viglink

Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boyarwin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Konspirasi Yahudi - Keringnya Tasik Galilee


Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi. Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.

DAJJAL DAN TASIK GALILEE

Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari. Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.

Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:

Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut..

Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”

(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam

KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ

Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.

“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”

Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..

Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..

YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..

Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!

Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein

MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN

Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,

Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”

Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..

Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”

Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.

Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.

Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ…saya lampirkan juga hadis itu dibawah, walaupun saya berniat utk membiarkan kamu sendiri mencari dan menemukan hadis itu.. kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah

5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

DBS

7 Jenis Wajah Mayat Di Alam Kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

DBS

Wanita Yang Menikah Paling Banyak Di Dunia


Seorang Nenek berusia 68 tahun rasmi menjadi wanita pemecah rekod
melakukan paling banyak perkawinan sepanjang sejarah.

Linda Wolfe nama wanita tersebut telah melakukan pernikahan sebanyak 23 kali, dan pernikahan pertama yang dia lakukan, iaitu pada saat berumur 16 tahun.

Tujuh perkahwinan pertamanya berjalan cukup lama, iaitu setiap masing- masing pernikahan berlangsung selama tujuh tahun. Namun dia juga pernah melakukan pernikahan yang sangat singkat iaitu hanya selama 36 jam sahaja.

Nama Linda saat ini telah disenaraikan di Guiness Book of world Records sebagai wanita yang melakukan paling banyak perkahwinan.

DBS

10 Bandar Hilang yang Berhasil Ditemukan Di Dunia

10. The City Of The Caesars

Bandar ini dikenali sebagai Kota Wandering dan Kota Patagonia, Kota para Maharaja ialah sebuah bandar mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan di daerah yang dikenali sebagai Patagonia. Bandar tidak pernah ditemui, dan pada titik ini dianggap lebih dari pada legenda apa pun, menurut peneroka penjajah mengatakan bandar itu ditubuhkan oleh korban yang selamat dari sebuah kapal karam Sepanyol, dan diyakini mempunyai sejumlah besar emas dan perhiasan. Seiring dengan waktu, sejumlah legenda telah terbentuk di sekitar Kota dari Caesars, dengan mengatakan bahawa itu dihuni oleh 10-kaki raksasa tinggi, dan ada mitos bandar hantu yang boleh muncul dan menghilang sesuka hati.

9. Troy

Troy terkenal dlm puisi2 epik Homer, Troy legendaris sekali-kota yang terletak di Turki moden. Dikenali sebagai tapak dari Perang Troya, yang salah 1 filem terbaik .. Troy kuno adalah bandar-benteng yang kuat yang berdiri di atas bukit dekat sungai Scamander. Lokasi pantai yang memungkinkannya untuk menjadi kekuatan angkatan laut, dan dataran berdekatan disediakan lahan untuk pertanian baik. pertama kali digali di tahun 1870-an oleh Heinrich Schliemann, mencari pelbagai bandar di tapak, yang selama bertahun2 telah dibina di atas satu sama lain. Meskipun pernah menjadi kerusi kuasa yang menjulang, hasil dari bertahun-tahun menggali dan sering dijarah oleh pelancong.

8. The Lost City Of Z

Konon terletak jauh di hutan Brazil, kota yang hilang Z dikatakan sebagai sebuah peradaban maju dengan rangkaian canggih jambatan, jalan, dan kuil. Spekulasi tentang Z bermula selepas dokumen itu dijumpai di mana seorang peneroka Portugis menegaskan bahawa dia pernah melawat bandar ini pada 1753, tapi selain tidak ada bukti kewujudannya yang pernah ditemui. Bandar Z adalah yang paling terkenal untuk menarik kepentingan peneroka Percy Fawcett, yang pada tahun 1925 menghilang tanpa jejak saat mencari, dan selama bertahun-tahun sejumlah petualang yang lain telah meninggal atau hilang, sementara pada jejak. Dalam beberapa tahun terakhir, sebuah bandar yang dikenali sebagai Kuhikugu ditemui di Hutan Amazon bukti yang menunjukkan benteng dan teknik yang canggih.

7. Petra

Petra Jordan terletak di dekat Laut Mati dan diyakini telah pernah menjadi pusat perdagangan karavan Nabataean. Ciri-ciri yang paling menonjol adalah seni bina batu yang indah, yang diukir dari batuan pergunungan di sekitarnya. Petra sebuah bandar dengan benteng alami ketika ditubuhkan sebagai modal dalam 100 SM, dan bukti menunjukkan bahawa ciri-ciri banyak kemajuan teknologi yang lain seperti empangan , yang membantu para penghuni kawasan saluran banjir besar dan menyimpan air untuk digunakan pada saat-saat kekeringan. Setelah beratus-ratus tahun kemakmuran, kota pergi ke Rom menurun setelah menakluk daerah, dan pada tahun 363 gempa bumi yang memusnahkan beberapa bangunan dan infrastruktur lumpuh. Petra akhirnya ditinggalkan, dan itu berdiri selama bertahun2 di padang pasir sebelum dinyatakan kepada dunia pada umumnya pada tahun 1812 oleh peneroka Switzerland.

6. El Dorado

El Dorado adalah sebuah mitos kerajaan konon ditemui di hutan Amerika Selatan. Secara harfiah bererti "The Golden one" dalam bahasa Sepanyol, kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan tahan kekayaan tak terperi emas dan perhiasan. Pada masa dari conquistador, bandar adalah subjek berterusan daya tarikan, dan beberapa bencana ekspedisi dilancarkan dalam pencarian itu. Yang paling terkenal ini dipimpin oleh Gonzalo Pizarro, yang pada tahun 1541 mengetuai sekumpulan 300 tentera dan beberapa ribu orang India ke dalam hutan untuk mencari El Dorado. Mereka mendapati tidak ada bukti dari bandar atau harta, dan setelah kumpulan itu hancur oleh penyakit, kelaparan, dan serangan oleh pribumi, ekspedisi ditinggalkan.

5. Memphis

Ditubuhkan pada tahun 3.100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan bertugas sebagai pusat pentadbiran peradaban selama beratus-ratus tahun sebelum ditinggalkan dengan bangkitnya Thebes dan Alexandria. Pada kemuncaknya, Memphis dianggarkan mempunyai penduduk lebih dari 30.000, yang akan membuatnya menjadi bandar yang terbesar zaman dahulu. Selama bertahun-tahun, lokasi Memphis menjadi hilang, dan itu menjadi bahan perdebatan di antara arkeologi sebelum dijumpai kembali oleh ekspedisi Napoleon di akhir 1700-an, Sayangnya, batu-batu dari runtuhan telah disesuaikan untuk membina penempatan di sisinya, dan banyak bahagian penting dari laman tetap kalah dari sejarah.

4. Angkor

Wilayah Angkor Kemboja menjabat sebagai pusat kuasa bagi kerajaan Khmer dari 800 M hingga tahun 1400-an. Daerah itu ditinggalkan selepas penurunan yang lambat yang berakhir dengan pencerobohan oleh tentera Thailand tahun 1431, meninggalkan kota besar dan ribuan candi Budha yang akan tebusan oleh rimba. Bandar ini relatif tak tersentuh hingga 1800-an, ketika sekumpulan ahli arkeologi Perancis mulai memulihkannya. kuil Angkor terkenal Wat umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan terbesar yang ada.

3. Pompeii

Kota Rom Pompeii ini dihancurkan pada tahun 79 M setelah dekat gunung berapi Vesuvius meletus dan menguburkan seluruh komuniti di bawah 60 kaki abu dan batu. Bandar ini dijangka mempunyai sekitar 20,000 penduduk pada waktu itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat percutian utama untuk kelas atas masyarakat Rom. Setelah letusan, runtuhan berdiri selama 1,700 tahun sebelum tanpa sengaja ditemui semula pada 1748 oleh para pekerja untuk membina istana Raja Naples, dan sejak itu Pompeii telah menjadi sumber berterusan penggalian oleh ahli arkeologi. Ironisnya, kehancuran yang disebabkan oleh Vesuvius, yang pada saat itu menenggelamkan dengan begitu banyak lukisan dinding dan patung2, membuat Pompeii bahagian penting sejarah moden 'pemahaman hidup di Rom kuno. dan hanya mencari sisa2 dari bandar itu.

2. Atlantis

Pada titik ini cukup mudah untuk menulis Atlantis lepas sebagai tidak lebih dari sebuah mitos, tetapi bandar legenda ini telah menjadi sumber spekulasi sejak Plato ahli falsafah pertama kali menulis tentang hal ini dalam 360 SM Digambarkan oleh Plato sebagai sebuah peradaban maju dan hebat kekuatan angkatan laut, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar Eropah sebelum tenggelam ke laut sebagai hasil daripada beberapa jenis bencana alam sekitar. Sementara cerita Plato dilihat oleh sebahagian besar sebagai sebuah karya fiksyen, dengan keterangan suatu peradaban besar2an tahun depan para waktu teknologi telah menangkap imaginasi dari banyak penulis dan calon petualang, dan ada banyak ekspedisi dilancarkan untuk mencari bandar ini.

1. Machu Picch

Machu Picchu bandar Terpencil dekat Urubamba Valley di Peru, bandar ini pernah ditemui dan dijarah oleh conquistador, dan tidak sampai sejarawan berkunjung Hiram Bingham pada tahun 1911 itu menjadi terkenal di luar daerah. Bandar ini dibahagi menjadi daerah-daerah, dan ciri-ciri lebih dari 140 struktur yang berbeza dibatasi oleh dinding-dinding batu yang digilap. Dikatakan kepada telah dibina di tahun 1400-an oleh suku Inca dan ditinggalkan kurang dari 100 tahun kemudian, kemungkinan besar ketika jumlah penduduknya adalah dihapuskan dengan cacar dibawa dari Eropah. Ada banyak spekulasi mengenai apa Machu Picchu digunakan untuk, dan juga mengapa memilih seperti suku Inca membina di lokasi yang aneh. Beberapa orang mengatakan ini adalah bait suci macam, sementara yang lain berpendapat bahawa itu digunakan sebagai penjara, tetapi kajian baru2 ini menunjukkan bahawa mungkin itu harta peribadi Maharaja Inca Pachacuti, dan lokasi ini dipilih kerana pergunungan di sisinya menonjol dalam mitos Inca.

DBS

Hotel Terbang Pertama di Dunia

Hotel terbang pertama di dunia akan dilancarkan oleh syarikat "SBCC Company" pada bulan Jun 2009. Hotel yang dibina ini berupa pesawat helikopter jenis M-12, helikopter terbesar di dunia. Pembangunannya memerlukan masa 5 tahun. "Hotel terbang" ini mempunyai 18 bilik mewah yang dilengkapi katil besar, bilik mandi, akses internet berkelajuan tinggi, mesin pembuat kopi, dan lain. Disamping bilik mewah, terdapat pula ruangan untuk spa, tempat hiburan, dan taman. Panjang helikopter ini 42 meter, tinggi 14 meter.

Rencananya helikopter ini dimanfaatkan untuk terbang pesiar dari London singgah di Dublin, Paris, Barcelona, ​​Rom, Frankfurt, Copenhagen, dan kemudian balik ke London yang memakan masa 14 - 16 hari.










DBS

Buku Penghuni Bumi Sebelum Manusia


Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya. Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika dan Variasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal. Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.

Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-

1 - Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
2 - Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
3 - Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
4 - Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
5 - Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
6 - Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
7 - Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
8 - Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
9 - Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.

10 - Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan. MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi. Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

DBS