.

Di luar negara, tercatat beberapa nama dengan kisah uniknya. Bahkan mungkin fenomenal. Beberapa tertuang dalam senarai 7 manusia mini di bawah ini.

1. Edward Carl Gaedel



Tingginya 3 ft 7 in, 1 meter lebih sedikit. Walau demikian, Gaedel yang biasa dipanggil Eddie ini pemain baseball profesional di Amerika. Lahir di Chicago tahun 1925, sejak kecil Eddie bercita-cita menjadi ahli sukan.

Berkat kemahuan dan latihan keras akhirnya ia boleh bergabung dengan St. Louis Browns dan melakukan debutnya pada 1951. Setiap bertanding ia selalu disambut gegap-gempita oleh seluruh penonton di stadium. Sayang, kerjayanya tak lama. Eddie menjadi peminum berat dan meninggal kerana serangan jantung setelah dirompak pada tahun 1961.

2. General Tom Thumb



Nama asalnya Charles Sherwood Stratton. Nama panggungnya General Tom Thumb diambil dari dongeng Tom Thumb, manusia sebesar ibu jari. Ia menjadi penghibur setelah bergabung dengan kumpulan sandiwara keliling PT Barnum dan mulailah melakukan lawatan ke banyak negara.

Sebagai lelaki dengan tinggi hanya 2 ft 9 in (80 cm) ini berkahwin dengan seorang wanita mini juga. Kerjayanya terhenti kerana stroke dan meninggal di usia 45 tahun. Begitu populernya Tom, lebih dari 10 ribu orang menghadiri pengkebumiannya.

3. Danny Woodburn



Pelakon 44 tahun dari Philadelphia ini berperanan dalam banyak filem Hollywood, di antaranya Seinfeld, One Tree Hill dan CSI.

4. Wee Man



Bintang Jackass ini, yang nama asalnya adalah Jason Bryant Acuña, hanya sekitar empat kaki tingginya. Ia dilahirkan di Pisa, Itali, namun dibesarkan di Torrance, California. Dia bekerja sebagai pengurus peredaran majalah skateboard. Di sinilah Jason berkenalan dengan kelompok stuntman Jackass. Boleh dibilang Jason atau 'Wee Man' merupakan pelakon peranan pengganti (stuntman) terkecil di dunia.

5. Danny Devito



Pelakon papan atas ini tingginya hanya 4 ft 11 in (149 meter). Lahir di Neptune, New Jersey dari keluarga kelas menengah. Setelah mendapatkan terobosan besar dalam filem Taxi, kerjaya Devito semakin cemerlang. Sederet filem seperti LA Confidential, Batman, Junior dan Heist terus melambungkan namanya.

6. Verne Troyer



Ingat filem Austin Power, peranan tokoh antagonis Mini-Me yang sangat dimanja oleh Dr. Evil? Ya, Verne Troyer pemerannya. Sayang aktor berusia 40 tahun ini sekarang terjerumus ke dalam pesta pora sehingga jarang kelihatan aksinya dalam pengeluaran filem.

7. Gary Coleman



Nama Gary sangat dikenali kerana peranannya sebagai Arnold Jackson di film Diff'rent Strokes. Pelakon setinggi 4 ft 8 in (1.4 meter) ini juga banyak membintangi filem siri televisyen yang lain, termasuk reality show soal kehidupan peribadi yang penuh gejolak.


DBS

Bilakah Bumi Palestin Akan Damai Dan Aman?


Sejak dahulu lagi, bumi Palestin tidak pernah sunyi daripada pergolakan melainkan semasa di bawah pemerintahan kerajaan Islam selama 1,300 tahun.
"Ketika Islam memerintah, penganut Kristian dan Yahudi boleh menetap dan beribadah dengan aman di rumah ibadah masing-masing tanpa gangguan. Namun, perkara sebaliknya berlaku ke atas umat Islam ketika Kristian dan Yahudi memerintah di mana umat Islam ditindas dan dibunuh dengan begitu kejam," kata perunding 'Aman Palestin', Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Menurut beliau lagi, jika dilihat pada sejarah, ketika tentera Salib atau "The Crusaders", iaitu gabungan tentera dari 22 negara Eropah, memerintah pada tahun 1099, mereka telah membunuh kira-kira 70,000 umat Islam. "Tetapi sewaktu Solahuddin Al-Ayubi membuka semula Palestin, beliau tidak melaksanakan pembunuhan beramai-ramai. Bahkan orang tua dan sakit diberikan kemudahan kenderaan untuk dibawa pulang ke Eropah," katanya.

Solahuddin adalah berketurunan Kurdi yang telah mengambil kembali tanah suci Palestin daripada tentera Salib dari Eropah. Dalam kalangan tentera Salib, beliau dikenali sebagai 'Saladin'. Dr Zainur, yang juga pakar perunding di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, turut berkata bahawa tindakan Solahuddin dan pemerintah Islam yang lain telah memberikan contoh terbaik dan bukti bahawa kerajaan Islam apabila diberi peluang memerintah, mereka akan berlaku adil.

Mengapa Palestin penting?

Dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama, Sheikh Raed Solah, pengasaspergerakan umat Islam "Palestine 48", telah menjawab persoalan ini dengan menggariskan lima fakta utama yang perlu diketahui dan difahami oleh seluruh umat Islam akan signifikasi isu Palestin ini kepada umat Islam.

Pertama, ia adalah tempat yang disinggahi Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj. Sebagaimana yang kita ketahui, perjalanan Baginda dalam peristiwa tersebut bermula dari Masjidil Haram dan berakhir di Masjidil Aqsa sebelum Baginda diangkat ke langit.

Kedua, bumi Palestin adalah bumi yang penuh dengan berkat daripada Allah S.W.T, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat yang pertama, yang bermaksud: "Nabi berangkat dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya. "Ia adalah bumi ‘Muqaddasah’ yang bermaksud bumi yang disucikan dan firman Allah dalam Al-Quran yang membawa maksud; Masuklah kamu ke bumi yang suci atau disucikan yang Allah telah tetapkan bagi kamu," jelas Sheikh Raed lagi. Daripada ayat-ayat ini, jelas menunjukkan dua sifat yang telah Allah sebutkan berkaitan Palestin; ia adalah bumi yang diberkati dan bumi suci yang telah disucikan oleh Allah S.W.T.

Ketiga, bumi Palestin menempatkan ratusan kubur para syuhada’, bermula dari zaman sahabat, para tabi’in, sehinggalah ke zaman kerajaan Uthmaniyyah. Sheikh Raed menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untukmemelihara dan memulihara makam-makam tersebut yang menjadi lambang perjuanganpemimpin-pemimpin Islam merentasi tamadun yang berbeza mempertahankan Palestin.

Keempat, kepentingan isu Palestin ini diperkuatkan lagi dengan puluhan hadis yang telah memberi perkhabaran gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang menyentuh tentang Baitulmaqdis dan kawasan sekelilingnya. "Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa bumi Palestin adalah mutlak umat Islam sehinggalah hari Kiamat kelak," tegas beliau yang adalah individu pertama menemui terowong binaan Israel di bawah Masjidil Aqsa.

Kelima, sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah bersatu sejak dahulu lagi untuk memerdekakan, menjaga, dan membela Palestin. Antaranya melalui perjuangan tentera Islam menentang tentera salib (Crusaders) dan tentera Tatar (Mongol).

Yahudi dan Zionis: Siapa yang ditentang?

Yahudi adalah ahli kitab yang mana telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah bermaksud; "Jangan kamu bertikai dan berdebat dengan orang Yahudi kecuali dengan cara yang terbaik". Ketua Gerakan Islam "Palestin 48" itu berkata, bahawa sesungguhnya umat Islam tidak mempunyai masalah dengan orang Yahudi. Ini kerana menurut beliau, orang Yahudi diperangi bukan kerana Yahudinya.

Dalam firman Allah yang lain juga ada menyebut bahawa wanita-wanita dari kalangan ahli kitab itu halal untuk dinikahi oleh lelaki Muslim dan Allah juga berfirman yang bermaksud; "Makanan ahli Kitab itu (Yahudi dan Nasrani) adalah dihalalkan bagi umat Islam". Namun yang diperangi umat Islam adalah Zionis di atas kezaliman yang dilakukan dan penjajahan ke atas bumi Palestin, sekaligus memberi kesimpulan bahawa Projek Zionis adalah "Projek Zalim" yang begitu bahaya terhadap umat Islam dan Palestin.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Dr Zainur atas kekeliruan yang timbul dalam kalangan umat Islam, khususnya di Malaysia, mengenai siapa sebenarnya yang kita tentang. Adakah Yahudi secara keseluruhan atau pun Zionis secara khususnya?

Beliau menyatakan : "Kita umat Islam tidak bergaduh dengan bangsa Yahudi, kita juga tidak bergaduh dengan agama Yahudi.

"Untuk tinggal bersama di dalam sebuah negara bukanlah satu masalah tetapi penentangan yang berlaku sekarang adalah disebabkan rampasan, kekejaman, kezaliman dan penodaan yang dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis," katanya.

Dr Zainur turut berkata bahawa isu ini tidak hanya ditentang oleh umat Islam, malah masyarakat Kristian yang menetap di Palestin juga bersama-sama dengan orang Islam menentang kekejaman Zionis.

"Harus diingatkan juga bahawa, penganut agama Yahudi Ortodoks, 'Neturei Karta', yang merupakan ajaran Yahudi paling hampir dengan ajaran Yahudi yang asal, turut sama menentang dan menolak," menurut Dr Zainur.

Antara ‘Jew’, ‘Judaism’ dan ‘Zionis’.

Dr Zainur berkata, satu fakta asas yang perlu diketahui oleh seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia, ialah perbezaan antara 'Jew', 'Judaism' dan 'Zionism'.

'Jew' ialah bangsa daripada suatu kaum manakala Judaism ialah agama asal Yahudi tetapi tidak semua bangsa Yahudi ini beragama Judaism kerana ramai yang tidak mempunyai agama.

Malah Theodore Herzl, pengasas negara Israel ialah seorang ‘atheist’, kata Dr Zainur.

Perunding Aman Palestin itu turut berkata bahawa isu di sebalik konflik Palestin sebenarnya ialah politik.

"Zionis sebenarnya adalah satu fahaman politik bertujuan untuk mewujudkan negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi yang bersempadankan Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Iraq.

"Mereka bercita-cita ingin menjadikan Baitulmaqdis atau ‘Jerusalem’ sebagai ibu negaranya dan mereka ingin membina ‘The Solomon Temple’ (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa," jelas beliau lagi. Maka, apa yang ditentang oleh umat Islam, masyarakat antarabangsa yang lain dan Yahudi Ortodoks bukanlah bangsa Yahudi ataupun agama Yahudi itu sendiri, tetapi yang ditentang adalah fahaman dan gerakan politik Zionis. - BERNAMA


DBS

Lawak - Cukur Misai


[Gambar diatas sekadar hiasan]

MIMI : Abang joe .. jom la datang rumah mi .. I rindu la .. Lagipun suami i pergi oversea tadi.

JOE : Baiklah .. , Malam besok Abang pergi tau , nanti pandai2 lah abg kelentong bini abg tu .

MIMI : Oh ya ? Sebelum datang esok , abg cukur misai kasi lincin dulu tau . Abg tahu kan I suka lelaki babyface .

JOE : Alamak, ni yg susah sikit .. Isteri abg suka abg simpan misai , nanti dia marah pulak.

MIMI : Ala .. Abg ni nak jumpa I ke tak nak ?

JOE : Okeylah Okeylah ... Mimi punya pasal Apa saja abg sanggup

Keesokan paginya , semasa joe hendak kepejabat ,dia telah berpesan kpd istrinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sbb ada mensyuarat tergempar. Semasa dipejabat joe telah mencukur misainya sampai lincin. Malam itu joe berdondang sayang dengan Mimi sampai lewat pagi .

Pukul 4.00 pagi , Ketika joe balik kerumah , bilik tidurnya gelap. Perlahan2 joe salin baju dan naik kekatil senyap2 . Tiba tiba mimi tersedar meraba muka joe yg lincin sambil berkata : Kenapa kau tak balik lagi ni farid, Kejap lagi suami akak balik nahas la kita .

DBS

Lawak Budak Dengan Ustaz


Seorang ustaz menerima sepucuk surat kemuskilan dari seorang budak .. Surat tersebut berbunyi begini :

'Saya nak tanya ustaz betul ke kalau tak nak bagi nyamuk masuk dalam rumah kena sembunyi selipar kedalam rumah supaya nyamuk itu fikir tiada orang dalam rumah'

Zul Ganu

DBS