Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee, KBE (TimBL atau TBL) (lahir di London, Inggeris, 8 Jun 1955) adalah penemu World Wide Web dan ketua World Wide Web Consortium, yang menetapkan perkembangannya.

Pada 1980, ketika masih seorang kontraktor bebas di CERN, Berners-Lee mengajukan sebuah projek yang berasaskan konsep hiperteks (hypertext) untuk memudahkan pembahagian dan pembaharuan maklumat di antara para penyelidik. Dengan bantuan dari Robert Cailliau dia mencipta sistem prototaip bernama Enquire.
Setelah meninggalkan CERN untuk bekerja di John Poole s Image Computer Systems Ltd, dia kembali pada 1984 sebagai seorang rakan penyelidik. Dia menggunakan idea yang serupa yang telah dia gunakan pada Enquire untuk mencipta World Wide Web, di mana dia mereka bentuk dan membina pelayar yang pertama (bernama WorldWideWeb dan dikembangkan dalam NeXTSTEP) dan pelayan web pertama yang bernama httpd.
Laman web pertama yang dibuat Berners-Lee (dan oleh kerana itu ia juga merupakan laman web pertama) beralamat di http://info.cern.ch/ (telah diarkibkan) dan dimasukkan talian untuk pertama kalinya pada 6 Ogos 1991. Pada 1994, Berners-Lee mendirikan World Wide Web Consortium (W3C) di Massachusetts Institute of Technology.
Hingga kini, Berners-Lee masih tetap rendah hati dan tidak berkeinginan untuk mendapatkan status popular. Banyak yang masih tidak mengetahui kekuatan karya lelaki ini, World Wide Web.
Salah satu sumbangan terbesarnya dalam memajukan World Wide Web adalah dengan tidak mempatenkannya sehingga masih boleh digunakan secara bebas.
Pada 16 Julai 2004 dia diberi gelaran kehormatan KBE oleh Ratu Elizabeth II sebagai penghormatan atas jasa-jasanya.
DBS

Screen Shot Laman web Pertama di Dunia